Feb 27, 2012

Usha-usha Karnival WOW Putrajaya...



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terlambat pulak update benda ni.. tak de akses internet kat kampung... so kena tunggu balik rumah baru boleh update...  Sebenarnya aku first time pergi Putrajaya ni.. almaklumlah tak de kenderaan sendiri.. kalau orang bawak aku ikut je.. huhu.. ni pun plan last minit.. kami pergi masa sabtu malam ...

tak mau cerita panjang-panjang.. tengok je la gambar-gambar yang sempat aku snap ni...


banyak booth-booth..



ada konsert Wow .. banyak artis.. yang perform malam tu Black, Mila, Stacy, M.Nasir, Hattan, Ella, Ramli Sarip... 



ada pertunjukan bunga api jugak..  cantik.. 



dalam pukul 12 baru balik.. balik je terus lapar.. huhu..




Feb 19, 2012

Hadapi dengan senyuman... ^_*


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebelum esok bermula, ni nak update blog kejap.. ye lah.. esok dah kerja balik.. mungkin tak sempat nak jenguk blog ni..

Oh ye.. aku baru habis baca novel Mandatori yang aku beli masa MPH book fair haritu.. aku  rasa dua minggu kot masa yang aku ambil untuk habiskan buku ni... cerita dia best.. cuma, nak curi masa tu payah sikit.. ada je benda lain nak buat.. dan mungkin sebab aku suka baca time sebelum nak tidur.. konfirm-konfirm la aku tidur kalau dah kepala atas bantal.. hohoh

Mandatori.. Ramlee Awang Mursyid..

Cerita ni berkisar pasal dendam... dan macam mana bila orang yang tak bersalah dihukum bersalah kerana dianiaya orang lain.. memang kena baca sampai habis la...

Alrite.. tidur awal... esok nak kerja... nanti tersengguk-sengguk pulak kat tempat kerja tu.. yang masih belajar lagi pun sama jugak ye.. selamat malam...

semoga hari esok lebih baik dari hari ini... hadapi hari-hari anda dengan penuh senyuman...

enjoy lagu ni.. dari encik mimpi..








Feb 18, 2012

Its OK kalau start dengan benda yang kita tak suka..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pernah tak mengalami keadaan yang mana kite terpaksa buat benda yang kita benci/tak suka? tapi sebab tak ada pilihan lain, kita terpaksa buat jugak benda tu...

Contonhya macam dalam pekerjaan .. puas dah cari kerja tapi tak dapat-dapat... last-last dapat satu kerja tapi kerja tu kerja yang paling kita tak suka buat.. contonya kita tak suka promote dan jual barang.. tak suka paksa-paksa pelanggan beli barang sampai kena marah hari-hari... tiap hari kerja rasa macam tak nak datang kerja...

lepastu, bila dapat satu pekerjaan lain yang kita tak benci, kita akan rasa lega sangat.. dah tak payah nak buat benda-benda yang kita tak suka.. walaupun pekerjaan baru yang kita dapat tu sebenarnya lagi susah.. sampai setiap hari kena balik lewat.. tapi sebab kita fikir balik pasal kerja kita sebelum ni yang memang kita benci dan tak nak buat, sebab tu lah kita boleh bertahan dengan kerja baru ni... walaupun pada hakikatnya kerja baru tu lebih susah... 

Dan sebab tu lah 'its ok kalau start dengan benda yang kita tak suka'.. sebab bila kita dapat sesuatu yang lebih baik, kita akan lebih menghargai benda tu... 

Hmm.. So, korang faham ke apa yang aku cuba sampaikan ni?? tak faham? ok bye.. buat-buatlah faham ye.. hehe...

gambar sekadar hiasan... tak de kene mengena dengan tajuk..






Feb 11, 2012

Hadiah dari yang tersayang...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat berhujung minggu.. fuhh fuhh !! ... berhabuk dah blog ni.. bila hari bekerja memang aku ketandusan idea tak tahu nak tulis apa... 

