Aug 18, 2012

Salam Aidilfitri... 2012




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Seperti yang telah diumumkan kat TV, tenet semua.. Esok hari raya.. Salam Aidilfitri semua.. Maaf Zahir dan Batin...


p/s: kenapa tiap tahun mesti nak letak gambar ketupat ek?? hehe.. 

Aug 16, 2012

Madu-madu ku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sekejap je masa berlalu.. dah 27 Ramadhan dah.. ada yang masih bekerja, ada juga yang dah start cuti.. macam aku la.. hehe.. tu la tujuan nya .. saje nak bagitahu yang aku tengah bercuti ni.. (dengan nada berlagak.. hehe..) bukan senang nak dapat cuti waktu-waktu macam ni.. nasib lah kerja-kerja aku ada yang tolong cover.. itu pun setiap hari ada je office mate call nak tanya itu ini.. Kalau ada 'private number' call , tak lain dan tak bukan mesti call dari ofis la tu.. apa-apa pun, cuti tetap cuti... luangkan waktu cuti ni dengan benda yang berfaedah..

Macam aku, target cuti ni nak tolong mak dengan persiapan raya.. dah aku sorang je anak dara ..ye dak? uhuk-uhuk... opss.. kakak aku pun anak dara lagi ye.. tapi dia tak sebertuah aku dapat cuti minggu ni.. tapi dia sebenarnya bertuah berganda-ganda sebab dapat cuti seminggu lepas raya okey.. beraya sakan la .. hmmm..

Ok dah.. cerr tengok tajuk entri ni.. Madu-madu ku.. ape tah kaitan nya dengan apa yang aku tulis.. sabar-sabar..  ni baru nak start la ni.. Pernah dengar Madu-madu Cornflake Sueperbs? siapa yang pernah dengar tu nampak bonar menipu nye.. aku baru reka kot perkataan-perkataan ni.. mari sini aku bagitahu.. ni ha Madu-madu Cornflake Sueperbs..

Madu-madu Cornflake..

Untuk mereka yang tak tahu, gambar di atas adalah gambar sejenis kuih raya.. nama sebenar dia Cornflake madu.. suka hati je nak tukar-tukar nama kuih ni kan.. tak pe la.. tukar sikit je. hehe.. bila dah penat buat, harus lah tangkap gambar dan upload.. buat kenang-kenangan gitu.. nampak warna macam meriah kan? walaupun bentuk dia ala-ala tak stabil, tapi rasa dia boleh la tahan.. tak percaya? datang la raya kat rumah.. hehe..

Ok lah... aku nak siap-siap buat kuih lain pulak.. harap-harap jadi la... 



p/s: kalau nak resipi sila google .. ^_*


Aug 14, 2012

Bola-bola Raya Sueperbs...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aiskrim.. aiskrim,, Nyum nyum..


Hai.. nak aiskrim kat atas ni? warna macam menarik.. tapi bukan aiskrim la.. hehe.. ni doh untuk buat kuih.. doh yang dah siap letak pewarna.. 

Ok.. aku sangat gembira sebab aku dah start cuti .. dari isnin sampai la raya... yeay! so, aku dah plan nak guna kan masa cuti ni untuk buat kuih raya.. walaupun aku tak pernah buat pun sebelum ni.. saje nak try.. mana la tau kalau sedap.. boleh buat bisnes.. ye dak? macam ada orang nak beli je kan..tak pe tak pe.. yang penting aku cuba...

Aku dah siap-siap beli bahan nak buat kuih raya ni dengan mak sebab aku tak tahu apa yang ada apa yang tak ada kat rumah tu.. so, untuk tidak membazir, mak la jadi assistant... hehe... 

Lepas sahur, dengan semangat nya, aku belek balik resipi yang aku dah google siap-siap.. lepas tu, bermula lah misi membuat kuih raya... aku buat sorang-sorang je ni tau... mak pun tak tolong.. mak nak tengok boleh tak aku buat kuih sorang-sorang.. tak pe.. mesti boleh punya.. 

Hmm.. Mula-mula, pukul minyak sapi sampai kembang.. lepas tu masuk kan tepung gandum .. bahagikan doh kepada 3 dan letak warna ikut suka... aku letak warna pink, hijau dan kuning.. lepas tu cantumkan la jadi bentuk bulat.. nak tau cama ne rupa nya? ni ha..

Ada rupa kuih tak? erkkk...

Uwaaa !!!.... kuih aku tak jadi.. tak boleh nak cantum.. tak boleh nak gentel kat tapak tangan pon... gentel sikit dah pecah..  ni pon aku main tekan-tekan guna jari je.. tu yang bentuk tah pape tu.. ok..masa ni semangat nak buat kuih dah memang down dah.. apa dah jadi dengan kuih aku ni?? 

Masa ni, mak pun datang la nak tengok apa jadi anak dara dia ni buat kuih.. haha.. memang tak jadi.. tepung terlebih kot.. tu yang sampai tak boleh nak bentuk tu.. kerana frust, aku tinggalkan je adunan-adunan tu.. tidur dulu .. nanti-nanti la aku fikir macam mana nak buat.. Zzzzz....

