Jun 22, 2012

Sueperbs Pagi 22 June 2012...

Jun 17, 2012

Semak Keputusan Peperiksaan SPA


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ada siapa-siapa yang ambil pepriksaan PTD Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 12 May 2012 hari tu? dah cek keputusan.

Sebenarnya aku baru cek tadi.. terlupa nak cek.. bagi siapa-siapa yang belum cek tak tahu macam mana nak cek boleh pergi link ni..--> SEMAK KEPUTUSAN

Nanti dia akan keluar macam kat bawah ni




LULUS? Tahniah kepada yang lulus. Yang gagal jangan berputus asa. Cuba lagi ye..



suesay : sangat2 tak sangka sebenarnya boleh lulus. Alhamdulillah...



Jun 11, 2012

Usha-usha Ekspo Beli Barang Buatan Malaysia PWTC

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari jumaat haritu aku ke PWTC sebab nak usha-usha ekspo beli barangan buatan Malaysia ni. Aku dapat tahu pun dari FB. Emm.. Sepatutnya aku pos entri ni awal tapi atas sebab masalah internet, hari ni baru dapat pos.




Masa aku sampai kat PWTC tu mula-mula aku rasa macam 'eh betul ke ada ekspo ni? ke aku dah silap tarikh ni? macam tak ada orang je?' .. orang tak ramai macam masa aku pergi pesta buku hari tu. walaupun rasa teragak-agak, aku terus masuk je.. ada menteri berucap dalam satu dewan tu.. mungkin majlis perasmian.. ramai kat dalam dewan tu patut la tak ada orang sangat kot.. hehe.. lagipun hari tu bukan hari cuti..

orang tak ramai sangat

cantik tak? hehe

lapar pulak.. makan jap

Produk Noraini's

Produk minuman

Marshmellow cicah coklat.. sedap

Kedai Rakyat 1 Malaysia pun ada

Ada banyak booth yang di buka tapi aku beli sikit-sikit je... ni je lah gambar yang dapat di kongsi.. aku snap pun guna kamera hp je.. ^_*





Jun 8, 2012

..8..





Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

8? Tajuk entri yang paling pendek kot.. haha.. ada apa dengan 8? hari ni kan 8 haribulan.. so? hey hey.. hari ni tarikh lahir ku.. saje nak bagitau.. hehe.. maka harini genap lah umur ku dua puluh ehem ehem ... heheh... masih 20 an lagi ye...

Aku memang suka nombor 8.. salah satu sebab nya aku lahir 8 haribulan.. saiz kasut 8 ( yeah kaki aku memang panjang .. wahaha)... tinggi 168 cm... berat 888 (eh.. mana boleh bagitau).. lahir 198? .. kalau boleh kawen pon nak 8 haribulan la..haha...

Ok lah... sebenarnya banyak lagi no 8 yang berkaitan dangan hidup aku... tapi tak kan nak bagi tahu semua.. ye dak??... dan harini aku cuti.. saje je ambil cuti.. nak jalan-jalan pada 8 haribulan ni.. ^_*




Sueperbs Pagi 8 Jun 2012...















Jun 2, 2012

Go Gerilla / Amir Jahari - Tanpamu


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Siapa tengok versus TV9 semalam? Hmm.. Aku tengok sampai habis ok.. Semalam untuk battle yang sebelum persembahan final, Go Gerilla dan Black Parallex yang berjaya masuk battle. Black Parrallax nyanyi lagu untukmu, Go Gerilla nyanyi lagu Tanpamu. Seriously, aku selalu dengar lagu tanpamu ni tapi aku tak pernah tahu siapa penyanyi sebenar lagu ni.. Amir Jahari? biasa dengar.. tapi tak tahu siapa. Lepas tengok versus semalam baru lah aku tahu, siapa Amir Jahari..

Amir Jahari sebenarnya peserta AF9. (lupa dah).. Google punya google rupanya Amir Jahari ni ada blog sendiri. (Blog Amir Jahari).. Sebab lagu tanpamu ni, semalam buat pertama kali Go Gerilla menang untuk battle versus walaupun Black Parrallax perform killer song diorang 'Lagu Untuk mu'..

Final battle versus, Go Gerilla masuk battle lagi. Kali ni dengan Hujan.. Keputusan undian memang beza sikit je.. Hujan menang dengan peratus undian 50.4%. So, Hujan dapat lah RM200 ribu sebagai juara. Walaupun Go Gerilla tak menang, Go Gerilla tetap dapat RM 25 ribu sebab menang battle yang mula-mula tu..

Dan ini lagu tanpa mu versi akustik dari Amir Jahari.. 







Amir Jahari – Tanpamu Lyrics & Chord
Intro: C B Em7 x2
C B Em7
Selamat Pagi Semua
C B Em7
Dengarkanlah nada
C B Em7
Suara dan irama
C B Em7
Yang menyakitkan telinga
C D G Em
Embun pagi yang lembut
C G D
Menyentuh pipi yang gebu
G
Tanpamu
Em7 Em
Ku kan terlewat
C
Tanpamu
D G
Ku kan sedih
Em D C G
Kerana kau lah penyelamat
Am B7
Dan akan sentiasa di hati
C B Em7 x2
C B Em7
Saat 7 pagi
C B Em7
Akan ku tersedar
C B Em7
Mungkin kerana kau
C B Em7
Aku dapat merasa
C D G Em
Embun pagi yang lembut
C G D
Menyentuh pipi yang gebu
C D G Em
Waktu pagi diriku
C G B7
Hingga pagiku sambut
C G D Em C G D B7
ooohhh… hooo… hoooo
lalala… lalala…
C G D Em C G D B7
G
Tanpamu
Em7 Em
Ku kan terlewat
C
Tanpamu
D G
Ku kan sedih
Em D C G
Kerana kau lah penyelamat
Am B7
Dan akan sentiasa di hati
G
Tanpamu
Em7 Em
Ku kan terlewat
C
Tanpamu
D G
Ku kan sedih
Em D C G
Kerana kau lah penyelamat
Am B7
Dan akan sentiasa di hati
G
Tanpamu
Em7 Em
Ku kan terlewat
C
Tanpamu
D G
Ku kan sedih
Em D C G
Kerana kau lah penyelamat
Am B7
Dan akan sentiasa di hati
G
Tanpamu
Em D C G
Kerana kau lah penyelamat
Am B7
Dan akan sentiasa di hati
Outro:
C G D Em C G D B7
lalalalala.. lalalala


Source: Amir Jahari – Tanpamu » RAHMAD GUITAR CHORDS 





p/s ; macam susah je kod lagu Amir Jahari tanpamu ni... ada yang senang sikit tak? hehe

Fanpage Amir Jahari 
Fanpage Go Gerilla