Dec 28, 2012

Renungan bersama.. Salam Jumaat..

Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

"Wahai anak Adam, Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkanNya dan para malaikat dan yang mempunyai ilmu (turut menyaksikan ) bahawa Ia mendirikan keadilan. Tiada Tuhan melainkan-Nya yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana. Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam, barang siapa yang menuntut agama selain daripada agama Islam, tidak sekali-kali diterima daripadanya dan di akhirat ia akan termasuk dalam golongan orang yang rugi.
Dan Allah memberi berita gembira setiap yang baik itu dengan syurga. Barang siapa mengenali Allah dengan sebenar-benarnya lalu mentaati-Nya , berjayalah dia.

Barang siapa yang tahu tentang syaitan  dan mengingkarinya selamatlah dia

Barang siapa yang mengetahui kebenaran lantas menurutinya amanlah dia.

Barang siapa yang mengetahui kebatilan lalu menghindarinya, berjayalah dia.

Barang siapa yang mengenali syaitan dan dunia kemudian mengingkarinya, bahagialah dia.

Barang siapa yang mengetahui akhirat kemudian menuntutnya, dia akan diberi hidayah. Sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada siapa yang Ia kehendaki dan kepada-Nya kamu semua akan  dikembalikan.

Wahai anak Adam, bilamana Allah telah menjaminkan rezekimu, mengapakah panjang keresahanmu?

Bilamana Allah telah menyediakan gantian (atas sedekahmu) mengapakah kamu bakhil?

Bilamana Allah telahh menyediakqn gantian (atas sedekahmu) mengapakah kamu bakhil?

Bilamana Iblis ialah musuh bagi Allah, bagaimana kamu boleh lupa tentang itu?

Bilamana balasan nanti ialah neraka, mengapakah kamu istirehat?

Bilamana ganjaran Allah itu ialah syurga mengapakah kamu melakukan maksiat?

Bilamana setiap sesuatu itu adalah di bawah ketentuan-Ku, mngapakah kamu tidak sabar dan berdukacita?

Agar kamu tidak kecewa atas apa-apa yang hilang daipadamu, janganlah lupa diri saat gembira ketika ia datang kepadamu.

Dan Allah tidak mengasihi setiap yang dusta dan yang bemegah.

(petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah)

Sumber buku U-Turn ke jalan lurus.

Dec 11, 2012

Go Green...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ini, aku telah mem'volunteer' kan diri untuk satu projek alam sekitar.. ''Ulu Yam Recreation Park Restoration Project''.. Projek yang di panggil 'Go Green' ini antara usaha menyumbang kepada alam sekitar gabungan dengan Majlis Perbandaran .. Alhamdulillah dah dua kali aku join.. yang best nya, siapa yang jadi volunteer untuk aktiviti ni boleh claim sehari cuti.. heheh.. nak cuti ke nak berkhidmat menjadi sukarelawan? emm..  mana-mana pun boleh la..

Kami dibahagi kan kepada beberapa kumpulan. setiap kumpulan telah ditetapkan tugas-tugas yang perlu di lakukan.. kumpulan aku ditugaskan untuk menanam pokok .. dengar macam senang je kan?.. cerr try buat.. berpeluh-peluh jugak la nak mengorek tanah tu ditambah dengan sinaran cahaya matahari atas kepala.. rasa macam bersukan pun ada... bagus lah untuk mengeluarkan peluh.. asyik buat kerja dalam aircond je apa salah nya keluarkan tenaga sambil menyumbang kepada alam sekitar.. 


korek tanah.. 

Men Cangkul ..

Setelah selesai menyiapkan tugas menanam pokok-pokok, kami bergabung dengan kumpulan lain untuk membersihkan kawasan hutan.. kami diminta membuat satu barisan panjang untuk pas sampah sehingga ke lori.. Kiranya tak payah la nak angkat jauh-jauh.. jimat sikit tenaga.. 

Barisan sukarelawan..


Posing jap..

Maka, setelah selesai semua tugas, tamat lah aktiviti 'Go Green' untuk tahun 2012 ni.. kalau ada lagi tahun depan, In sya allah  aku akan join .. 

Dec 9, 2012

Usha-usha PIKOM PC Fair KLCC December 2012..


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahukah anda kat KLCC sekarang ada PIKOM PC Fair.. Tarikhnya dari 7 hingga 9 December 2012.. So, kalau nampak orang bersesak-sesak kat KLCC tu jangan panik ek.. relaks.. mereka mungkin sedang menuju ke PC Fair.. Hehe..

PIKOM PC Fair 2012..

Kenapa setiap kali PIKOM PC Fair aku nak pergi tengok? Mungkin sebab aku suka tengok barang-barang yang dipromosi kat situ kot.. kat PC Fair ni ada banyak booth dengan brand-brand yang popular dan ada juga yang aku langsung tak pernah dengar.. kalau rajin, survey dulu harga supaya boleh dapat barang denga harga yang murah dengan kualiti yang baik dan mengikut citarasa anda.. 

Memandangkan duit yang tak berapa nak ada.. ditambah lagi dengan tarikh yang baru di awal bulan.. memang tak plan pun nak beli gadget-gadget terbaru.. notebook? ipad? hard disk? DSLR? Semua ada.. Tak dapat beli tapi dapat usha-usha je pun dah ok lerr tu.. 

pendrive.. lelong-lelong..

beli-beli.. 



Setelah penat berjalan, ni je la yang aku beli... Headset RM 25 + Speaker RM 25... 

Headset + Speaker.. 


Dan tanpa aku sedar, mengikut application dalam hp aku yang boleh kira berapa step yang kita jalan untuk setiap hari, aku dah berjalan lebih 20,000 langkah hari ni.. pertama kali ok..Untuk makluman, untuk mencapai tahap kesihatan ialah 10,000 langkah setiap hari..


Jumlah langkah berjalan hari ni...


p/s: seorang kawan penah perli  'su ni memang pantang ada kaki'.. >_<



Dec 7, 2012

Sueperbs Pagi 7 Dec 2012..