Tak lama tu, mak aku kejut aku bangun.. rupanya dia dah pergi kedai belikan minyak sapi.. mak aku pun kesian kot tengok aku.. (thankiu mak..) haha.. dah tu, tak kan nak biar je? aku pukul la lagi minyak sapi tu sampai kembang... dengan penuh harapan yanhg kuih aku masih ada harapan.. huhu.. bila dah kembang, aku campur balik kat adunan tadi supaya boleh dibentuk/gentel jadi bulat.. yang lebih tu uli lagi buat yang baru.. sebelum nak gentel, bagi mak cek dulu... okeyh.. lulus.. dah boleh gentel.. hehe.. akhirnya, jadi jugak bola-bola raya Suepebs aku ni.. 

Siap untuk di bakar...Warna warni tak? 

Tengok bola-bola raya Sueperbs tu cantik tak? meriah kan??.. walaupun ukuran dia ada sikit terbesar dan terkecik, sekurang-sekurang nya bentuk dia lebih baik la dari yang sebelum ni... kan? kan? hehe.. lepas di bakar pada suhu 180 darjah celcius.. tunggu dalam 20 ke 30 minit .. dan inilah hasil nya..

Bola-bola Raya Seperbs..

Lepas keluarkan dari oven, taburkan la gula halus kat kuih tu.. so, siap sudah satu jenis kuih raya.. rasa kuih ni sedap ke? nak tau, datang la rumah rasa sendiri.. itu pun kalau ada lagi.. hehe..lepas ni aku nak buat kuih raya lain pulak.. tengok la jadi ke tak..



p/s: nama sebenar kuih ni Bola Salji.. macam kuih arab tu.. cuma kuih yang ni warna warni sikit..

Aug 4, 2012

Bangkit dari kegagalan..





Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sekejap je rasanya dah masuk 2 minggu puasa dah.. Baru-baru ni aku pergi test JPJ kereta untuk kali ke dua.. setelah hampir setahun sejak gagal Ujian JPJ kereta haritu, aku nekad nak ambil lagi (aiceh ayat tak boleh tahan..)

Aku ingat lagi masa gagal ujian tu betapa kecewa nya aku... rasa macam hancur berkecai dah hati ni.. bukan satu tapi dua-dua (parking dan jalan raya) aku gagal... dah la guna duit mak ayah.. masa tu aku ingat lagi aku naik LRT tak turun-turun dari hujung stesen ke hujung stesen melayan fikiran yang berkecamuk.. nangis tu tak yah citer la kan.. hehe.. kecewa sangat tu.. alhamdulillah la masa tu tak terfikir nak buat benda yang tak elok...(refer entri ni)

Kawan aku , keluarga aku ada jugak bertanya bila nak ambil ujian semula JPJ tu... nampak gaya macam dah menyesal je nak ambil test tu lagi.. walaupun tempat kerja aku ni dah dekat sangat dengan pusat memandu tu, tapi tak pernah nak singgah...naik LRT pun tengok dari atas je tempat memandu tu.. 

So, entah macam mana hati ni tergerak nak try lagi.. instructor yang ajar aku pun ingat aku dah tak nak ambil ujian dah.. memandangkan sekarang tengah kerja shif, so boleh la ambil masa untuk belajar lagi 3 jam sebelum ujian sebenar.. pada asalnya aku plan nak ambil ujian waktu nak dekat-dekat raya tapi memandangkan tempat tu dah nak di renovate, so masa yang paling terdekat ialah minggu ni je.. lepas ni, kalau nak ambil ujian kena tunggu sampai siap renovate la.. agak-agak dalam bulan 9.. nak tak nak, aku ambil je la waktu tu.. kalau dah lepas renovate takut tak biasa pulak dengan tempat baru...

Aku tak bagi tahu siapa-siapa pun yang aku ada ujian JPJ hari tu.. aku ambil cuti pun aku tak bagitahu sebab apa.. even keluarga aku pun tak tahu.. kalau boleh aku tak nak siapa pun tahu.. at least kalau gagal pun tak ada lah kecewa sangat.. hehe..

So, hari tu aku dapat untuk sesi petang.. serius aku rasa aku hampir gagal dah.. kat bukit pun terundur.. aku tak tau la meter tu tak gerak atau aku yang salah tengok.. tapi nasib baik la tak undur banyak sangat... main agak-agak je la masa nak buat balancing tu...alhamdulillah berjaya... bahagian parking pulak aku dah terlebih masuk.. aku terpaksa buat lagi sekali.. alhamdulillah la sempat parking dalam masa yang ditetapkan tu.... tiga penjuru tak ada masalah sangat .. alhamdulillah... LULUS bahagian parking.. happy punya pasal, keluar je kereta, aku terus lari kat tempat JPJ tu ambil borang.. sampaikan terlupa nak ambil beg yang aku letak kat tempat duduk belakang.. nasib baik la orang pusat memandu tu perasan beg aku..

Lepas parking, ujian jalan raya pulak.. nervous ok.. aku rasa masa aku memandu tu, aku asyik sebut 'Bismillahirrahmanirahim' je.. aku rasa JPJ kat sebelah pun perasan kot.. Alhamdulillah , ujian jalan raya pun lulus walaupun tak dapat markah penuh... berkat bulan Ramadhan.. walaupun rasa letih sikit, tapi dengan doa dan pertolongan Allah swt, aku bersyukur sangat akhirnya aku lulus..

Tadi dapat call lesen dah siap.. balik kerja terus ambil.. heheh

lesen ada kereta tak ada .. 

Itu je la cerita pengalaman ambil lesen aku.. tu la.. dah tua-tua baru nak ambil lesen.. hehe...