Jan 20, 2013

Usha-usha Program baca di LRT bersama Ramlee Awang Mursyid..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

19 Januari 2013 yang lepas telah berlangsung satu program mebaca di LRT di mana program ini di anjurkan khas untuk peminat karya-karya Ramlee Awang Mursyid.. Program bermula dari Stesen LRT Gombak sehingga Stesen LRT Kelana Jaya.. Mula nya aku agak serba salah jugak sama ada nak join ke tak memandangkan kawan-kawan yang aku ajak semua tak dapat nak join. Lagi pun ni first time aku join aktiviti-aktiviti macam ni.. Malu jugak rasa nya nak jumpa dengan orang-orang yang aku tak kenal.. Tapi akhir nya aku join jugak.. 

Bergambar kenangan di LRT Kelana Jaya.. bersama ejen-ejen RAMFC yang cool dan peramah..


Di LRT Kelana Jaya, kami berkumpul dan bergambar kenangan.. Seronok jugak dapat berkenalan dengan kawan baru yang mempunyai hobi yang sama.. Tak kira jantina, bangsa mahupun latar belakang keluarga dan kerjaya.. Lepas bergambar kenangan dan beramah mesra, kami naik semula LRT ke Taman Jaya.. Di situ lah  Tuan Ramlee Awang Mursyid akan bersama kami. Sambil tu, sempat baca lagi dalam LRT... (nama pun program baca @ LRT kan? hehe)..


Rajinnya gadis-gadis ni baca buku.. ni betul-betul baca ke posing je ? hehe

Sampai di Taman Jaya kami berjalan menuju ke Tasik Taman Jaya.. Kat situ ada jual cenderahati dari RAMFC.. Boleh jugak beli karya baru RAM novel "Aku Bercerita"..

Acara bermula dengan ucapan dari RAM. Antara kata-kata yang aku ingat "Kita perlu banyakkan membaca sebab ia dapat mengelakkan penyakit alzheimer (nyanyuk).," (lebih kurang macam tu la ).. so, korang rajin-rajin lah membaca.. tak rugi menambah dan berkongsi ilmu pengetahuan ni.. dan paling penting dah ada ilmu yang baik tu, amal-amal kan lah ye..

Sepatah dua tiga kata dari RAM..

Lepas tu, kami di jamu dengan makanan yang disediakan khas.. Memang kenyang.. Dah makan tu ada aktiviti menarik untuk mereka yang hadir.. Selain tu, kami berpeluang untuk bertanya dan beramah mesra dengan RAM. Aku sempat jugak minta RAM tandatangan kat buku novel yang aku bawak dan beli.. 

Beramah mesra.. Mesra tak? Mesra tak? wahaha..

Memandangkan aku ada hal lain tengah hari tu, aku tak dapat tunggu lama.. tak sempat pon nak join game dengan diorang.. Apa-apa pun, aku seronok dapat join aktiviti ni... Kalau ada lagi aktiviti macam ni, harap-harap dapat lah join..


Bergambar kenagan di Tasik Taman Jaya.. 


Well, ni antara barang-barang yang aku dapat dan beli...



T-Shirt, Novel, Penanda Buku, Majalah dan Button Badge..




Ps: Tak sabar nak baca "Aku Bercerita"..

Jan 18, 2013

Jom Baca Buku dalam LRT.. khas untuk peminat karya Ramlee Awang Mursyid...


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Suka baca buku? Selalu naik LRT? Minat karya Ramlee Awang Mursyid? Ni ada satu event ni.. memang special.. tarikh pada 19 Januari 2013..

Baca @ LRT anjuran RAMFC

Antara aktivitinya 

10.00 pagi - berkumpul stesen masing-masing. Kenali, tegur dan ikut ejen BACA@LRT di stesen anda.

10.30 pagi - Kumpulan Terminal Putra akan mula bergerak dari stesen. Ejen dalam tren akan sms ejen di setiap stesen sebelum tren dari Terminal Putra tiba di stesen berikutnya.

11.30 pagi - Tiba di Stesen Kelana Jaya. Sesi mengambil gambar kenangan.

