sueperb pages

Jun 16, 2011

Imam Muda Minggu ke 7..



Tema Imam Muda minggu ke tujuh ialah Di Ambang Kematian. 

Untuk minggu ke 7 ini, Imam Muda telah diberi tugasan untuk bersama banduan yang menerima hukuman gantung sampai mati.. Atau dengan kata lain nya, banduan yang sedang di saat-saat akhir kematian.. Setiap yang hidup pasti akan mati. Yang membezakan kematian itu adalah tarikh dan bagaimana cara nyawa kita diambil.  

Walaupun mati sebagai banduan, mereka sebenarnya lebih bertuah dari golongan penjenayah di luar sana yang masih bebas dari diberkas dan berterusan melakukan jenayah.. Jika tarikh kematian telah diketahui, tentulah kita berebut untuk meminta keampunan dari Allah atas segala kesalahan yang telah dilakukan.. Tidakkah kita takut dengan kuasa Allah.. bagaimanakah hari pembalasan di akhirat kelak? 

Dan bagaimana kita sendiri.. pastinya kita tidak tahu waktu yang tepat bila ajal kita akan tiba. semoga segala amalan kita diterima oleh Allah dan dosa-dosa kita sama ada kecil atau besar, sama ada kita sedar atau tidak akan diampunkan.. Semoga kita ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman di akhirat kelak.. 


Selepas Imam Muda Fadli dan Imam Muda Ali menamatkan perjalanan menjadi Imam Muda terunggul, kini dua lagi Imam Muda turut tersingkir iaitu Imam Muda Najdi dan Imam Muda Mujahid.. Namun seperti Imam Muda Fadli dan Imam Muda Ali, walaupun telah tersingkir, tapi mereka masih meneruskan dalam pembelajaran untuk menjadi Imam Muda Terunggul.

Imam Muda Najdi dan Imam Muda Mujahid


nak info lebih lagi boleh la singgah di sini 


0 komen SUEPERBS...: