Nov 11, 2012

Bangkit...


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru selesai tengok Semi Final Muzik-Muzik.. Ho yeah.. Azlan and the Typewriter berjaya masuk Final Muzik-muzik untuk lagu Idola.. Suka sangat lagu tu.. dan vokal Azlan memang superbs.. Lagu lain yang masuk untuk peringkat pertama ni lagu Kasanova, Pelangi senja,(Stacy), Biar mimpi sampai ke bintang (Asmidar), Cerita dia (Drama Band) dan Watak (Hafiz)..

Ok, ni nak share lagu baru yang best dari Altimet, Salam dan Dj Fuzz..  Tajuknya bangkit.. cuba hayati lirik dia.. layan..





Lirik Lagu: Bangkit - DJ Fuzz ft. Altimet & Salam 

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa

Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman

Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langakah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Kemudian

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya




Ps: Kegagalan tu tidak penting.. yang paling penting ialah bagaimana kita nangkit dari kegagalan..


Nov 8, 2012

Lagu Kisah Hidup..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masing-masing mesti ada kisah hidup tersendiri.Ada kisah suka ada kisah duka. Kadang-kadang bila dengar lagu-lagu di radio atau di mana saja, terkenang pulak kisah lama. Kisah kegagalan, kejayaan mahupun kepayahan hidup. Selalunya kalau tengok drama ke filem ke mesti ada lagu soundtrack khas untuk cerita tu. Kalau tak ada muzik dalam satu cerita tu rasa macam tak lengkap je. Bila ada lagu, lagi bertambah 'feel' sedih, gembira, marah dan pelbagai emosi.. termasuk lah cerita seram pun mesti ada bunyi-bunyi efek untuk menghidupkan cerita tu..

Okeyh.. dah panjag lebar pulak intro aku ni.. sebenarnya aku cuma nak share lagu yang kalau aku dengar mesti aku terkenangkan seseorang atau lebih tepat lagi terkenang peristiwa lama.. Nak pos kat FB bahaya .. Hehe.. sebab ramai yang memerhati.. Post kat blog tak pe.. huhuhu

Layan jiwang jap...


Padi- Menanti Sebuah Jawaban..


Element - Cinta Yang lain..



Dewa - Hadapi Dengan Senyuman..


The Rock ft Ahmad Dhani - Munajat Cinta..