Oct 14, 2012

Sueperbs Pagi 14 October 2012..

Oct 10, 2012

I AM BLOGGER t-shirt for SALE !


Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Cerr tengok baju kat atas tu.. cool tak? smart tak? nak tak? hehe.. tapi korang betul ke blogger? kalau betul boleh la beli.. RM 30 untuk lengan pendek dan RM 33 untuk lengan panjang.. harga termasuk harga pos.. tak perlu risau pasal saiz sebab mengikut kata tuan punya blog ni, ada saiz dari XXS sampai XXXXL..

Dan yang menarik nya, korang boleh sulam nama korang kat T-shirt tu free kalau korang buat entri macam ni.. tak kan tak nak kot? kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh klik SINI... Klik kat gambar tu pun boleh..




Oct 8, 2012

Kalau ada kuasa.. Sueperbs Power...


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pernah tak berangan nak ada kuasa super power? tambah-tambah lagi masa zaman budak-budak dulu .. mudah terpengaruh dengan kartun-kartun dan superhero.. Macam aku dulu kecik-kecik hero paling aku minat Goku Dragon Ball...Sampai tahap aku rasa alangkah bestnya dapat couple dengan Goku.. Walaupun hanya watak kartun, tapi karakter dia pernah membuat kan aku rasa macam " cool nya Goku nih!!"

Abg GOKU ku sayang..


Itu cerita zaman budak-budak dulu.. berbalik pada tajuk entri ni.. kalau aku diberi pilihan untuk memiliki satu kuasa super power, aku nak kuasa "KIA".. Ape tu KIA? KIA singkatan untuk ''Know It All'.. Maksudnya kuasa serba tahu la.. setiap soalan kau mampu jawab dengan betul dan bernas... (dikira kuasa superpower jugak ke ni?hehhe.. belasah aje la..) .. So nama aku akan menjadi "Ms Sueperbs KIA".. Boleh takkk?? layan kan aje la .. sekali sekala berangan apa salah salahnya.. ye dak??

Jom layan lagu Mr KIA dari CN Blue ni.. suka lagu diorang sebab sangat catchy.. umur vokalis dia pun sebaya dengan aku.. So?? hehe.. macam tak de kaitan je kan....





ps: klu korg nk kuasa superpower ape ye?

Oct 7, 2012

Harapan...


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahu tak lagu Hyper Act, Harapan? ala... lagu tema cerita Seindah Sakura slot Akasia tv3 tu? well, honestly aku pun tak tengok cerita tu.. hehe.. tapi aku suka dengar lagu harapan dari Hyper Act ni.. macam best pulak.. asyik nak ulang dengar je..




Bila aku search lagu ni kat you tube, banyak pulak orang yang buat cover untuk lagu ni.. well, sekarang ni kan semakin banyak artis youtube.. cuma best tak best je la pandai-pandai korang menilai.. bukan artis youtube yang aku nak cerita kat sini,, aku cuma cari video cover yang boleh ajar cara nak main gitar untuk lagu ni.. saje nak try.. hehe.. ni ha cover yang bagus untuk nak belajar lagu ni..





Youtube channel Bro Cumi1569 ni memang banyak cover lagu.. aku suka usha channel dia sebab kat channel dia kalau buat cover lagu, video dia memang akan tunjuk jari kat fret.. tak payah tunjuk muka pun.. kadang-kadang kalau ada orang yang buat cover tunjuk muka nampak gitar separuh (tak nampak fret langsung) tu memang aku tak suka nak tengok.. sebab aku nak tengok hang main gitar bukan tengok  muka hang.. hehe.. (opps sory )

So, ini lah kod untuk lagu Harapan..

Hyper Act – Harapan ( OST Seindah Sakura) Lyrics & Chord
Intro: G A F# Bm G A F# Bm A G A
Bm G
Bicara mimpi itu
A
Mengheret ku ke dasar
F#
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Bm G
Dan munculnya dirimu
A
Dipinggir laman itu
F# G
Hangatmu menyambut ku kembali,
Em
Dan ku mengerti,
A
Mengapa masih berdiri,
F# Em
Hadirnya siang berteman mentari,
G
Dan ku bersama,
A
Bintang malam mu mencari kasih ku Ooo
D
Harapan
F#
Harapan menjadi layu
Bm A G
Ingin ku bahgia bersama

