sueperb pages

Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

May 20, 2012

Pemenang Sunan Musafir Contest Yang Sueperbs..


Assalamualikum dan salam sejahtera...

Seperti yang dijanjikan, tamat lah sudah Sunan Musafir Contest yang Sueperbs. Terima kasih kepada semua yang sudi join. Tapi buku ni ada satu je, jadi dengan berat hati nya saya terpaksa lah memilih hanya satu pemenang saje. Sejujurnya memang susah la nak pilih pemenangnya.. Kepada yang menang tu tahniah la ye.. Dan kepada yang tak menang jangan berkecil hati. anda semua memang sueperbs.. heheh..

So, dengan ini, pemenang untuk Sunan Musafir Contest yang Sueperbs ialah.... 


klik gambar untuk tahu siapa yang menang..

Dan, sebagai tanda penghargaan, saya pilih 4 orang untuk dapat hadiah saguhati. Hadiah apa? tentunya bukan buku la.. cenderamata aje.. antara yang menerima hadiah saguhati ialah



Kepada yang menang tu sila email nama dan alamat anda kepada sueperbs@gmail.com atau inbox di FB page saya.. pastikan alamat yang boleh sampai ye...  ^_*




May 7, 2012

Sunan Musafir Contest Yang Sueperbs...



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setelah lebih setahun tubuhkan blog ni, buat pertama kali saya nak buat Contest.. Sunan Musafir Contest.. 

Pesta Buku haritu, saya ada beli satu ekstra buku Sunan Musafir edisi kulit keras beserta tandatangan Tuan Ramlee Awang Mursyid sekali.. Memang niat nak bagi buku tu sebagai hadiah.. Sebab saya tahu tak semua yang berpeluang nak pergi PWTC hari tu kan? ada jugak yang datang-datang tapi buku tu dah habis.. betul tak? Jadi, jom lah join Sunan Musafir Contest ni... 

Senang je nak join Sunan Musafir Contest ni.. Antara syarat-syaratnya
  1. Buat satu entri bertajuk 'Sunan Musafir Contest yang Sueperbs'
  2. Copy dan paste gambar Sunan Musafir Contest tu dalam entri anda
  3. Link kan entri anda tu ke post ni
  4. Dalam entri tu ceritakan la sikit buku Ramlee Awang Mursyid yang paling anda suka, kenapa dan sebab anda nak dan patut dapat buku Sunan Musafir edisi kulit Keras ni.
  5. Tinggalkan link entri di ruang Komen 


- Tak perlu tag kawan
- Digalakkan follow dan like blog ni.  tak ada paksaan
- Tarikh tutup 20 May 2012 
- Hadiah akan di pos ke alamat rumah anda. Pastikan alamat di dalam Malaysia je ye.
- List yang join dengan memenuhi syarat akan diupdate dari masa ke masa
- Mungkin akan ada hadiah saguhati.


Bagi yang tak ada blog, boleh jugak join. Sila jawab yang no 4 tu dengan cara post di Fanpage Sueperbs.Blogspot.com


Pemenang dipilih mengikut jawapan yang sueperbs. heheh


p/s: Harap-harap ada la yang sudi join ye..




Mereka yang sueperbs..
  1. http://nurulskrip.blogspot.com/2012/05/sunan-musafir-contest-yang-sueperbs.html
  2. http://suterasyifa.blogspot.com/2012/05/sunan-musafir-contest-yang-sueperbs.html
  3. http://eerashera.blogspot.com/2012/05/sunan-musafir-contest-yang-sueperbs.html
  4. http://mydreamzworlds.blogspot.com/2012/05/sunan-musafir-contest-yang-sueperbs.html
  5. http://masrinasidek.blogspot.com/2012/05/sunan-musafir-contest-yang-sueperbs.html
  6. http://amalinaadibah.blogspot.com/2012/05/sunan-musafir-contest-yang-sueperbs.html
  7. http://fadhilahsyuhada.blogspot.com/2012/05/sunan-musafir-contest-yang-sueperbs.html
  8. http://nazhirahmazlan.blogspot.com/2012/05/sunan-musafir-contest-yang-sueperbs.html
  9. http://marikhimars.blogspot.com/2012/05/sunan-musafir-contest-yang-sueperbs.html
  10. http://matapenaalsunan.blogspot.com/2012/05/sunan-musafir-contest-yang-sueperbs.html



Aug 23, 2011

XPower Cafe?? kopi yang memang luar biasa..


Mula-mula aku perasan yang youtubers Kyopropaganda buat video pasal Xpower Cafe ni.. lepas tu Mentol Pecah pun buat jugak.. pelik jugak apa kaitan XPower Cafe ni dengan diorang.. Rupa-rupanya ada contest buat iklan promo untuk XPower Cafe ni.. dan dah ramai jugak yang masuk contest ni... macam-macam idea... ada yang best, unik, kreatif... ada yang biasa-biasa je.. 

Jadi antara video yang aku jumpa dan dah tengok antaranya ialah..


Video iklan pertama dari XPowercafe sendiri.. Kopi Afdlin Shauki ..



TVC dari KYOPROPAGANDA.. best jugak..





Yang ini pulak dari MENTOL PECAH




Yang ini agak kreatif.. macam susah nak buat ni.. 



yang ini sesuai untuk student.. teringat zaman-zaman student dulu..



yang ini hikayat mengenai superhero bernama Si Guntur..TVC ini dihasilkan oleh pelajar Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik , UiTM Puncak Perdana.



TVC ni tentang seorang remaja yang pada mulanya kelihatan letih dan lesu. Tetapi setelah kawannya membawa XPower Cafe pulang ke rumah, beliau kembali bertenaga ! XPower Cafe juga dengan sendiri datang kepadanya, memang luar biasa.. 





Yang ini tak ada description.. pasal suami tak larat nak teman isteri g shoping.. sesuai sangat la tu.. tapi bulan-bulan puasa mana boleh minum.. huhu






banyak jugak yang dah join.. korang tak nak join ke? hehe... mana tau video korang boleh menang.. 


Lawati laman Facebook XPower Cafe


Dan ini dia kopi XPower Cafe..









Jun 3, 2011

Pertandingan Menulis Surat 1MALAYSIA



Baru perasan ada pertandingan tulis surat ni.. kalau dulu zaman budak-budak sekolah selalu jugak aku tulis surat kat kawan-kawan.. bagi kad raya bila raya.. sekarang ni dah tak payah nak tulis surat-surat dah.. call je kalau rindu.. E-mail, Facebook, Twitter semua dah ada.. Tak ada alasan tak boleh berhubung..

Tema untuk menulis surat dalam pertandingan ni ialah "Bayangkan anda seorang pejuang kemerdekaan Malaysia".. banyak boleh tulis ni.. tapi ada syarat nya..



a)   Pertandingan ini dibuka dari 1 Mei hingga 30 Jun 2011.
b)   Penyertaan hanya dibenarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja.
c)   Setiap penyertaan mestilah menepati tajuk yang diberikan iaitu: 

 “Bayangkan anda seorang pejuang kemerdekaan Malaysia. Tulis sepucuk surat yang menceritakan pengalaman dan harapan anda kepada rakyat Malaysia.”

d)   Surat yang ditulis mesti mengandungi jumlah perkataan seperti berikut:
  - antara 300 hingga 500 patah perkataan untuk Kategori A.
  - antara 500 hingga 1,000 patah perkataan untuk Kategori B.


Siapa yang Layak sertai??

a)   Pertandingan menulis surat ini dibuka kepada 
     -(Kategori A) untuk para pelajar sekolah rendah Tahun 1 hingga Tahun 6  
     -(Kategori B) untuk pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 

b)   Para pelajar yang ingin menyertai mestilah merupakan warganegara Malaysia.


Sekian.. Sebenarnya aku memang lah tak layak nak masuk pertandingan ni.. haha.. saja nak bagi tahu mana lah tahu ada blogger-blegger yang masih sekolah rendah atau menengah berminat nak sertai.. Kalau blogger mesti dah biasa tulis-tulis karangan ni kan?? Yang bukan Blogger pun boleh je..

Tarikh tutup 30 Jun 2011.. Sempat lagi ni..


untuk info lebih lanjut mengenai syarat pertandingan dan borang penyertaan klik kat SINI