sueperb pages

Showing posts with label banking n finance. Show all posts
Showing posts with label banking n finance. Show all posts

May 15, 2011

Takaful - Pandangan seorang agen takaful


Perkongsian dari saudara Azwan..
Assalamulaikum,
Saya adalah perunding syarikat MAA Takaful. Saya disini cuma nak beri pendapat. Jika nak buat perbandingan, berikut adalah beberapa ciri penting yang perlu diambil kira;
1) Jenis Plan- Ordinary Life atau Investment Link
2) Flexibility- Pelan boleh diubahsuai mengikut citarasa & keutamaan peserta. Contoh; pelan investment link yang menyediakan perlindungan dan pelaburan dalam 1 pelan. Jika peserta memilih untuk fokus kepada pelaburan, perlindungan boleh dikurangkan dan sebaliknya, jika peserta mengutamakan perlindungan, jumlah perlindungan boleh dimaksimumkan.
3) Claim- sebaiknya suruh agent terangkan secara terperinci tentang prosedur & proses claim.
4) Fund performance- Perkara yang perlu diambilkira: capital gain, annual dividend, mudharabah..
5) Takaful charges- Yang ni paling penting! Harus berhati2 kerana kebanyakan agent tidak akan mendedahkan tentang perkara ni.
6) Cash Value- Kalau nak tahu cash value anda sekarang, sila hubungi nombor customer service yang tertera di dalam polisi takaful anda. Just nak berkongsi pengalaman saya berjumpa dengan peserta yang menyumbang RM1800 setahun, dalam sales illustration menunjukkan cash value pada tahun ketiga adalah sebanyak RM7xx, tetapi bila disemak, cash value yang sebenar hanya ada RM10.60. Puncanya?- takaful charges tinggi & fund performance yang tak berapa nk perform.
7) Agent- Biasanya, kebanyakan agent yang ada ciri2 berikut, tidak boleh dipercayai..
-selalu sangat sebut perkataan “guarantee”
-offer something yang toooo good to be true
contoh yang tengah hot sekarang ni; “guaranteed return 40% setiap tahun”
so hati2 ye..

cdt to Jangan Terlepas pandang

Apr 27, 2011

Harga emas kekal tinggi


Logam pelaburan paling selamat lepasi paras AS$1,500 seauns

HARGA emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam, apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu.

Harga logam itu mencecah AS$1,502.32 seauns pada satu ketika dalam sesi dagangan di Pasaran Jongkong London semalam sebelum ditutup pada AS$1,499.32 seauns.
Harga logam perak turut mencatatkan harga tertingginya dalam tempoh 31 tahun semalam iaitu AS$44.48 seauns.

“Harga emas kekal tinggi, apabila tekanan inflasi jangka pendek dan ketidaktentuan ekonomi telah mencetuskan peralihan kepada pelaburan lebih selamat,” kata Penganalisis Komoditi Kumpulan Kewangan Rusia, VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.

Emas dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.
Harga emas mula melonjak untuk bergerak ke paras AS$1,500 pada Isnin lalu selepas agensi penarafan antarabangsa, Standard & Poor’s (S&P) menyemak semula tinjauan penarafan hutang kedaulatan AS kepada negatif daripada stabil.
Penarafan S&P itu mencabar penarafan ‘AAA’ Washington, apabila ia memberi amaran bahawa ahli politik AS dilihat tidak mampu menyetujui pelan untuk mengurangkan defisit bajet yang besar, iaitu kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

Penurunan penarafan itu juga mengheret turun harga saham dunia pada Isnin, di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan terhadap inflasi dengan China, India dan zon euro bergelut untuk membendung kenaikan harga.
Minggu lalu, firma perunding logam, GFMS mengunjurkan harga emas akan melonjak melepasi paras AS$1,600 tahun ini, dipacu terutama oleh kebimbangan ke atas inflasi yang tinggi.
Kryuchenkov berkata: “Emas melonjak selepas S&P menurunkan penarafan tinjauan hutang kedaulatan AS kepada negatif dan ia dibuat ketika adanya kebimbangan mengenai masalah ekonomi susulan kemunculan semula masalah hutang di zon euro.”

