Jan 3, 2015

Usha-usha makanan jepun - Izumi dan Ozen Zanmai at Nu Sentral..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa selalu ke Nu Sentral? Siapa tak pernah pergi lagi Nu Sentral? Nu Sentral tu bersambung je dengan KL Sentral. Senang sangat kalau nak ke sana. Untuk yang naik monorel pulak dah tak perlu lagi nak keluar dari bangunan KL Sentral dan jalan ke Stesen Monorel sebab sekarang ni kita boleh lalu Nu Sentral untuk ke Monorel. Tak ada dah nak susah-susah lintas jalan. Tak payah berpanas-panas. Cuma naik eskalator dari KL Sentral ke Nu Sentral tu.. jalan sikit.. turun eskalator dah nampak dah stesen monorel.

Ok sebenarnya nak cerita pasal kedai makan kat Nu Sentral. Sekarang ni kalau nak jumpa kawan-kawan lama, aku suka jumpa kat Nu Sentral je. Al maklumlah, sehala nak balik rumah. Lagipun kalau waktu balik kerja tu dah malas nak jalan jauh-jauh. Jumpa kat KL Sentral je senang. Korang tau tak dah banyak kedai bukak kat sana. Tak lama lagi akan ada GSC tau. Boleh la nak tengok wayang nanti. Tempat main boling pon dah bukak. 

Haritu, aku dan kawan teringin pulak nak makan makanan Jepun. Asyik makan nasi campur, fast food je kan.. Sekali sekala nak jugak cuba makanan Jepun. First makanan Jepun yang aku try ialah di food court Nu Sentral. Kedai dia nama Izumi. Aku makan Bento je. Dia sejenis set makanan dalam bekas empat segi. Lepas tu ada promotion kalau add Tako-tako cuma tambah rm 3. Chawanmushi cuma tambah  RM 1 je.. Hmm... tengok je la gambar kat bawah ni.


Set Kare.. (Kari dalam bahasa Melayu)..  Free soup dan green tea.

Aku cuma add on Tako-tako dan sushi pulak harga asing-asing. Ikut jenis sushi la. Kalau masa aku pergi ni ada diskaun 10% untuk semua makanan sebab kedai ni baru buka. Boleh tahan la rasa dia. Murah pon murah. Lepas tu aku try makanan Jepun kat Ozen Zanmai pulak.


 OZEN ZANMAI

Lokasinya di tingkat 5. Kalau restoran ni harga dia mahal sikit la tapi berbaloi sebab sedap. Kawan aku la 'recommend' aku makan situ. Masa ni teringin pulak nak makan ramen. 


SPICY RAMEN.. OCHA(GREEN TEA).. CHAWAN MUSHI..

Spicy Ramen ni ok la tak pedas sangat pun. Kalau nak pedas lagi boleh tambah wasabi.. Harga spicy ramen ni dalam Rm10++...Ramen dia rasa rumpai laut. Aku rasa sedap je.. dah lapar semua sedap.hehe. Kalau yang tak suka makan rumpai laut tu tak payah la makan ramen ni. Makan nasi pon ok. Ocha  itu adalah green tea... harga dia RM1.. yang best nya green tea dia boleh refill. Chawanmushi dia pun sedap.. Harga dalam Rm4 macam tu..  Chawanmushi tu macam puding telur dalam dia ada udang, cendawan, ayam.. sedap jugak. kalau yang tak suka telur tak payah makan. walaupun nampak kecik tapi cukup la bagi aku.


SUSHI EEL 

Oleh sebab aku teringin sangat nak makan belut, haa ni dia.. sushi belut. kalau yang geli dengan belut tu nak try rasa ok je. alaa.. rasa macam ikan sungai je.. kawan-kawan aku pulak order yang nasi-nasi.

Set Nasi dan beef (Lupa nama dia)

Set nasi dengan ayam (Pun lupa nama betul dia)

Kacang peas..Chuka Wakame.. Sushi (Salmon belly)

Untuk set nasi tu dia ada small dan large size. Kalau aku makan small pun dah kenyang. Kalau korang kuat makan, boleh kot habiskan saiz large tu. Sai large tu dalam bekas empat segi, Kami order small je.. dalam mangkuk.

So, sesiapa yang teringin nak makan makanan Jepun tu boleh la cuba kat Ozen Zanmai Nu Sentral ni.Selamat mencuba!!