Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Baru-baru ini, aku telah mem'volunteer' kan diri untuk satu projek alam sekitar.. ''Ulu Yam Recreation Park Restoration Project''.. Projek yang di panggil 'Go Green' ini antara usaha menyumbang kepada alam sekitar gabungan dengan Majlis Perbandaran .. Alhamdulillah dah dua kali aku join.. yang best nya, siapa yang jadi volunteer untuk aktiviti ni boleh claim sehari cuti.. heheh.. nak cuti ke nak berkhidmat menjadi sukarelawan? emm.. mana-mana pun boleh la..
Kami dibahagi kan kepada beberapa kumpulan. setiap kumpulan telah ditetapkan tugas-tugas yang perlu di lakukan.. kumpulan aku ditugaskan untuk menanam pokok .. dengar macam senang je kan?.. cerr try buat.. berpeluh-peluh jugak la nak mengorek tanah tu ditambah dengan sinaran cahaya matahari atas kepala.. rasa macam bersukan pun ada... bagus lah untuk mengeluarkan peluh.. asyik buat kerja dalam aircond je apa salah nya keluarkan tenaga sambil menyumbang kepada alam sekitar..
korek tanah..
Men Cangkul ..
Setelah selesai menyiapkan tugas menanam pokok-pokok, kami bergabung dengan kumpulan lain untuk membersihkan kawasan hutan.. kami diminta membuat satu barisan panjang untuk pas sampah sehingga ke lori.. Kiranya tak payah la nak angkat jauh-jauh.. jimat sikit tenaga..
Barisan sukarelawan..
Posing jap..
Maka, setelah selesai semua tugas, tamat lah aktiviti 'Go Green' untuk tahun 2012 ni.. kalau ada lagi tahun depan, In sya allah aku akan join ..
6 komen SUEPERBS...:
great xtvt
ohh.. nice . hehe.. tak pernah join program cmni
buat kat belakang rumah saya boleh ni kak.tak berapa green lagi tu..hehe
yeah..bagusnya..
go green..hehe
sekali skala join activity mcm ni sronok gak kan?
Saya menyokong penuh usaha pemuliharaan alam. Tanniah.
Post a Comment