Harga emas telah meningkat enam peratus sejak awal tahun ini, memecah beberapa siri rekod tertingginya sepanjang tempoh itu.
Harganya melepasi paras AS$1,000 buat kali pertama pada Mac 2008.
“Emas akan terus menjadi tumpuan pelabur selagi kebimbangan terhadap inflasi dan hutang berterusan,” kata Penganalisis kumpulan perdagangan Spread Co, Ian O’Sullivan. – AFP

Dec 28, 2010

Penjadualan dan penstrukturan....

Penjadualan dan penstrukturan semula (Reschedule and restructure) ..


Penjadualan dan penstrukturan semula dilakukan atas sebab syarikat yang membuat pembiayaan dengan bank tidak mampu membayar secara tetap installment yang telah ditetapkan monthly atas sebab-sebab tertentu. Ini untuk mengelakkan syarikat daripada menanggung kerugian akibat daripada pembayaran installment kepada bank itu. Dengan itu bank melakukan penjadualan atau penstrukturan semula bagi mengelakkan syarikat menanggung rugi.


Penjadualan semula
Contoh penjadualan semula..
Jumlah pembiayaan : RM300 000
Tempoh pembiayaan: 5 tahun
Monthly installment: RM 5 000








Syarikat Ebby Healthcare mendapat pembiayaan dari bank bagi modal kerja iaitu membeli bahan mentah seperti ubat-ubatan, alat-alatan seperti picagari dan sebagainya. Tempoh pembiayaan ialah 5 tahun. Sepanjang tempoh 36 bulan, Ebby Healthcare bayar kpd bank tepat pada masa tanpa sebarang masalah. Tetapi bulan berikutnya syarikat menghadapi masalah kerana sebuah hospital kerajaan baru dibina tidak jauh dari premis mrk. Oleh itu pesakit lebih prefer pergi ke hospital kerajaan kerana kos yang lebih rendah. Ini memberi effect kepada keuntungan Ebby healthcare. Oleh itu syarikat memohon untuk mlakukan penjadualan semula bagi mengurangkan monthly installment supaya dapat menanggung kos-kos lain disamping mengelakkan kerugian kepada syarikat.


Jadi.. dalam tempoh (a), Ebby Healthcare membayar monthly installment kepada bank sebanyak RM 5 000 sbulan. Setelah penjadualan semula, monthly installment berkurang kepada RM 3 000 sebulan untuk tempoh (b). Tetapi pada akhir tempoh pembiayaan, syarikat perlu membayar baki pembiayaan yang belum langsai secara ‘bullet payment’ yang bermksud bayar semua. Tempoh pembayaran balik pembiayaan boleh juga di panjangkan tapi Bank tidak boleh mengecas keuntungan selepas tempoh asal pembiayaan. Sebabnya, kalau Bank kenakan kadar keuntungan, harga jualan tentunya akan berubah dan ini akan menyebabkan akad terbatal.


Contoh simple pengiraan:
1-36 bulan = RM 5 000 x 36 bulan
= RM 180 000
37-60 bulan = RM 3000 x 24 bulan
= RM 72 000
Baki pembiayaan = RM 300 000 – (RM 180 000 + RM 72 000)
= RM 48 000
*RM 48 000 perlu dibayar secara terus atau ‘bullet payment’.




Tapi macam mana pula kalau syarikat tak dapat nak bayar baki pembiayaan itu secara ‘bullet payment’? Di sini penstrukturan akan dilakukan bagi membiayai semula Ebby Healthcare.


