Oct 31, 2011

Semua kau nak bagitau orang...



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kecoh la kau ni.. Semua kau nak bagitahu orang? bagitahu apa? hehe.. ni kes blogger la ni.. ada blogger yang menggunakan blog mereka untuk meluahkan apa saja yang mereka nak.. kadang-kadang benda hal remeh temeh pon nak cerita kat blog.. contoh tajuk macam kena gigit kucing, terjatuh kerusi, sakitnya cabut gigi, seluar ku terkoyak , bajuku tak muat, malunya tersalah masuk toilet, tayar keretaku pancit, dan .. (cerr senaraikan lagi.. hehe)

Kadang-kadang aku tulis jugak benda-benda remeh tu.. mungkin orang lain nampak macam sangat remeh, tapi boleh jadi benda yang remeh tu pengalaman baru dan manis bagi penulis blog tu.. benda-benda remeh tu la yang selalunya blogger-blogger suka baca dan komen.. jadi bagi aku benda tu bukan satu masalah..  biarlah blogger tu nak tulis apa pun.. asalkan jangan melampau batas sudah.. blogger-blogger mesti tahu semua tu..

Betulke semua benda nak kena bagitahu kat blog? hmm.. kalau macam aku, memang tak semua la nak bagitahu kat blog ni.. kadang-kadang bila aku keluar pergi mana-mana memang aku suka snap pic yang aku rasa menarik.. nanti boleh jugak kongsikan kat blog.. tapi sebenarnya tak semua yang aku snap tu masuk dalam blog.. bila aku snap pic kadang-kadang kawan-kawan atau ahli keluarga yang tahu aku ada blog mesti sindir (eh.. tegur) "nak letak kat blog dia lah tu".. hehehe.. kadang-kadang memang segan bila orang yang rapat dengan kita tahu dan baca blog kita.. nak tulis pun berhati-hati takut ada yang terasa.. ye tak? dan kadang-kadang tu kena perli pun ada.. haha.. tahan je la.. siapa suruh tulis kat blog..

walau apapun yang korang nak tulis, korang pandai-pandai lah ye tanggung risiko nya.. dan kalau boleh elakkan tulis benda-benda yang tak pasti.. takut menjadi fitnah pulak.. ^_*





Oct 30, 2011

Soal Jawab.. Izyan Hanis

Wah saya di tag lagi.. kali ni ditag oleh Izyan Hanis.. okeylah saya cuba jawab...


1. which country do you like most?
- Malaysia

2. if you are given gold and silver, which one you want?
- gold

3. what are you going to give as a present for your 1st date with your gf/bf?
- smile

4. what type of girl/boy you like?
- responsible and caring

5. which genre of movies you like most?
- action comedy

6. do you love children?
- love very very much

7. what are your favorite comics/magazines?
- REMAJA

8. do you have any pets? what it is?
- cat.. 

9. What car do you like most?
- Ferarri

10. do you proud to be Malaysian?
- definitely, yes

11. As Malaysian do you support 1 Malaysia?
- yes


thanx for the tag ye.. ^_*







Sueperbs pagi 30 okt 2011..









Oct 29, 2011

Tahniah Negeri Sembilan juara piala Malaysia 2011..





Tahniah Negeri Sembilan kerana berjaya menewaskan Terengganu dengan 2-1.. Gol pertama dijaringkan oleh pemain Terengganu,  Ashaari Shamsudin.. 

Gol kedua jaringan S.Kunalan yang agak tidak disangka-sangka apabila bola terlepas dari tangkapan Sarbini.. dan gol ketiga jaringan Hairuddin Omar .. gol yang sangat cantik menjadikan juara Piala Malaysia 2011 milik Negeri Sembilan.. 

Pemain terbaik untuk Piala Malaysia 2011 milik Hairuddin Omar.. 








Hairuddin Omar..



Tahniah Negeri Sembilan.. 

Antara gol-gol yang dijaringkan untuk piala Malaysia 2011..


Soal Jawab.. Qisatulhayati..


Okey lah ini soalan-soalan yang ditanya oleh Qisatulhayati.. sebenarnya kena tag 11 orang dan buat 11 soalan lagi untuk ditanya..


Oleh kerana sudah di tag, aku cuba la jawab ye..




Korang jenis yang peramah ke pendiam @ depend on situation..?
depend on situation.. lebih peramah dengan kawan-kawan rapat

Kereta impian korang (dream car)?
kalau yang paling mahal saya nak ferrari warna merah.. untuk dalam Malaysia ni, saya suka Satria Neo kot..

Kalau online suka buka web apa first sekali?
Yahoo mail.. lepas tu baru blog..

Apa movie fav korang?
Hmm.. Movie yg lawan-lawan dan lawak-lawak

Kalau tengah marah dengan adik/abang/kakak/best friend selalunya korang akan buat apa?
diam sampai hati reda.. layan lagu kuat-kuat (pakai earphone ye)..

Percutian idaman korang kat mana?
Gunung Everest boleh? nak mendaki gunung Everest..

Kerja gila yang korang pernah buat?
emm.. macam tak ada je.. tapi orang gila pernah datang dekat kat saya dan bagi flying kiss.. memang gila masa tu.. masa tu saya dalam bas.. orang gila tu naik bas semata-mata nak bagi flying kiss lepas tu blah macam tu je.. gila lah.. memang blurr sangat masa tu.. kerja gila jugak lah tu kan? hehe

Apa warna fav korang?
Merah + putih..

Lagu fav sekarang?
Who says, Aishiteru, Percaya padaku, Kisah Dongeng.... (nak satu je ke?)

Bila korang plan nak kahwin?
Umur 25 tahun kot

Apa pendapat korang tentang blog ni (qisatulhayati)..?
Simple dan susunan teratur.. kalau tengok kat popular post, dah boleh agak dah, tuan blog ni mesti suka kumpulan Sepah?betul tak?



ps: sorry dapat jawab je.. tk dpt nak tag


Tengganu ke Negeri?




Hehe.. seperti yang korang tahu, malam ni akan berlangsung final Piala Malaysia.. pasukan yang layak masuk ke final ialah Terengganu dan Negeri Sembilan..

korang sokong siapa? aku sokong .... SELANGOR.. hehe.. sedih sangat bila Selangor tak dapat masuk final.. kalau tak, dah pergi stadium dah hari ni.. tak apa lah.. tak ada rezeki untuk pasukan Selangor kali ni.. lagipun tiket mahal.. Tiket Malaysia lawan Singapura haritu pun lagi murah.. hoh

All the best la kepada pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan ye...



Oct 28, 2011

Superbs pagi 28 okt 2011...







Oct 27, 2011

ku ponteng kelas..


Malam Rabu, khamis dan jumaat, aku ada kelas Mandarin .. tapi malam ni tak dapat pergi..  bukan sengaja.. sahabat baik kakak iparku meninggal.. jadi malam ni first time ponteng kelas untuk menziarahi arwah.. al fatihah.. semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman....

Amin...

hmm.. setakat ni aku boleh tangkap lagi apa yang dah belajar.. cuma aku agak geram sebab tulisan dan sebutan dalam bahasa mandarin ni agak tak sama.. susah untuk sebut dengan betul.. ok lah ni lagu yang lao she (teacher) ajar kami nyanyi.. senang je lagu ni.. 

yi er san si wu liu qi,
wo de peng you zai na li?,
zai zhe li, zai zhe li,
wo de peng you zai zhe li...


hehe.. aku suka lagu ni.. ada siapa faham lagu ni?


p/s: harap-harap boleh la faham bila dengar orang cakap mandarin nanti.. 









Oct 26, 2011

My convocation day..

Yeah.. Alhamdulillah.. selesai sudah hari konvo ku..


Istiadat konvokesyen UiTM


Bunga-bunga.. siapa nak beli??


beribu-ribu manusia.. 

Berkonvo di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC)


di stadium UiTM.. 


cerr teka bunga ni nak bagi siapa..




JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS




Jom berkempen!! hehe.. 

Ni adalah kempen tingkatkan followers.. orang kata, don't judge a blog by its followers.. follower ramai tank semstinya blog tu bagus.. hmm.. ye.. memang betul.. citarasa manusia tak semuanya sama kan.. ada yang suka ada yang tak suka.. kita tak boleh nak puaskan hati semua orang..  tapi kan seronok kalau blog kita ada bilangan follower dan pengunjung yang ramai.. kan kan?

hehe.. apa lagi.. jom la kita berkempen ye.. nak join klik kat banner di atas.


Sueperbs Pagi 26 okt 2011..






Oct 25, 2011

Sueperbs pagi 25 okt 2011..





Oct 24, 2011

Sueperbs pagi 24 okt 2011..







Oct 23, 2011

Usha-usha Career fair Institut-institut Bank Malaysia (IBBM)..

selamat datang..


Semalam aku pergi KLCC bersama kawan.. bukan nak jalan shoping ye.. sebenarnya ada career fair anjuran Institut-institut Bank Malaysia.. kami pergi agak lambat memandangkan kawan ku ada kenduri yang dia kena datang.. dalam pukul 3 kami sampai..

Nak kata ramai tu tak la ramai sangat.. memandangkan penganjur karnival ni ialah Institut Bank-bank Malaysia, memang semua employer terdiri dari bank-bank dan badan-badan kewangan.. Antara bank-bank yang turut serta dalam karnival kerjaya ni ialah Agro Bank, Bank Islam, Maybank, CIMB Group, Exim Bank, Bank Pembangunan, Hong Leong Bank, OCBC Bank, HSBC Bank, RHB Bank... dan banyak lagi..


suasana di IBBM Career Fair


Kami pergi hampir semua booth yang ada kat situ.. tanya apa yang nak tanya dan drop resume .. sampai habis dah resume sebab asyik drop je.. lepas selesai kami melencong ke Masjid India @ jalan TAR.. hehe.. semalam kan sabtu.. setiap sabtu memang ada pasar malam kat jalan TAR.. 

kami jalan-jalan cuci mata, sambil tu beli la apa yang patut.. dan yeah.. kami TERRR beli selendang..hehe..  tak pe.. satu je...

lepas penat berjalan, kami singgah di kedai cendol..

cendol pulut ni serius SEDAP..

Perghh.. memang sedap cendol tu.. kawan aku yang rekemen.. baru first time cuba.. lain kali mesti nak rasa lagi.. dan ini aku nak tunjukkan apa yang dapat aku kumpulkan untuk career fair semalam.. 

bertambah lagi koleksi bag, buku dan pen.. 







Sueperbs pagi 23 okt 2011..





Oct 22, 2011

Sueperbs pagi 22 okt 2011..






Oct 21, 2011

Program Latihan 1 Malaysia di Kolej Komuniti..

Kolej Komuniti Shah Alam


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Korang tahu tak pasal Program Latihan 1 Malaysia? Program ni adalah ilham YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam pembentangan Bajet 2011 bagi membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat setempat melalui Latihan 1 Malaysia.



Objektif Program

  • Meningkatkan kemahiran komunikasi masyarakat setempat
  • Membantu masyarakat setempat dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
  • Mengurangkan masalah sosial belia
  • Memenuhi ciri-ciri konsep Nilai Murni 1 Malaysia melalui pendidikan dan kemahiran
  • Memberikan peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan kedudukan

Syarat Kelayakan

  • Warganegara MALAYSIA
  • Boleh membaca dan menulis
  • (Pesara kerajaan/Warga Emas/Belia/Lulusan Universiti/Lepasan Sekolah)
  • Pekerja yang sedang bekerja
  • Masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon
  • Kursus dijalankan pada selepas waktu pejabat (hari bekerja) dan hujung minggu:
  • Masa 6.00 petang hingga 10.00 malam (hari bekerja)
  • Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang (hujung minggu)
  • Program Kemahiran Bahasa - RM10.00 / Kursus (Pakej)
  • Program Kemahiran Lain - RM 1.00 sejam (Bayaran Dicaj Mengikut Jam Kursus)

Kalau nak daftar, korang kena lah pergi kat mana-mana kolej Komuniti yang ada tawarkan program ni..  Aku sebenarnya dah join satu kursus iaitu kursus bahasa Mandarin.. RM10 je tau.. untuk 32 jam.. setakat ni aku dah datang untuk 2 kelas. kelas bahasa diadakan sebelah malam.. malam ni pun ada lagi kelas.. seronok jugak belajar bahasa mandarin ni.. 'Zhen de ma?'

Untuk pengetahuan korang, banyak lagi kursus yang ditawarkan di bawah program Latihan 1 Malaysia ni.. Untungnya kalau korang daftar untuk program ni, yuran dia murah je.. dan kalau korang ambil kursus kemahiran seperti -memasak, jahitan, solekan dan lain-lain, korang cuma bayar yuran je.. barang-barang semua pihak kolej komuniti yang akan sediakan.. 

Antara kursus yang ada kat Kolej Komuniti Shah Alam untuk bulan Oktober-November

BAHASA DAN MUZIK

  • Kursus Bahasa ( RM 10 setiap bahasa)
  • Kursus Muzik ( RM 10 setiap muzik)
  • Kursus Tarian ( RM 10 setiap tarian)

Kemahiran (RM 20)
SAJIAN DAN KATERING

  • Kursus kuih-muih tradisional
  • Kursus pembuatan coklat
  • Kursus masakan barat
  • Kursus Roti dan kek
  • Kursus Pembuatan coklat

FESYEN DAN PAKAIAN

  • Kursus Jahitan Kreatif (Baju)
  • Kursus Jahitan Kreatif ( Langsir)
  • Kursus Jahitan Kreatif (Tudung)

GRAFIK DAN MULTIMEDIA

  • Kursus Fotografi Kreatif
  • Kursus Adobe Illustrator Photoshop

SOLEKAN

  • Kursus Solekan dan Andaman
  • Kursus Kecantikan

ART & Craft

  • Kursus Silk Printing
  • Kursus Felt Craft
  • Kursus Clay Animation
  • Kursus Frame Craft



P/s : Kalau boleh memang nak join semua.. hehe .. untuk apply online dan tengok senarai kursus boleh klik SINI



INFO




Sueperbs pagi 21 okt 2011..






Lelaki seperti aku vs gadis seperti aku..

Ramai dah tahu lagu ni kan,, Lagu ni macam best jugak.. lirik lagu ni 'catchy' , unik dan senang nak faham dan aku suka.. hehe.. ni mtv lagu lelaki seperti aku dari aliff satar.. layan je la mtv ni..





Chopp!! ingat lelaki je ada lagu ni.. versi perempuan pun ada la.. hehe.. gadis seperti aku nyanyian oleh Shila Hamzah.. layan jugak lah ye cover lagu ni..





memang tak ada gadis seperti aku tapi yang lebih baik banyak...




Oct 20, 2011

Sueperbs pagi 20 okt 2011.. (spontaneous thursday)





Cinta Elysa - Barisan Pelakon..




Okeyh, aku memang tengok cerita Cinta Elysa ni.. aku tahu ramai yang minat cerita ni.. mungkinkah sebab jalan cerita atau mungkinkah sebab barisan pelakon dalam drama ni?

Setakat ni kalau tengok pada fanpage Cinta Elysa dah mencecah lebih 13k  LIKE.. 



Atas permintaan kali ni aku nak buat entri khas barisan-barisan pelakon yang membintangi drama Cinta Elysa ni.. Dan aku sertakan link-link Facebook yang korang boleh LIKE..

Johan Asari..

Dalam drama Cinta Elysa ni, Johan Asari memegang watak sebagai Aril. Ada dua fanpage yang korang boleh LIKE - Johan Asari fanpage dan Aril (CInta Elysa)


Fasha Sandha

Yang ini lah Elysa.. Kakak sulung mempunyai dua orang adik lelaki.. Watak Elysa dilakonkan oleh Fasha Sandha.. Link untuk fanpage Fasha Sandha


Zila Bakarin

Zila Bakarin memegang watak sebagai Yasmin iaitu mak kepada Elysa.. geram tengok Yasmin ni.. dah ada suami dan anak tapi curang dengan orang lain.. tamak harta.. curang.. 


Dato' Jalaluddin Hassan

Dato' Jalaluddin Hassan memegang watak sebagai Jasman.. Bapa kepada Elysa.. Jasman lah yang mempercayai Aril, satu-satunya anak saudara yang ada.. Tapi Jasman sudah meninggal dunia apabila dilanggar lari..


Zaefrul Nordin

Yang ini Rashid skandal kepada Yasmin.. Rashid dengan tak malunya masuk ke rumah Elysa setelah kematian bapa Elysa, Jasman..

Addy Ashraf


Addy Ashraf memegang watak sebagai Khairul.. adik kepada Elysa.. setakat ni, dia memang tak suka Aril sebab perangai samseng Aril tu..  Ni Link fanpage Addy Ashraf..

Naim Daniel

Naim Daniel pula memegang watak sebagai Imran.. Adik kedua Elysa.. Mula-mula memang Imran tak suka Aril.. Tapi sekarang Imran dah mula menyukai Aril dan menganggap Aril sebagai abangnya sendiri.. Ni Link fanpage Naim Daniel..

Ika Nabila

Ni kawan baik ELysa di kolej..  Link fanpage IKA NABILA..


Adam Shah

Ni kawan Aril sejak dari kampung.. kawan buat kerja-kerja jahat.. bila Aril dah duduk dengan Elysa, diorang terpaksa cari kerja lain.. Ni link fanpage Adam Shah dan blog Adam Shah

Talha Harith

Yang ini pun kawan Aril masa kat kampung.. kawan buat kerja-kerja jahat.. Link fanpage Talha Harith


Adik beradik Elysa...


Cukuplah tu antara barisan pelakon yang boleh aku senaraikan.. selamat menonton CInta Elysa ye.. CInta Elysa setiap Selasa jam 9 malam di TV3..

Sumber gambar dan info dari Facebook, google dan Suhan Post..




Oct 19, 2011

Sueperbs pagi 19 okt 2011..







Oct 18, 2011

Blogger! Jom Kenal




Ada ke nak kenal? huhu.. segmen baru ni.. Jom kenal Jom!

Nama sebenar tuan blog sueperbs.blogspot.com ni Suehaidah Mukminin..
Umur tahun 2011 ni 22 tahun..
Asal lahir kat Hospital.. Hospital tu kat Muar Johor.. tapi menetap kat Selangor..


Itu je lah kot.. nak tanya apa-apa boleh je tanya.. jangan segan-segan..


Nak join klik lah kat banner tu ye..  Jom kenal Jom!!..



Separuh Akhir Piala Malaysia 2011..






Seperti yang telah sedia maklum, 4 pasukan telah berjaya ke pusingan separuh akhir iaitu Selangor, Terengganu, T-Team dan Negeri Sembilan.. Antara 4 pasukan ni agak-agaknya siapa yang akan berjaya ke pusingan akhir? 
Berikut adalah senarai pasukan yang berentap untuk 18 dan 22 Oktober ni.. 
SELANGOR   VS   TERENGGANU
T-TEAM   VS   NEGERI SEMBILAN 


Piala Malaysia 2011 pusingan akhir akan di adakan di Stadium Shah Alam pada 29 Oktober 2011..

Aku sokong siapa? Tentulah Selangor.. hehe.. kalau lah Selangor dapat masuk pusingan akhir, boleh lah tengok kat Stadium Shah Alam nanti.. 
All The Best ye..


Sueperbs pagi 18 okt 2011..







Oct 17, 2011

Sukarelawan diperlukan.. Hari Tanpa Lapar..


Aku teringin nak jadi sukarelawan.. tapi tak tau macam mana.. pagi tadi aku ada tengok MHI di TV3.. tetamu jemputannya ialah pengasas Hari Tanpa Lapar Malaysia.. Zarith Naquiah Binti Zahari penerima dana dari 1MDB dan peserta Sejuta Impian TV3... kalau yang suka tengok Sejuta Impian mesti tahu pasal ni.. 



status update Hari Tanpa Lapar



Objektif Hari Tanpa Lapar..
• Memberi makanan dan minuman berkhasiat kepada rakyat Malaysia yang kelaparan dan kurang berkemampuan.

• Memberi informasi dan kesedaran kepada rakyat Malaysia kewujudan Hari Tanpa Lapar dan kesan postif kepada Negara.


Golongan Sasaran..
• Warganegara Malaysia.

• Mereka yang kelaparan.

• Golongan kurang upaya.

• Golongan cacat penglihatan.

• Golongan kurang berkemampuan.

• Kanak-kanak yang terbiar.

• Hilang daya ingatan.



untuk info lebih lanjut LIKE lah Fanpage HARI TANPA LAPAR ni..









ps: macam teringin nak join tapi pukul 10 malam sampai pukul 1 pagi.. pergi boleh naik LRT.. balik sampai pukul 1 pagi nak naik apa pulak.. hmm.. kalau ada kawan boleh la pergi sekali.. siapa nak pergi??? jom..








Cari DUit.. part time..


Assalamuaikum dan salam sejahtera..

SebenarnA dah beberapa hari tak update blog.. sueperbs pagi yang ku post setiap pagi tu sebenarnya auto publish.. hehe.. bagus jugak ada auto publish ni.. 

Kalau nak cari duit kena lah berusaha kan.. duit tak kan jatuh gedebuk macam tu je.. aku nak cerita pasal part time yang aku buat.. tak ada lah banyak mana sangat duit yang aku dapat tapi sekurang-kurangnya dapat jugak lah duit poket.. 

aku ada kenal seorang ni dia yang ajak aku kerja part time.. jumpa pun kat kelas memandu.. memandangkan tak ada buat apa, lebih baik aku buat part time.. tak kira lah part time apa pun asalkan halal.. part time di kelab golf.. bila ada kenduri ke majlis apa-apa ke dia akan perlukan part timer.. kerja biasa-biasa je.. angkat pinggan, kemas-kemas.. gaji dapat hari tu jugak.. cash..

Sabtu lepas aku cuba lah nak rasa part time kat kelab golf ni.. ada satu majlis kenduri kahwin.. mula-mula memang tak tahu apa nak buat, tapi jangan risau, ada yang akan ajar nak buat apa.. makan memang lah free.. dah kerja pun untuk kenduri kahwin.. mesti lah makan nasi kenduri .. hehe..


susun pinggan jangan kasi pecah..

aku baru tahu ni name nya goblet.. huhu



Selalu pergi kenduri kahwen tengok orang angkat pinggan, kali ni aku rasa sendiri angkat pinggan-pinggan, cawan-cawan.. memang non stop la haritu kerja.. dah dalam pukul 3 baru dapat makan dan berehat kejap...


wajah kepenatan..

lepas habis kenduri tu, kena lah kemas-kemas balik dalam dewan tu.. dan esok nya ada lagi majlis lain.. kitorang lah yang kena tolong-tolong buat set yang baru untuk majlis esok pulak.. 

kalau siapa-siapa nak cari duit lebih, boleh je kerja part time ni.. budak lepas PMR pun ada jugak kerja ni.. aku pun sebenarnya hari tu ada jugak cari kawan-kawan ajak join sekali tapi semua nya ada hal.. ada interview la, kenduri , macam-macam hal la.. last-last aku sorang je la pergi dengan orang yang mula-mula ajak aku tu.. dan ada beberapa orang yang aku tak kenal pun ikut jugak.. best jugak kerja ni sebab dapat belajar benda baru dan dapat kawan-kawan baru.. kawan-kawan yang mempunyai semangat untuk bekerja.. 

so, kalau ada yang nak join part time ni, boleh je contact ye.. kerja ni tak tentu jugak.. kalau ada kenduri, ada nak pakai orang baru kita kerja.. kalau tak silap minggu depan ada lagi kot majlis kenduri... tak pasti boleh pergi lagi ke tak..







Sueperbs pagi 17 okt 2011








Oct 16, 2011

Sueperbs pagi 16 okt 2011..







Oct 15, 2011

Sueperbs pagi 15 okt 2011..