Ok lah... ini nak tulis pasal cerita minggu lepas sebenarnya... minggu lepas kan cuti lama sampai 4 hari... dapatlah balik kampung meluangkan masa bersama mak ayah.. 

yang best nya, ayah aku belikan sesuatu yang sangat aku nak.. ni dia hadiah istimewa yang ayah belikan.... 


aku suka gitar ni..

hehe.. gitar... aku suka bunyi gitar.. gitar ni biase je.. yang penting gitar.. nak kata pandai sangat main tu tak ada la.. setakat tahu chord-chord yang basic je. . (nak tune pun tak berapa tau sebenarnya)... 

selama ni curi-curi main ayah punya je.. al kisah nya, aku pernah cakap-cakap kosong kat mak yang aku nak beli gitar tapi tak tahu macam mana nak pilih.. tak tahu pulak mak cerita kat ayah.. tup tap tup tap haritu ayah balik bawak gitar.. untuk aku katanya... 

suke... selama ni curi-curi main ayah punya je... sekarang dah ada sendiri.. ^_*

aku suka pemain gitar Sungha Jung ni... dari kecik dah hebat main gitar..  jari dia macam melayang-layang je bila main gitar..








p/s: tak de cita2 nak jadi mcm najwa ke Yuna.. just for fun...

Feb 4, 2012

Usha-usha Pesta Buku Antarabangsa PWTC..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni hari sabtu.. semalam aku baru dapat tahu yang ada pesta buku kat PWTC... so, hari ni aku tak nak lepaskan peluang la ke PWTC tengok pesta buku tu dengan kawan..





Pesta buku ni berlangsung dari 1 februari sampai 6 februari.. 10 pagi sampai 8 malam... tadi aku pergi pun dah tengah hari.. orang pulak semakin ramai.. bersesak jugak lah kat situ... dan baucer buku 1 malaysia diterima kat situ... memang banyak lah student-student yang serbu kat situ.. ( masa aku student dulu tak de pulak baucer-baucer ni kan...)

Booth-both yang ada memang banyak... diskaun memang ada.. kalau macam novel kat booth Karangkraf tu ada diskaun 10%.. boleh la beli novel-novel yang korang nak... dan buku-buku agama, buku teks, majalah pun ada..


bersesak-sesak nak beli buku..

Sebenarnya aku nak mencari novel-novel Ramlee Awang Mursyid.. nak tambah lagi koleksi.. tapi kat situ cuma ada 3, 4 buku yang ditulis oleh beliau.. Aku dapat lah jugak beli buku baru Ramlee Awang Mursyid.. Fiksyen 302... hehe.. tak sabar nak baca..


budak ni kuat merayap.. ^_*

Memandangkan keadaan semakin sesak, memang agak susah jugak la nak belek-belek buku kat situ... lagi pun aku tak plan pun nak beli buku apa selain buku Ramlee Awang Mursyid.. Jadi, ini je la yang aku beli kat Pesta Buku Antarabangsa PWTC tu...


beli buku dan bookmark je...


So, kalau ada siapa-siapa nak pergi sempat lagi ni.. ada 2 hari lagi... cuti-cuti ni kalau tak ada buat apa, bolehla jalan-jalan kat Pesta Buku ni ye...



p/s : nak pergi PWTC boleh naik LRT laluan Sentul Timur.. 

Feb 3, 2012

Singa datang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah dah start keje baru khamis lepas... baru 2 hari kerja, dah cuti 4 hari.. hehe..best nye lah.. hari rabu baru masuk balik kerja..  cuti lama la yang paling seronok.. ye dak??

Macam mana kerja baru? So far so good... mula-mula ni memang agak tak biasa la dengan sistem-sistem yang di guna.. tak pe.. lama-lama nanti mahir la.. practice make perfect..

Tadi tengah sibuk buat kerja, tiba-tiba dengar bunyi gendang.. dari jauh dah nampak kelibat singa... (bukan singa kat hutan tu ye.. ni singa untuk Gong Xi Facai la...)  Aku terus tak boleh nak fokus buat kerja.. sebab nya, aku tak pernah tengok tarian singa secara dekat.. selalu tengok kat TV je.. hehe..

semua tinggalkan kerja..


Singa tu ada 2.. dia pusing-pusing satu ofis.. nasib baik tarian singa.. kalau tarian naga macam mana agaknya nak pusing satu ofis tu? hehe.. kumpulan tarian singa ni dijemput untuk nak menceriakan suasana lah gamak nye.. boleh jugak menghilangkan sikit stress bekerja..

dok tengok tarian Singa


Ramai yang bangun datang dekat nak tengok singa ni.. aku pun jakon sebenarnya, tapi segan la pulak nak pergi dekat.. haisy budak baru ni.. over pulak dia ni... 

Akhirnya, setelah lama tunggu, singa ni sampai jugak dekat aku.. dapat snap gambar dia... dan dapat tengok orang dalam singa tu.. Orang India rupanya.. eh.. kau ingat tarian Singa, bangsa Cina je boleh main? Sekarang semua pun ada dah...


Singa comel...


So, dapat jugak la tengok tarian Singa ni secara dekat... tak sia-sia datang kerja harini.. ahak...


p/s: cuti 4 hari.. jom jalan-jalan..



Feb 1, 2012

Skizofrenia, Sinestesia..

Ni buku pertama tulisan Ramlee Awang Murshid yang aku baca.. Ungu Karmila.. best memang best.. aku suka cerita-cerita thriller.. misteri.. unexpected.. gaya tulisan pun senang faham.. buku yang membuatkan aku tak nak skip mana-mana mukasurat.. nak tahu semua..

tak sabar rasanya nak baca buku-buku hasil tulisan Ramlee Awng Murshid yang lain... banyak lagi buku karya beliau.. (nyesal pulak tak beli banyak-banyak masa karnival buku haritu.. boleh jugak dapat diskaun ,, hehe )

Ungu Karmila..


Chop!!

Kenapa tajuk entri ni Skizofrenia, Sinestesia?? Suka sangat lari tajuk kan.. isyh isyh isyh.. 

Okeyh.. Sebenarnya Skizofrenia dan Sinestesia ni ada kaitan dengan cerita dalam buku Ungu Karmila ni.. 

Skizofrenia ialah sejenis penyakit mental yang deisebabkan oleh ketidakseimbangan sistem saraf dalam otak. Puncanya mungkin kerana proses pembesaran saraf atau otak yang tidak mengikut sistem yang ditentukan. Punca sebenar belum diketahui. Gejala-gejala skizofrenia biasanya muncul pada usia 15 ke 35 tahun. Risiko menghidap penyakit ini sama bagi wanita dan lelaki tetapi lebih cepat muncul pada lelaki. Risiko untuk pesakit Skizofrenia membunuh diri adalah lebih tinggi berbanding orang lain. 

Sinestesia pula ialah deria seseorang - rasa, penglihatan,pendengaran,sentuhan dan bau campur aduk di antara satu sama lain lalu membentuk satu deria yang berkecamuk. Contohnya rasa makanan yang manis  atau pahit kelihatan corak-corak yang tersendiri, alunan muzik kelihatan berwarna-warni. Menurut pakar neuorologi, Dr. Richard Cytowic, sinestesia menjadikan manusia agak puitis tentang kehidupan mereka. Dari segi sains, otak mereka sebenarnya didawaikan secara berlainan.


Ok? Faham tak.. aku pun susah jugak nak faham istilah-istilah sains ni.. (dulu sekolah menegah amil aliran sastera je.. ) Tak minat nak jadi doktor.. takut tengok bedah-bedah, luka-luka dan seangkatan dengan nya..ngeri.. heehee

maklumat ni di ambil dari dalam buku RAM ni.. Dalam segmen ilmu..