Penstrukturan semula
Penstrukturan berbeza dengan penjadualan di mana penstrukturan melibtkan perubahan akad kerana harga jualan boleh berubah akibat daripada perubahan kadar keuntungan dan syarat-syarat lain . Dalam rukun jual beli terdapat 5 prkra iaitu penjual, pembeli, barang yang di jual, harga, dan akad. Kalau dalam penjadualn, akad berubah.. kenapa? Sebab salah satu rukun jual bli iaitu harga akan berubah dalam kaedah penstrukturan ini.


Nak lagi nampak bezanya.. macam ni ye.. kalau dalam penjadualan semula, walaupun monthly repayment berkurg tapi di akhir tempoh iaitu di bulan ke 60, Ebby Healthcare perlu bayar semua baki, jadi harganya akan sama dengan harga seperti dalam akad iaitu RM 300 000.. dan klau tempoh dilanjutkan sekali pun, bank tak boleh mengenakan kadar keuntungan.. bank tak menggalakkn kaedah panjangkan tempoh ni sebab tentu la bank akan rugi. Tapi dalam penstrukturan, harga jualan akan berubah kerana dalam penstrukturan akad berubah di mana perubahan kadar keuntungan akan mengubah harga jualan.
Secara umumnya, penstrukturan semula bermaksud tutup akaun lama dan buka akaun baru. Kalau dalam penjadualan semula, akad tak berubah tapi dalam penstrukturan semula, semua berubah melibtkan harga jualan, tempoh pembayaran, jenis dana, keuntungan, dan lain2.


Sekian simple explanation dari saya…
Special thanx to En Amran and the gang… ^_*…

Dec 15, 2010

tulis la wasiat ye..

Harini saya belajar sesuatu yang agak penting sebenarnya.. tentang pembahagian harta.. ramai yang langsung tak ambil kisah pasal pembahagian harta ni.. konon nye takut di kata tamak kan harta.. ini bukan kes tamak harta ke apa, tapi yang paling penting sebenarnya nak protect harta itu supaya tak jatuh ke tangan orang lain dan tak mustahil anak yang kematian ibu bapa nya yang dulu hidup serba mewah boleh jadi terbiar melarat jika harta tak di urus dengan baik. Lebih kurg macam cerita cinderella la yang hidup nya terbiar dan menjadi mangsa dera ibu tiri yang kejam.

Memang tak elok berebut harta sampai boleh bawak gaduh dalam keluarga. Sebab tu la penting untuk kita buat wasiat  supaya tak timbul isu rebut harta dalam keluarga.



Ok lah.. sekarang nak tunjuk simple calculation pasal harta yang selalu kita tak ambil kisah pon.

1. Funeral expenses
Bila seseorang itu sudah meninggal, perkra paling utama ialah menguruskan urusan pengkebumian. Urusan pengkebumian tak boleh di lambat2 kan. So, perkara yang perlu di kira dan ditolak daripada harta si mati ialah kos pengkebumiannya.

Prophet s.aw. say:-
            “…Settle the debt of the deceased before his funeral…”

2. Hutang dengan Allah
Hutang dengan Allah macam zakat, haji.. kalau nak ikutkan hutang dengan Allah ni memang sangat banyak sebenarnya.. Dalam, rukun Islam, partamanya mengucap 2 kalimah syahadah, kedua solat 5 waktu sehari semalam, ketiga berpuasa di bulan ramadhan, ke empat menunaikn zakat dan ke lima menunaikan haji bagi yang mampu. Hutang solat, puasa tu susah juga nak calculate sebab itu antara si mati dengan Allah. Macam puasa tu mungkin boleh bayar fidyah ke. Dan ada juga yang tolong gantikan puasa untuk si mati. Yang itu saya tak berapa tau la nak elaborate lebih detail.

3. Hutang dengan manusia
Hutang dengan manusia ni memang kena settle. Jangan tangguh2.. hutang dengan manusia bawa sampai ke mati. Walaupun satu sen kalau orang yang bagi hutang tak halal kan hutang tu, ini pon di ambil kira. Ini kan pulak kalau hidup asyik baehutang keliling pinggang.. kalau dah tak mampu jangan la gatal2 nak pakai kereta besar, i-phone.. tak payah la berlagak sangat kalau poket habuk pun tak ada.. heheh.. (peringatan untuk saya juga).

4. Harta sepencarian
Yang ni bagi yang dah berkahwin dan berkeluarga ( saya belum lagi.. heheh).. maksudnya harta yang diperoleh bersama sepanjang tempoh perkahwinan. Contoh macam kereta, rumah dan lain2 harta.. harta sepencarian ni kena bagi dua antara suami dan isteri.. even kalau kes cerai pun ke dua2 pihak ada hak terhadap harta sepencarian tu.

5. Hibah
Hibah ni secare simple nya ialah hadiah kepada seseorg. ‘token of appreciation’.
Cth macam bagi emas kat kakak ke.. bagi tanah kat abang ke.. lebih kurang macam tu la..
Dalam satu hadis,   “exchange gift so that you may love one another”.
Hadiah kepada saudara mara juga lebih baik dari hadiah kepada org lain..
Hadith “ Whoever wishes Allah to increase his wealth and prolong his life, let him do acts of kindness towards his womb-relatives”

6. Wasiah
Seseorang itu hanya boleh mewasiatkn 1/3 drpd hrta nya. Ada yang wasiat nak waqafkan harta supaya boleh diamanfaatkn oleh orang ramai. Bila kita waqafkan harta kita, Baitulmal la yang akan menguruskn urusan waqaf ni. Seelok nya waqafkan harta untuk kegunaan umum. Sebab apa..

Muslim narrated in his Saheeh that the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said: "When the son of Adam dies, all his good deeds come to an end except three: ongoing charity, knowledge from which others may benefit after he is gone, and a righteous son who will pray for him."

Mksudnya di sini, salh satu perkara yang tak akan terputus bila seseorang itu mati ialah ongoing charity ataupun amal jariah. So bila kita waqafkan harta, amal kita tak akan terputus setakat itu saja.

7. Faraid
2/3 daripada harta akan dibahagi sebagai harta faraid. Ada pecahan2 yang dah ditetapkan.. cthnya
-isteri: 1/8
-ibu: 1/6
-ayah: 1/6


  
cth simple pengiraan...


En Joe

isteri= seorang
anak= seorang laki, seorang perempuan
ibu dan ayah sorg

harta En Joe
cash = RM 100 000

harta sepencarian dengan isteri
rumah = RM 200 000
kereta= RM 50 000

Andai kata En Joe meninggal dunia

Cash                                                                  100 000
Tolak
   Funeral expenses                               400
  hutang dngn Allah
  haji                                                10000
  zakat                                               3000
  hutang dngn mnusia
  Lin                                                  3000
  kereta                                           20 000
  rumah                                           30 000
                                                                        (153 700)
                                                                         -53 700

harta sepencarian 
   (200 000 + 50 000) / 2                                      125 000
                                                                          71 300

* harta sepencarian bhgi 2 dngn isteri

RM 71 300 -1/3 wasiat = RM 23 767
                   - 2/3 faraid

# faraid - RM 47 533
- isteri 1/3   (9/72) = RM 5941.63
*klu 2 isteri pchn jdi 2/16
- emak 1/6  ( 12/72) = RM 7922.17
- ayah 1/6 (12/72) = RM 7922.17

anak laki: anak perempuan= nisbah 2:1 

anak = 39/72 ( tolak dari pecahan faraid ibu, emak n ayah)

anak laki = 26/72 x 47 533 = 17164.70
anak perempuan = 13/72 x 47 533 = 8582.35

 kalau ada salah betul kan saya ye... ^_*




Thanks to En Azrin n En Ezani... (*_^) 

Dec 8, 2010

Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional

Check out this SlideShare Presentation: