Aug 28, 2011

Segmen Tambah Follower : Edisi Kuih Raya






Sebenarnya dah lama nampak segmen ni.. nak join tapi tak sempat-sempat nak join.. sekarang ni memandangkan dah nak dekat tarikh tutup ( 1 syawal ).. aku berusaha untuk taip secepat mungkin.. hehehe

Syarat nya kena tulis entri lengkapkan ayat ni..



ni dia kuih batang buruk..

kenapa nama dia kuih batang buruk? entah.. rupanya tak ada la buruk sangat.. rasa dia sedap.. mak aku mesti beli kalau balik kampung Muar.. yeah.. Muar kampungku.. tempat lahirku.. 

tapi satu je la yang kena hati-hati.. bila makan kuih ni jangan nak sibuk-sibuk bercakap.. nanti tersembur-sembur kat orang depan.. tak pasal-pasal kena debushh kang.. hehe

ok lah.. selamat hari raya Aidilfitri.. maaf atas segala kesilapan saya ye.. yang masih belum join nak join klik SINI



Aug 24, 2011

Keroro Ajak Share Wallaper Desktop..

Masih wednesday lagi ni kan.. hehe.. dah lama tak buat wordless wednesday ni.. tak ada gambar menarik yang nak share.. ternampak sargeant keroro dengan Firdaus letak gambar desktop.. nak letak jugak la .. ehehe.. ni ha walpaper desktop ku..


amacam? macam budak-budak tak? haha.. walaupun aku nampak macam matang tapi jiwa aku masih melayan benda-benda macam ni tau .. haha.. patung-patung ni sangat comel.. aku suka sangat.. tapi gambar ni pun ambil dari internet je.. bukan aku punya.. 




Semangat belajar bertukar semangat shoping..

Sebenarnya aku ada appointment belajar kereta hari ni pukul 4.. tapi baru dapat kol dari pusat memandu tu tadi.. cikgu yang mengajar aku tu mc hari ni.. cehh.. baru semangat nak datang kelas pertama .. bukan senang nak cuti ni... so sekarang dalam kepala hotak ku nak pergi shoping je sekarang.. ye.. jalan TAR.. agak-agak ramai ke orang time-time macam ni? sekarang tengah kerja kan? kerja elok-elok ye.. tak usah pergi jalan TAR tu.. hehehe masalah sekarang siapa pulak yang aku nak ajak ni?? hmm.. nampaknya macam kena pergi sorang-sorang je ni... harap-harap fobia shoping raya aku dulu tak berulang lagi.. doa-doakan aku selamat ye.. ( haha.. macam nak pergi berperang pulak).. ok lah.. aku pergi dulu..

Ye.. Butik tu laa..


Minggu lepas aku ada cerita pasal kerja kat butik .. tapi aku tak bagitahu kat butik mana.. tak sangka pulak ada ramai yang meneka.. dan semua yang teka tu jawapannya semua sama.. dan aku terfikir, macam mana diorang boleh tahu ni ? aku baru nak berahsia.. haha

antara mereka yang rajin komen..


Ok lah, di bulan Ramadhan yang ke 24 ni aku mengaku lah.. ye aku part time kat First Lady.. kat mana? Hehehe..yang tu tak nak la bagitau.. nanti korang serbu pulak ( macam la artis popular nak kena serbu )..  kot-kot kalau nampak perempuan tinggi macam patung model baju tu, aku la tu.. (perasan bajet macam model)

Haa.. yang ini aku nak cerita, memang dulu awal-awal kerja dulu, orang selalu terkejut bila pandang aku.. diorang ingat aku patung mungkin sebab aku berdiri tegak tak gerak-gerak.. pekerja lain berdiri setempat jugak tapi tak ada pulak diorang nak terkejut.. kadang-kadang budak kecik siap peluk kaki aku ingat kan patung..

Aku tak puas hati.. dalam minggu lepas jugak aku cuba la mengukur ketinggian aku dengan patung-patung kat butik tu.. oh rupa-rupanya, tinggi aku memang sama dengan patung-patung kat butik tu.. Cuma patung tu lagi ringan dari aku je.. hehe

Dan untuk mengelakkan benda tu berlaku lagi, aku dah tak berdiri tegak setempat tak gerak-gerak dah.. sekarang ni bila ada pelanggan masuk je aku mesti ikut belakang.. walaupun sebenarnya kalau aku sebagai pelanggan, aku kurang suka bila sales assistant ikut je belakang aku.. sebab tu la kadang-kadang bila pelanggan bertanya je baru aku datang dekat..

Bila nak dekat raya ni pelanggan memang sangat la ramai.. ada je yang masuk.. nak duduk sekejap pun payah.. rasa macam nak putus je urat-urat kaki ni.. paling ramai tentulah masa hari minggu.. ada sekali tu sampai 5 pelanggan tanya serentak.. membuatkan aku terkedu.. mana satu nak layan... dengan stok-stok baju yang kadang-kadang terlupa simpan kat mana.. tak apa lah, demi mencari rezeki.. tak baik mengeluh..

Nampaknya kalau tak sempat nak shoping raya, melaram baju First Lady la nampaknya raya tahun ni.. kawan-kawan ku, jangan beli baju raya sama design dan warna dengan aku tau.. nanti jadi boria pulak... hehe..

Aug 23, 2011

XPower Cafe?? kopi yang memang luar biasa..


Mula-mula aku perasan yang youtubers Kyopropaganda buat video pasal Xpower Cafe ni.. lepas tu Mentol Pecah pun buat jugak.. pelik jugak apa kaitan XPower Cafe ni dengan diorang.. Rupa-rupanya ada contest buat iklan promo untuk XPower Cafe ni.. dan dah ramai jugak yang masuk contest ni... macam-macam idea... ada yang best, unik, kreatif... ada yang biasa-biasa je.. 

Jadi antara video yang aku jumpa dan dah tengok antaranya ialah..


Video iklan pertama dari XPowercafe sendiri.. Kopi Afdlin Shauki ..



TVC dari KYOPROPAGANDA.. best jugak..





Yang ini pulak dari MENTOL PECAH




Yang ini agak kreatif.. macam susah nak buat ni.. 



yang ini sesuai untuk student.. teringat zaman-zaman student dulu..



yang ini hikayat mengenai superhero bernama Si Guntur..TVC ini dihasilkan oleh pelajar Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik , UiTM Puncak Perdana.



TVC ni tentang seorang remaja yang pada mulanya kelihatan letih dan lesu. Tetapi setelah kawannya membawa XPower Cafe pulang ke rumah, beliau kembali bertenaga ! XPower Cafe juga dengan sendiri datang kepadanya, memang luar biasa.. 





Yang ini tak ada description.. pasal suami tak larat nak teman isteri g shoping.. sesuai sangat la tu.. tapi bulan-bulan puasa mana boleh minum.. huhu






banyak jugak yang dah join.. korang tak nak join ke? hehe... mana tau video korang boleh menang.. 


Lawati laman Facebook XPower Cafe


Dan ini dia kopi XPower Cafe..









Aug 22, 2011

Kenangan Bersama Kad Raya




Fuhh.. lamanya aku menyepi.. first entri lepas menyepi ni aku nak join segmen dari blog Invasion Plan.. segmen kenangan bersama kad raya.. macam menarik je segmen ni.. 

hmm.. aku mengaku dulu aku seorang yang sangat la rajin hantar kad raya.. dulu-dulu masa sekolah rendah kan budak-budak perempuan suka sangat buat buku biodata.. (aku ada jugak satu buku khas ) .. tau tak buku biodata tu macam mana? ala buku yang korang tulis maklumat peribadi korang tu.. siap hias-hias bagai.. guna pen warna warni.. macam-macam nak tulis.. yang lawak bila ada yang siap tulis, senarai nama kawan baik, kawan karib, kawan musuh.. kalau tulis biodata kat tuan punya buku, dia mesti letak nama dalam senarai kawan baik atau kawan karib.. haha.. bila baca balik macam kelakar je.. dan aku masih simpan sampai sekarang buku tu.. kenangan tu.. dan dengan maklumat-maklumat dalam tu la aku guna untuk hantar kad raya..

