sueperb pages

Jan 12, 2011

Perempuan memang tak Gune!!



Perempuan tak gune kain yang nipis untuk buat bajunya sehingga terbayang kulitnya.. kerana dia tahu pakaian itu layak dipakai oleh perempuan jalang.


Perempuan tak gune rantai kaki berloceng untuk dililit pada kakinya.. walaupun rantai itu tersembunyi, tapi ia bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi laki yang jahat...


Perempuan tak gune minyak wangi yang baunya semerbak... wangian yang menyerakkan bau yang kuat menunjukkan kadar kemeruapan yang tinggi... bukan tak boleh berwangi-wangi tapi bersederhanalah dlm pmakaian wangian tersebut.


Perempuan tak gune kata-kata yang keji kerana dia tahu sesiapa yang brckp prkra yang keji adalah rendah akhlaknya..


Perempuan tak gune masa lapang mengumpat, bercakap keaiban saudaranya...mengumpat atau memfitnah baik laki atau perempuan adalah ibarat memakan daging saudara sendiri.. sanggupkah kita?


Perempuan tak gune lenggok bahasa yang boleh menggodaa seorang lelaki... bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk sehingga mencairkan keegoan lelaki yang bukan mahramnya... bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu..


Perempuan tak gune alat make up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja... Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja dan bukannya sehingga nampak wajahnya seperti hantu.... jika bergincu, pakailah yang tidak menyerlah warnanya..


Perempuan tak gune kain tudung yang jarang-jarang seperti jarang jala kerana akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain.. Rambut adalah mahkota, dan jangan biarkan mahkota itu tercalar...




So, jomlah ramai-ramai jadi "perempuan yang tak gune" ni... hehehe... 




(credit to p.i. KMP)

Jan 9, 2011

Tips cantik dan menarik..

Ingin Menjadi Lebih Cantik dan menarik?

Untuk mata yang indah dan mempesona, jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.




Nak bibir yang menggoda dan menawan, oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya anda akan kelihatan semakin manis. Campurkan senyuman dengan keikhlasan dari hati untuk senyuman yang tentunya akan lebih menawan dan tentunya sejuk mata memandang dan dapat mencairkan hati yang keras.



Untuk menyerlahkan keindahan wajah anda, gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan manyapukan pipi dengan kosmetik yang dibuat dari rasa malu dari salon Iman.


Bagi menghilangkan kotoran-kotoran kulit mati, pakailah "sabun Istighfar" yang berkesan menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.



Bagi rambut yang bermasalah, rawatlah rambut anda dengan meyarungkan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri sendiri dan menjamin keperibadian dan mengelak dari jatuhnya maruah diri.



Untuk menghiasi tangan anda yang mulus itu, hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah. Maka, anda pasti akan kelihatan lebih cantik dan menarik di sisi Allah SWT..... Amin..

Jan 6, 2011

5 Cara Dandanan Dan Menghias Diri Muslimah Yang DILARANG Dalam Islam

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a bahwa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Allah S.W.T mengutuk orang-orang menyambung rambut dan meminta disambungkan,juga orang yang membuat tato dan orang yang dimintakan membuat tato” (Riwayat Bukhari dan Muslim)




Sementara hadis lain, Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda: Diriwayatkan daripada ‘Alqamah dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya :

“Allah S.W.T mengutuk orang- orang yang membuat tato sebagai hiasan, juga orang yang meminta dibuatkan tato padanya, Orang- orang yang mengubah dan membentuk alis matanya, juga orang-orang yang meminta diubahkannya, orang- orang yang mengubah bentuk gigi untuk kelihatan lebih rapi dan kemas dengan mengubah ciptaan Allah S.W.T.”



Sebenarnya banyak hadis yang membicarakan hal ini, dengan kata lain menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah diharamkan dalam islam. Oleh itu, para muslimah sama ada yang belum berkahwin atau yang sudah berkahwin hendaklah menghidari perbuatan-perbuatan yang tersebut.

Untuk memudahkan pembaca untuk memahami, saya akan senaraikan hal-hal yang diharamkan yang telah disebutkan dalam hadis tadi.

1. Mengunakan rambut palsu

2. Orang yang meminta kepada orang lain supayarambutnya disambung dengan rambut orang lain (cemara).Atau menyambung bulu mata agar nampak lebih panjang dan lentik.

3. Membuat tato atau menusuk badan menggunakan jarum atau pisau atau benda tajam lainnya sama ada di telapak tangan, pergelangan, di bibir atau di tempat anggota tubuh yang lain hingga mengeluarkan darah yang kemudiannya menampakkan tanda disitu. Untuk menghasilkan warna hijau pada tempat yang luka, selalunya mereka menggunakan sejenis celak ataupun sejenis pewarna yang mengakibatkan ada kesan warna hijau padanya.

4. Mencukur rambut wajah supaya kelihatan licin, hal ini dikhususkan agar kening atau rambut alis mata letaknya nampak lebih tinggi ataupun supaya nampak sama agar nama lebih cantik dan menarik.

5. Merapikan gigi supaya kelihatan kemas samaada dengan menggunakan alat besi atau apa saja jenis cara agar nampak lebih cantik. Namun dalam keadaan yang memudaratkan perkara ini diharuskan dalam islam. Ia menjadi haram jika seseorang itu sudah mempunyai gigi yang kemas namun masih juga membentuknya kerana ingin nampak lebih menawan.


Kesemua yang disebutkan diatas itu adalah diharamkan oleh islam samaada orang yang meminta supaya dilakukan kepadanya atau orang yang melakukan hal tersebut kepada yang meminta kepadanya.


Begitu juga para isteri muslimah. Perkara diatas memang diharamkan. Ada sesetengah para isteri zaman ini beranggapan bila sudah kahwin, mereka boleh mencukur kening atau sebagainya kerana mendapat keizinan suami. Hakikatnya ia adalah diharamkan. Oleh itu seorang isteri seharusnya menghindari bentuk dandanan yang diharamkan dalam islam, begitu juga suami, suami yang baik tidak akan menyuruh isterinya melakukan perkara yang diharamkan dalam islam. Apabila perbuatan yang di atas tadi diharamkan islam dilakukan oleh para isteri muslimah maka menggunakan cara- cara tersebut walaupun pada suami sendiri pun diharamkan jua.



Oleh itu para muslimah juga kepda seluruh kaum muslimin, janganlah melakukan hal- hal seperti diatas tetapi perhatikanlah ajaran Allah S.W.T dan redalah, pasrahlah kepadanya kerana memang itulah yang terbak untuk kita. Setiap peraturan atau larangan yang datang dari Allah S.W.T seharusnya kita sambut dan turuti dengan baik.

*Artikel ini ditulis berpandukan buku yang bertajuk ‘Isteri Yang Membahagiakan Suami’. Muka surat 44-51.Karangan: Muhammad Abdul Halim. Cetakan 1996.*







(Credited to: rakan fb)