Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Harini terasa nak update blog pulak. Wujud lagi rupanya tuan blog sueperbs.blogspot.com ni ye. Hehehe... maaflah selalu online guna hp je.. kalau guna hp susah nak type panjang-panjang dan edit gambar..
Just nak cerita pasal makanan je la malam-malam ni. Sejak akhir-akhir ni aku memang selalu balik lewat dan bila lewat tu mula lah terasa nak makan.. bila ada kawan yang suka makan memang menjadi-jadi lah..
Beberapa hari yang lalu aku dan kawan jalan-jalan di klcc. (Eh.. kenapa ayat skema sngt ni??) Konon nye nak makan kat suria klcc tu.. tapi sebab kaki dah penat sangat malas nak jalan dari lrt ke suria klcc tu, kitorang jalan kat kl avenue tu je.. ok sebenarnya memang jarang jalan klcc. So memang tak tau banyak kedai dah bukak kat kl avenue tu. Ternampak orang makan kat leval searas lrt tu.. macam sedap je... emmm.. so try la..Kedai warisan namanya..
Tengok menu harga boleh tahan jugak la. Aku order laksa warisan dan kawan aku pulak order mi ketam... air aku order 'cham' ais.. ingatkan air apa.. rupanya teh campur kopi.. boleh bayang tak rasa dia? boleh la tahan.. ni ha laksa warisan yang aku order..
LAKSA WARISAN
Laksa dia memang terasa betul la lemak santan.. memang sedap. Mi dia bukan guna mi laksa tu.. nampak macam mihun tapi kembang sikit.. tapi memang sedap.. nak dijadikan cerita, bersembang punya sembang sampai adik-adik kerja situ pun dah habis licin pungut pinggan cawan kat meja kitorang, kitorang pon gerak la nak balik.. almaklumlah esok nya nak kerja.. dengan konfiden pon kitorang blah la.. lepas tu dengar ada suara jerit-jerit panggil.. aku saspek aku ada tertinggal hp ke alamaklumlah dah borak dengan kawan tak ingat hp dah.. rupanya.. "kak.. bayar kak!!!"
Hahah.. malu nya la rasa.. boleh pulak terlupa nak bayar.. nasib baik lah tak ramai sangat orang lagi kat situ.. tu lah siapa suruh kutip pinggan cawan bagi licin.. tunggu la kitorang bangun.. hisyh.. rasa malu lah pulak nak datang lagi.. hehe..
so.. pengajarannya.. dah makan sila bayar ye.. ok bye2..
ps: nak try mkn kat mana pulak ye..
0 komen SUEPERBS...:
Post a Comment