bila masa puasa dulu, aku sanggup pergi beli kad raya guna duit sendiri.. lepas tu tulis la ucapan-ucapan dalam kad raya tu.. siap pantun-pantun lagi.. kadang-kadang siap bercerita dalam kad raya tu.. lepas tu, sanggup berjalan pergi pejabat pos sorang-sorang nak pos kad-kad raya tu.. lepas tu, tunggu la kawan-kawan balas..

bila kad raya yang aku hantar tu di balas, punya la seronok.. serius aku sangat happy.. ada jugak kawan yang siap tampal duit kat kad raya tu.. walaupun ada yang RM0.10 je.. (kedekut.. hehe).. tapi tak semua yang balas kad raya aku tu.. tahun berikutnya, aku hanya akan pos kad raya kepada kawan-kawan yang hantar dan balas kad raya kat aku je... 

makin lama makin kurang kad raya yang aku hantar.. dan masa sekolah menengah dulu ada jugak kawan-kawan yang bagi je kad raya by hand.. dan aku pernah dapat kad raya misteri.. tak tau siapa yang bagi.. dan ada juga kawan internet bagi kad raya.. siapa-siapa pun bagi kad raya aku akan simpan.. ye.. kat rumah, aku ada lagi kotak koleksi kad-kad raya yang aku terima.. sayang sangat nak buang... 

tapi kan.. tahun ni aku langsung tak bagi kad raya kat siapa-siapa.. huhu.. sory la kawan-kawan semua.. tapi kalau ada yang sudi lagi nak bagi kad raya kat aku memang aku berterima kasih sangat la.. aku akan berusaha untuk balas..

akhir kata.. terima lah pantun ni...

pecah kaca pecah simen,
sudah baca sudi-sudilah komen..

selamat hari raya semua... 

Aug 18, 2011

Shoping Raya.. cuci mata je la..


Sempena cuti nuzul Al-Quran, semua pekerja-pekerja di Selangor dapat cuti.. kebetulan aku memang ambil cuti hari Rabu, jadi dapatlah aku pergi shoping raya dengan kakak dan abangku.. hehe.. 

Kalau nak ikutkan memang nak shoping kat Jalan TAR tu.. tapi dah boleh agak dah mesti sesak giler la hari ni.. kesian la dekat pekerja-pekerja kat Kuala Lumpur tu yang tak dapat cuti.. dah la kena kerja.. pastu kena serbu pulak dengan orang-orang Selangor.. nasib la .. haha

Tadi aku pergi shoping kat Shah Alam je.. Shah Alam pun ramai jugak.. punya la susah aku nak pilih baju.. banyak baju-baju yang cantik.. dan harga pun mesti la cantik kan.. hehe.. Dan abang aku yang dapat baju dia dulu.. lepas tu mesti la nak matching dengan kakak aku kan.. cari punya cari dapat jugak satu.. so, abang dan kakak aku dah settle dah untuk baju raya.. 

Dan hanya aku sorang yang tak dapat-dapat lagi.. kenapa la susah sangat nak pilih baju ni.. haisyh... bila tengok, asyik tak berkenan je.. bila ada yang berkenan, harga tu yang tak berapa diperkenankan ( kan dah merapu dah .. heh ) dan bila harga dah ok, saiz pulak dah tak ada.. stok dah habis? aiyo.. 

Akhirnya aku tak beli apa-apa pun.. pergi dengan tangan kosong, balik pun dengan tangan kosong.. tah apa-apa la kan.. tu la masalah nya.. memilih sangat.. tak apa lah.. raya lambat lagi.. nanti nak survey lagi minggu depan kot kot la dah turun harga.. 



Aug 16, 2011

Bila kerja kat kedai baju..


Assalamualaikum semua.. 

Sebelum ni aku ada bagitau yang aku ambil kerja part time kan.. tapi tak bagitahu pun kerja kat mana.. hehe.. sebenarnya aku part time kat kedai baju je.. atau lebih senang cerita, kat butik je.. butik pakaian perempuan.. kalau aku bagitahu nama butik ni mesti ramai yang tahu ni.. butik ni ada banyak cawangan kat Malaysia.. baju kurung, jubah, blouse, seluar, kebaya... semua ada.. baju Melayu pun ada tapi kat cawangan butik tempat aku kerja ni hanya ada baju untuk perempuan je.. 

sebenarnya untung jugak kerja part time kat butik ni.. dapat diskaun untuk baju .. berapa? tak banyak.. 20% je.. tu pun untuk setiap seminggu bekerja.. apa yang untung nya kerja kat sini, aku dapat tengok macam-macam jenis baju yang ada.. bila pelanggan tak ada, apa lagi, aku try la baju-baju yang ada kat siitu.. kalau sebelum ni kalau beli baju memang aku sangat lah malas nak try baju.. bila balik mulalah tak puas hati, saiz tak sesuai la.. warna tak cantik la.. macam-macam hal.. 

aku sebenarnya sambil melayan pelanggan, aku perhatikan jugak jenis-jenis baju yang orang suka.. setakat ni aku tengok ramai jugak yang mula berminat dengan baju jubah ni.. memandangkan aku tak ada jubah lagi, aku rasa nak beli la jubah untuk raya ni.. hehe.. dan untungnya lagi, pekerja-pekerja kat sini boleh reserve dulu baju-baju yang kitorang nak.. bayar kemudian la.. tunggu dapat gaji..

tapi kan.. bila dah hari-hari tengok orang beli baju yang sama, rasa macam bosan pulak.. kadang-kadang bila nak bel baju yang sama tu, aku terfikir, berapa ramai orang kat Malaysia ni akan pakai baju yang sama hari raya ni.. tak nak la pakai baju design yang sama je.. hehe.. ( mengada-mengada je lebih aku ni.. kalau nak baju tak sama, design la sendiri.. ceitt ) 


ps: yeah esok cuti.. nak survey baju raya la nanti.. 




Aug 15, 2011

Ini Kisahku - Wardina Saffiyah


Suka bila baca kisah-kisah orang lain.. bukan la busy body ke apa, tapi bila kita tengok dan hayati kisah-kisah hidup orang lain, sekurang-kurangnya kita dapat mengambil iktibar dari cerita-cerita mereka ni.. 

Tengok tak cerita Ini Kisahku yang ditayangkan setiap hari Rabu jam 6.30 petang di TV9?.. rancangan ini menceritakan tentang kisah hidup Catrina Ross .. macam mana dia berubah menjadi manusia yang lebih baik.. dan minggu kedua pula memaparkan kisah hidup Wardina Safiyyah..

Semoga cerita-cerita begini dapat memberi pengajaran kepada kita... antara kata-kata Wardina Safiyyah dalam Ini Kisahku, "bila kita berubah manjadi orang yang lebih baik, Allah swt akan datangkan orang-orang yang baik kepada kita.. " secara tak langsung kita akan sedar yang kita semakin dekat dengan golongan-golongan yang baik ini..



Aug 14, 2011

Fobia la nak shoping raya..


Fobia nak shoping raya? kenapa ye? sebenarnya aku ada kenangan pahit yang tak boleh lupa bila waktu nak shoping raya ni.. macam ni cerita dia..

Dulu masa tahun 2008, masa semester pertama di UiTM, hari sabtu, aku dengan excited nya pergi la shoping raya kat Jalan TAR dengan 3 orang kawan sebilik.. untuk pergi ke sana, kami perlu naik bas U80 sampai ke KL Sentral dan lepas tu naik LRT Putra sampai ke masjid India.. memang shoping sakan la masa tu.. dapat la jugak baju sehelai.. bila dah nak dekat waktu berbuka puasa, kami beli makanan siap-siap.. kami berbuka puasa di stesen LRT KL Sentral je.. Lepas buka puasa tu, kami ke surau KL Sentral untuk solat maghrib.. aku berdua je ( lagi dua orang tu faham2 je la ye.. hehe) 

lepas selesai solat, aku pun cari la beg tangan aku .. tapi tak jumpa.. semua tempat aku cari tapi tetap tak jumpa.. aku jadi bingung.. aku tanya orang yang duduk kat situ pun tak tau.. kawan aku pun tak perasan pasal beg tangan aku tu.. Ya Allah.. masa tu betapa nak menangis nya aku mencari beg tangan yang hilang.. dua-dua handphone aku dalam beg tu.. kad pengenalan, kad bank semua dalam tu.. tapi beg barang-barang shoping aku ada.. nasib baik la pencuri tak curi barang-barang shoping aku sekali..

bila dah puas cari berkali-kali dan pasti yang memang dah hilang, aku bersama kawan-kawan sebilik aku pun pergi la kat pondok polis buat report.. rupanya memang dah banyak kes beg hilang dalam surau tu.. duit memang la tak banyak sangat dalam beg tu.. yang penting dokumen-dokumen peribadi .. dan yang paling aku sedih ialah bila 2 handphone aku pun hilang.. mana tak nya.. satu handphone hadiah dari mak, satu lagi hadiah dari ayah.. aku sayang sangat kat handphone-handphone tu.. tambah-tambahan lagi barang pemberian orang yang aku sayang.. tapi nak buat macam mana.. pencuri yang kejam tu dah curi beg aku.. memang kejam betul la.. kat surau pon sempat nak mencuri lagi.. 

aku agak bernasib baik sebab aku bersama kawan-kawan bilik aku.. kalau tak, aku tak tahu lah macam mana nak balik asrama dengan duit tak ada, handphone tak ada.. naik bas pun kawan aku tolong bayarkan.. bila sampai UiTM, kawan aku bagi pinjam telefon untuk call dan nombor yang aku ingat masa tu nombor mak aku je.. aku ingat lagi macam mana aku tak mampu nak bercerita dengan mak aku apa yang terjadi.. aku cuma mampu cakap yang beg aku hilang.. lepas tu aku terdiam.. dan seingat aku malam tu la malam yang aku memang tak boleh nak tahan perasaan sedih.. aku tak pernah menangis depan kawan-kawan.. tapi malam tu aku tak dapat tahan.. keluar jugak air mata ni..

dan malam tu jugak mak dan abang aku datang asrama walaupun dah lewat malam.. aku ingat lagi betapa risau nya mak aku masa tu..  lepas je aku call, mak aku terus ajak abang aku ambil aku .. malam tu jugak aku balik rumah.. (nampak sangat anak manja.. heheh).. 

hanya kerana satu beg yang hilang tu, macam-macam nak kena settle kan.. nak buat kad pengenalan baru, kad bank baru, aktifkan semula nombor handphone.. mujur jugak duit-duit dalam bank aku tak sempat di curi..


amacam? sedih tak cerita aku ni? hehe.. cerita betul ni tau.. mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi kat aku ni.. lepas ni, aku kena lebih berhati-hati.. pencuri, perompak, peragut ada di mana-mana.. shoping-shoping jugak, jangan sampai tak ingat dunia.. huhuhu.. aku berterima kasih sangat dekat kawan-kawan yang membantu aku.. dan tentunya keluarga aku yang sentiasa mengambil berat pasal aku ni.. 




p/s : kalau tak silap, tahun lepas ada ditampal kat pintu surau KL Sentral tu yang pencuri dikehendaki tu dah berjaya ditangkap.. Alhamdulillah


Aug 13, 2011

Kalau tak on blog boleh?

Assalamualaikum semua..

Macam mana puasa? Ok? Banyak kilo dah turun? ke semakin naik? hehe.. aku no komen.. tak mau la timbang-timbang.. nanti akan memberi effect .. sensitif.. hehe

Bila dah kerja ni aku rasa macam tak ada masa untuk blog ( part time je pun.. busy mengalahkan menteri.. ceh h ) 8 jam je sebenarnya aku kerja.. sabtu ahad pun kena kerja jugak.. dah tak dapat nak keluar berhujung minggu dengan keluarga.. oh ye.. baru aku sedar yang aku tak beli baju raya lagi.. haisyh.. sempat ke nak beli ni? kalau tak sempat pakai baju raya lama je la nampaknya.. 

Mungkin ada yang perasan aku agak kurang update.. aku hanya mampu cek email je.. kadang-kadang rasa macam tak nak main blog dah.. semangat dah hilang.. kenapa? mana pergi semangat aku yang dulu tu? mungkinkah aku kan bersara ( aiceceh.. macam dah tua je bunyi nya.. )

tapi... bila aku cek blog , ada ramai yang datang berkunjung, memberi komen tak kira lah komen di entri atau shoutbox, semangat nak tulis datang balik... dan sebab tu la aku update ni.. hehe.. 

so korang dah shoping ke untuk raya? mesti berduyun-duyun la manusia keluar shoping hujung-hujung minggu ni kan.. 



Aug 10, 2011

Lagu MERDEKA Pilihan




okeh, jalan-jalan terjumpa segmen ni.. macam menarik je.. bulan ni kan bulan kemerdekaan.. lagu merdeka apa  yang korang suka?

setelah menye'search' lagu merdeka kat youtube, aku rasa aku pilih lagu ni la.. kalau boleh nak letak semua tapi nak satu je kan.. ni la lgu medeka pilihan aku..





Lagu ni memang lagu yang paling aku suka.. banyak kenangan aku dengan lagu ni.. rasa bersemangat patriotik pulak malam-malam ni.. 


nak join? klik je kat banner tu..


Aug 8, 2011

Segmen zeckze nak kumpul link



Join segmen lagi.. kali ni segmen dari blogger Z.. hehe..

Nak join klik SINI

Umar Faruq rock rock..


Dah lama tak join segmen.. jalan-jalan terjumpa pulak segmen ni.. yeah.. saya nak join.. segmen dari Umar Faruq..

Tajuk entri tak kisah asalkan ada nama Umar Faruq.. so saya nak letak tajuk Umar Faruq rock rock..  boleh ke? hehe.. pon boleyh la ek..

Komen pasal blog Umar Faruq.. semua ok je.. kemas sangat la blog ni.. kombinasi warna pun ok je.. suka lah warna merah dan putih.. widget semua pon ok.. tulisan pun ok je.. kira senang cerita semua ok la.. tak ada yang tak ok melainkan ok ok belaka..

jom la join sekali.. nak join klik SINI




Aug 7, 2011

Nak tegur ke?

Kadang-kadang kenyataan itu pahit untuk ditelan kan.. walaupun kita tahu yang memang kita bersalah.. bila kita ditegur atas kesalahan yang kita buat tu mula lah kita mencari alasan nak membuktikan yang kita di pihak yang benar.. tambahan lagi orang yang menegur itu lebih muda atau lebih rendah pangkatnya dari kita.. mulalah kita rasa tecabar dengan mereka-mereka itu.. walaupun jauh dilubuk hati ini kita tahu yang kita memang bersalah.. 

apa yang aku nak highlighkan kat sini sebenarnya umur,pangkat dan kedudukan tak semestinya menjadi batu pengukur kesempurnaan seseorang itu.. semua manusia pasti pernah membuat silap.. dan mungkin akan ada orang yang menegur kesilapan yang kita buat.. cuma bagaimana cara teguran orang itu terhadap kita.. dan bagaimana kita yang menerima teguran itu memberi respon.. 


p/s: berani ke nak tegur kesalahan orang lain?


Aug 6, 2011

Dapat Surat ..


Bila bagi alamat rumah, aku akan bagi alamat rumah Klang (rumah Mak dan Ayah).. walaupun sebenarnya aku tak menetap kat Klang sekarang  ni.. dan dah lama tak balik Klang.. bukan apa.. aku tak ingat la alamat rumah sekarang ni.. huhu.. 