Em
Menjadi kenangan
D A
Memburu impian masa kita
G
Selamanya
Bm G
Dan angin kan memanggil
A
Bagai ada musafir
F# Bm
Hadirnya pergi tiada berjanji
G
Mungkin seketika
A
Ku merasa cintanya
F# G
Bagai dibelai mimpi sempurna
Em
Dan taman ini
A
Tak bererti dan bersemi
F# Em
Tiada indah tanpamu disini
G
Dan ku jejaki
A
Walaupun hanya secebis kasihmu Ooo
Chorus
D
Harapan
F#
Harapan menjadi layu
Bm A G
Ingin ku bahgia bersama

Em
Menjadi kenangan
D A
Memburu impian masa kita
G
Selamanya
Solo: G Em Bm A x2
Back To Chorus
D
Hati ku..
F#
Meratap setinggi gunung
Bm A G
Pasti ku mencari bintangnya

Em
Menjadi cahaya
D A
Menyinar impian hidup kita
G
Selamanya



Ps: Amacam? boleh? Ni fanpage Bro Cumi aka Suhami Hashim.. elok lah untuk mereka-mereka yang nak belajar main gitar.. bro ni suka ajar pasal gitar.. free-free je.. promote nih promote.. ^_*


Oct 2, 2012

Dah bertemu Pengganti.. Broadband Lagi Murah


Assalamualikum dan salam sejahtera.

Sebelum ni aku ada post pasal akaun internet yang dah terminate. Ingatkan boleh la aku bertahan sekurang-sekurangnya dua tiga bulan tanpa internet.. tapi baru seminggu lebih tak ada internet, aku dah tak tahan.. walaupun aku ada langgan internet untuk handphone tapi kepuasan dia lain.. skrin hp tu kecik .. terhad.. tak best kalau nak tengok video ke, baca artikel ke..

Aku cuba jugak nak post entri guna hp.. tapi susah ok.. nak letak gambar pun susah.. aku pernah jugak terfikir nak aktif kan balik akaun internet yang aku baru terminate tu.. pernah dengar tak pepatah ''dah ludah jilat balik''? (betul ke pepatah ni? belasah je la.. ahaha) .. serius aku ada call customer service tu tapi nasib baik masa tu tak ada staff yang angkat... semua tengah sibuk melayan pelanggan katanya.. 

So, sekarang ni aku dah ada pengganti dah.. kali ni aku cari yang murah-murah je.. kalau sebelum ni sebulan RM 59.90 .. kali ni RM 25.00 je sebulan.. 
Broadband Celcom SKMM (Unlimited)-RM25/bln
CELCOM SKMM



Aku rasa ada ramai lagi tak tahu lagi pasal Broadband SKMM ni.. Stater pack/broadband SKMM ni adalah kerjasama Celcom  dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 


CIRI-CIRI BROADBAND SKMM 1MALAYSIA INI:
  • Broadband SKMM ini adalah menggunakan coverage network Celcom. Jika kawasan anda mempunyai liputan Celcom yang baik, maka liputan broadband SKMM anda juga baik.
  • Pek daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
  • Stok terhad dan tidak banyak dikeluarkan serta tiada dijual di kedai-kedai telco.
  • Kelajuan 384 kbps. Boleh laju lagi bergantung kepada keupayaan modem digunakan dan liputan Celcom.
  • Percuma layari internet selama 30 hari. Seterusnya tambah nilai (topup) hanya RM25 untuk sebulan.
  • Prepaid dan tiada kontrak. Usah risau tentang bil bulanan.
  • Boleh digunakan di laptop, handphone, pc, galaxy tab dan sebagainya.
  • Unlimited ( 800 mb ). Ada pengguna yang dapat lebih daripada itu dan kelajuan masih stabil.


Nak tau lebih lanjut boleh usha laman web INI


Kebetulan ada kawan syorkan aku like satu fanpage di Facabook ni.. -->BROADBAND MURAH.. Kalau korang teringin nak beli broadband yang murah-murah boleh la check fanpage tu..

Yeah.. akirnya aku dapat kembali berblogging.. Jom layan video klip lagu Black ft Malique - Teman Pengganti.. Lagu ni sempena aku dah dapat pengganti broadband.. hehe.. Suka sangat dengar lagu ni..