12.00 tghari – Naik semula tren untuk ke LRT Taman Jaya dan berkumpul sebuah taman berhampiran stesyen yang juga bernama 'Taman Jaya' untuk Sesi Tandatangan bersama Tuan Ramlee Awang Murshid dan juga sesi sampingan perkongsian pengalaman dan ramah mesra anjuran RAMFC.

Dijangka bersurai jam 2.30 petang.



Antara yang menarik..

Menanti di Taman Jaya - Akademi RAMtasia, Mangala Menganas, Pangilan Zonan & banyak lagi.

Juga boleh dapatkan edisi terhad cenderamata RAMFC 'Aku Bercerita' dan Stok Terhad novel 'Aku Bercerita' ...


Novel Aku Bercerita..




credit to RAMFC... info lanjut klik SINI



ps: aku nak pergi sangat tapi macam tak ada kawan je sudi teman.. jom la .. bukan selalu...




Jan 17, 2013

Last Minute - Maafkan Aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saja nak kongsi lagu ni.. Maafkan Aku dari Last Minute.. Kalau siapa yang tengok cerita ''Setia Hujung Nyawa kat TV3 tu mesti tau lagu ni.. Layan...






Kod Lagu Last Minute – Maafkan Aku (OST Setia Hujung Nyawa)
Intro: D Bm G A
(verse 1)
D
Dan apa
Bm
Yang kau mau kan dari ku
G
Telah lamaku kata
A
Yg ku cinta sepenuh hatiku
(verse 2)
D
Sampai bila
Bm
Harus aku menunggu cinta mu
G
Dan pabila ku sedari
A
Kaulah yg pertama..kucintai
(chorus)
(1)
G A
Maafkan lah diri ini
F#m Bm
Jika takdir menjemputku dahulu
G A Bm
Hanya saat ini yg dapat menemanimu
(2)
G A
Dengarkanlah sekali lagi
F#m Bm
Jika kau tak percaya pada diriku
G
Bilaku berkata,
A
I said i love youu..
Repeat verse 1 & 2
Chorus
Solo
chorus 1 (slow part)
2 (normal balik)

credit to this BLOG

Dan ni pulak ..
Fanpage Band Last Minute..




Jan 9, 2013

Cerr Try Cek Mek Sue Molek...


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah lama nak update tapi tak update-update.. Ni entri pertama untuk tahun 2013.. sebelum tu, selamat datang 2013.. semoga tahun ini lebih baik dan bermakna...

Ada banyak benda yang aku nak buat tapi belum tercapai nak buat.. salah satu nya, aku teringin sangat nak buat kuih Cek Mek Molek.. Aku rasa semua pernah makan kot?? Sedap..Bila gigit, rasa gula cair di mulut.. perghhhh!!

Aku tak pernah buat, so ni la first time aku cuba buat kuih ni... dan tanpa bantuan mak tau.. hehe.. aku tengok resipi kat buku je.. rupa-rupa nya senang je nak buat kuih ni... kalau aku tahu, awal-awal aku dah buat.. mana tau boleh buat bisnes.. Kasi nama kuih ni " Cek Mek Sue Molek"... boleh tak ? hehe

Bahan-bahan asas dia cuma ubi keledek, tepung dan gula...adun-adun keledek yang dah direbus dengan tepung .. bentuk-bentuk kan bulat bujur dan letak gula dalam ... goreng... pastu? ngapp laa...

Hasil adunan Cek Mek Sue Molek..

p/s:  sila abaikan bentuk dia yang UNIK itu...

Hasil Cek Mek Sue Molek lepas di goreng...

Hehe... Nampak sedap tak?? Tapi oleh sebab ni first time, rasa dia memang agak kurang sikit la... kurang gula.. takut nak letak gula banyak-banyak takut kencing manis.. last-last tak ada rasa gula, rasa keledek aje... dan bentuk dia macam terlebih besar... macam kuih bom pon ade.. hehe.. apa-apa pun, good try la... next time buat mesti sedap... makan satu nak lagi... huhu...