So, mak aku lah yang akan menyimpan surat-surat aku.. dan kalau beli barang online pun aku akan bagi alamat kat Klang.. mak aku lah yang kena tandatangan untuk ambil barang tu.. kesian kat mak aku,,, hehe.. tapi bila mak aku nak bukak surat aku, memang aku tak bagi.. bahaya wo.. aku pun tak tau siapa hantar surat tu.. 

bagi aku semua barang aku, jangan nak bukak-bukak sebelum aku yang bukak.. lain lah kalau surat-surat penting yang aku kena tahu apa isi dalam nya.. contoh macam surat mintak kerja ke.. kalau nak tunggu aku ambil surat tu, entah bila la kan..

sebenarnya tadi aku baru dapat surat .. tu pun kakak aku yang tolong ambil kan,, kebetulan dia kerja kat Klang.. nak harapkan aku balik, entah bila.. (Klang dengan PJ tak ada la jauh mana pun).. huhu.. ada dua surat.. satu surat sampul biasa dan satu lagi surat berbentuk CD.. memang dalam tu ada CD.. aku sangat lah pelik sebab setahu aku, aku tak ada pulak masuk apa-apa peraduan.. kalau menang peraduan kat Hot FM ke selalunya dia akan bagi tahu dulu.. dan bila bukak tengok kat dalam ada CD ni..

*
*
*
*
*

CD Akim dan Stacy..

Entah bila pulak aku beli CD nih.. huhu.. bila tengok lambang Cornetto tu, aku rasa aku tahu apa kaitan aku dengan CD ni.. oh.. dulu aku ada masuk peraduan Cornetto.. alaa.. peraduan hantar kod kad penutup ais krim tu.. dan kebetulan menang pulak hadiah mingguan.. al hamdulillah dapat jugak hadiah .. hadiah apa? nak tengok klik SINI.. CD yang aku dapat tu CD promosi je.. hehe.. dapat la jugak CD free kan.. 

ada 7 lagu dalam CD ni..

7 lagu Stacy dan Akim..

Siapa nak bagi CD free kan.. layan je la CD free ni.. huhu.. dan satu lagi surat tu ada hadiah jugak.. hadiah yang aku dapat masa join segmen dari blogger Mr Nasz.. Segmen Jom Komen Entri.. dapat tempat ke empat.. hehe.. ni hadiah dia..

*
*
*
*
*

ole-ole dari Penang..

First time aku dapat hadiah dari segmen yang aku join kat blog.. terima kasih ye buat segmen dan bagi hadiah.. terima kasih banyak-banyak..









Aug 5, 2011

Maklumat untuk semua BAKAL GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE 75..


Kepada pelajar yang akan menghadiri konvokesyen UiTM ke 75.. Sila ambil tahu pasal tarikh-tarikh ni..



LANGKAH PERTAMA GRADUAN 
(29/7/2011 sehingga 15/8/2011)
1) Semak nama graduan dan kemaskini maklumat terkini (klik disini)
(Kepada pelajar Tebus Tampal/Intersesi/Sarjana/PhD yang belum disahkan oleh Mesyuarat Senat UiTM, nama tuan/puan hanya boleh disemak melalui sistem ini bermula 11/8/2011)
LANGKAH KEDUA GRADUAN
(1/9/2011 sehingga 30/9/2011)
2) Semak maklumat berkaitan bendahari,denda tertunggak dan status bayaran (Denda Perpustakaan,Keselamatan dan Hal Ehwal Pelajar)
LANGKAH TERAKHIR GRADUAN
(1/10/2011 sehingga 14/10/2011)
1) Sahkan kehadiran
2) Cetak Borang Jubah
3) Cetak Panduan Istiadat Konvokesyen
4) Cetak Bil Konvokesyen



untuk maklumat lanjut klik kat SINI


Aug 4, 2011

Ada ke kerja yang tak meletihkan?..

Assalamualiakum, salam sejahtera.. 

Ye, aku mengaku aku sangat tidak aktif dengan blog sekarang ni.. tapi tak bermakna aku tak jenguk langsung blog ni.. bukan sombong, cuma aku tak boleh nak bukak laptop..

rasa dah lama sangat menganggur .. kalaulah menganggur dapat duit memang semua la nak jadi penganggur.. tapi kalau jadi blogger pun dapat duit kan? betul.. tapi kalau nak harapkanduit untuk  iklan Nuffnang dengan Advertlets tu, nak bagi duit raya pun entah budak-budak sekarang terima ke tak.. budak-budak sekarang pun dah pandai demand2 ni.. Isyh isyh Isyh..

Oleh sebab itu, aku cari kerja part time.. dapat la jugak duit sementara tunggu dapat kerja ni.. tak kisah la kerja part time kat mana pun (yang penting halal).. alhamdulillah kebetulan kedai tu memang perlukan part timer, so aku terima je lah kerja situ.. kedai mana? hehehe.. tak nak la bagitau.. kerja aku serve customer, so aku sangat berharap customer-customer aku tu di kalangan orang yang aku tak kenal.. aku kan pemalu.. hehehe..

kerja dia senang sebenarnya.. tak perlu perah otak sangat, tapi memang memenatkan.. di tambah lagi dengan bulan puasa.. memang menguji kekuatan iman dan kesabaran yang tinggi.. walaupun kerja senang tapi tetap memenatkan.. dan itulah lumrah nya.. nak cari rezeki memang perlu berusaha.. 

tak kisah la kerja apapun, asalkan dapat jugak duit.. boleh la beli baju raya nanti.. yeah.. nak baju raya.. nak baju raya.. huhu..

ok lah,tu je nak taip..  kena tidur awal, takut tak larat nak kerja esok.. 






Aug 3, 2011

3 Meowws..

Cerita pasal kucing lagi.. sory lah asyik cerita pasal kucing aje bulan-bulan puasa ni.. hehe.. 

sebenarnya aku ada buat video istimewa untuk kucing-kucing kesayanganku.. cerita pasal korang bertiga ni.. walaupun aku tau korang bukan tau pun nak tengok video-video ni.. tapi sebab sangat sayang kat korang, aku buat jugak video ni.. video ni sebagai tanda kasih sayang aku kat korang..

dah lama nak letak video ni kat blog tapi oleh sebab masalah laptop yang semakin uzur dan kelajuan broadband yang slow kerana dah over limit, akhirnya harini baru dapat upload video yang agak panjang ni.. dan hey meow2 ku sekalian.. korang patut berterima kasih kat tuan korang ni sebab korang dah masuk you tube.. haha.. (aku pun tak berani nak masuk you tube tuh..)

jangan gaduh-gaduh ye.. jangan nakal-nakal.. sayang korang semua..




Aug 2, 2011

Comelnye kucing...


Geram nye tengok kucing-kucing comel ni.. aku suka sangat dengan kucing.. mata bulat..

ada orang cakap, kalau kita baik dengan kucing, kucing tu akan doakan untuk kita.. ye ke? cuba tanya kucing-kucing korang betul tak.. hehe..tapi ada jugak yang takut dengan kucing.. mungkin ada sejarah pahit dengan kucing kot.. kena gigit? kena cakar? sakit? aku dah biasa kot.. setakat ni tak pernah lagi dengar berita orang mati kena gigit atau cakar kucing.. hehe.. sayangi lah kucing anda.. 




Mengidam Bubur Lambok..


Juadah berbuka puasa ku untuk hari pertama Mihun Sup.. Favourite ku.. Lagi sedap kalau dapat makan Mihun Sup utara.. yang kuah pekat tu.. Tadi beli juadah buka puasa kat bazar berdekatan LRT Universiti.. banyak jenis makanan ada.. tapi ada satu benda yang aku tak jumpa kat bazar tu tadi.. bubur lambok.. Masyaallah.. betapa sedapnya kalau dapat makan bubur lambuk di bulan-bulan puasa ni (maksud aku masa berbuka ye).. Bubur Lambuk Kampung Baru.. sedapnya.. 

Bubur Lambuk Kampung Baru...


aku suka bubur lambuk yang pekat.. perghh... tak boleh bayangkan lebih-lebih.. hehe.. tak pe lah.. puasa baru sehari, nanti cari lagi kat mana ada jual bubur lambuk.. kalau dapat free pon best jugak kan..


p/s : makan-makan jugak, tujuan sebenar puasa tu jangan dilupa.. ^_*




Aug 1, 2011

Selamat menyambut bulan Ramadhan..


Saya Suehaidah Mukminin sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di dunia ini...




Sebagai langkah berjaga-jaga, baca niat puasa awal-awal ye... kalau tunggu sahur takut terbabas tido pulak.. hehe.. 

img crdt to Mr gogoo...