Jun 30, 2011

Melatah ke?


Korang melatah ke? ada yang kata melatah tu sesuatu yang spontan dan orang yang melatah tu tak sedar apa yang dia cakap.. melatah bukan dikalangan makcik-makcik je... orang muda pun ada melatah jugak.. ada yang melatah sejak kecik dan ada yang melatah sebab berjangkit.. macam penyakit berjangkit lah pulak kan..

perbuatan melatah tu kadang-kadang menjadi satu hiburan orang yang melihat.. tambahan lagi tengok aksi dan perkataan-perkatan yang keluar dari mulut orang melatah ni.. pantang orang kacau mesti ada je benda yang dilatahkannya.. kelakar tu memang kelakar, tapi bagi orang yang melatah tu macam mana pulak ye?

orang kata jangan dikacau orang melatah, nanti berjangkit kat diri kita sendiri.. aku pun tak berani nak kacau orang melatah.. kang tak pasal-pasal kena belasah.. ye la kan kita tak tahu apa yang orang fikir.. kalau dia tengah fikir pukul orang ke bunuh orang ke tak ke membahayakan diri orang sekeliling..


Semalam lepas tengok 360 kat TV3 pasal orang melatah, aku bersemangat pulak search kat youtube nak tengok video gelagat orang melatah.. macam-macam gelagat.. laki perempuan, tua muda semua ada.. tapi bila dah tengok banyak-banyak tu aku rasa macam kesian sangat kat orang yang melatah ni.. dia macam menjadi bahan mainan dan bahan ketawa orang lain.. penat kot melatah.. kalau tak henti-henti boleh pengsan tu.. 

so aku ni melatah ke? di sini aku nak buat pengakuan (aceceh).. aku rasa aku melatah sebab kawan aku pernah tegur.. "eh sue kau melatah ek?" haha... tapi melatah ringan-ringan je la.. kalau orang cucuk pinggang, aku tak kan melatah.. tak geli pun kat bahagian tu.. kalau orang baling barang ke jatuhkan barang ke, terkejut kan aku ke aku rasa aku tak kan melatah jugak kot... 

aku termelatah bila aku sendiri yang jatuhkan barang... so jangan la bagi aku jatuhkan barang ye.. tapi melatah aku pun setakat sebut-sebut perkataan je.. perkataan apa? haha... itu rahsia la.. tak tentu.. mak aku tau la apa dia.. hihi..

oklah, layan jap la video orang melatah ni.. 





ps: aku tak pernah tengok mat saleh melatah lagi.. adeke??









Jun 29, 2011

Malaysia vs Chinese Taipei (Taiwan)..


image mr google


Tak tau pulak ada siaran langsung bola kat TV1.. bukak-bukak je Malaysia dah dapat 1 gol.. Gol pertama dari Syafiq Rahim.. alih channel tengok showdown kejap... bukak balik TV1.. eh Malaysia dah dua gol.. Gol kedua  jaringan dari Aidil Zafuan..

Okey dah tak mau alih-alih channel dah.. nak tengok bola sampai habis.. Tiba-tiba pemain Chinese Taipei iaitu Chen Po Liang pulak jaringkan gol pertama.. Bila tak tengok Malaysia gol, bila tengok Chinese Taipei pulak gol.. haisyh..

walaupun Malaysia menang 2-1 malam ni tapi kedudukan tu tak tetap lagi.. ada game di Chinese Taipei pulak ahad nanti... semoga Malaysia berjaya menewaskan Chinese Taipei..


so untuk keputusan malam ni.. Malaysia 2 - Taiwan 1... Tahniah Malaysia..





Peristiwa Israk & Mikraj






Kita sebagai insan selalu perlu ingat mengingati antara satu sama lain.. begitu juga aku yang sememangnya insan yang mudah lupa..
27 Rejab berlakunya peristiwa Israk Mikraj.. peristiwa di mana Rasulullah SAW dinaikkan ke langit. Betapa mukjizat yang dikurniakan oleh Allah swt sangat luar biasa... sesungguhnya Allah swt maha berkuasa..

Ceramah 1 jam 35 minit sedikit sebanyak boleh mengingatkan kembali mengenai peristiwa Israk Mikraj ini..di samping dapat memberi kesedaran dan semoga memberi manfaat kepada kita semua.. 


malas nak loadingvideo ni boleh baca kat blog INI jugak..






Lagu tema KL GANGSTER






Dah tengok cerita KL Gangster? NI lagu tema KL Gansgster dari Filsuf dan Erna.. lagu ni mempunyai maksud yang sungguh mendalam.. terutama untuk gangster-gangster.. jangan ingat dah hebat sangat jadi gangster, kaki buli.. pukul-pukul, bunuh-bunuh orang.. tak ada faedah nya.. tiada siapa yang lebih berkuasa selain Allh swt..

pemimpin yang zalim tidak akan dihormati, pemimpin yang adil akan dikenang sepanjang zaman.. (Juvana)


Wordless Wednesday.. ~3~








Jun 28, 2011

Bapak pun ade Lagu..






hehe.. best pulak dengar lagu kat video Anwar Hadi ni.. ada maksud tersendiri.. tak yah sentuh pasal pitching ke ape, sentuh pasal lagu.. ayat--ayat yang spontan dan senang faham lah jugak.. yang best tu siap ada doa diselitkan dalam lagu ni.. bagus-bagus.. doa anak untuk ibu bapa.. 





Juvana episod 10



Dah tengok Juvana malam semalam? dalam episod 10 semalam, Botak begitu marah dengan Ayam bila Ayam menghalangnya dari memukul Daim dan geng yang lain semasa mereka sedang berlatih debat.. Ayam, kawan yang paling rapat dengannya pun sanggup dibelasah... Botak oh botak..

Pemimpin yang zalim akan di benci, pemimpin yang belas kasihan akan rakyatnya akan di ingati sampai bila-bila.. lebih kurang macam tu la kata-kata cikgu Zakiah yang membuatkan Botak terfikir.. Ayam takut untuk berhadapan dengan Botak.. dia mengikut Daim, Kedah dan Apek yang berniat membantu menentang Botak.. Sementara tu, Botak yang perasan Ayam, Kicap dan Gaban yang semakin menjauhi dirinya cuba berbuat baik dengan mereka.. (baik giler Botak time ni)..  Ayam pun terpengaruh dan kembali kepada Botak.. tapi rupa-rupanya Botak berlakon je.. Ayam dibelasah lagi.. 

Berkenaan dengan surat yang Gaban dan Kicap suruh Daim tuliskan haritu, surat mereka telah dibalas semula oleh ibubapa mereka.. Ibu bapa mereka yakin yang mereka juga mampu berubah.. itu yang manaikkan lagi semangat Gaban dan Kicap..

Sementara itu, Ayam, Gaban dan Kicap pula turut mengikut jejak Daim, Apek dan Kedah menyertai kelab debat.. pada mulanya mereka tidak yakin, tapi dengan keyakinan yang diberikan oleh Cikgu Zakiah dan ahli debat yang lain, mereka semakin berani.. satu pertandingan debat telah diaturkan dimana mereka perlu berdebat dengan sebuah sekolah yang terdiri daripada pelajar wanita.. 


Daim sedang menyampaikan idea-idea nya..

Mereka telah berdebat dengan begitu bersungguh-sungguh.. tapi Kedah tidak dapat mengawal diri apabila pelajar-pelajar perempuan yang berdebat dengan sekolah mereka itu mengutuknya..  oleh sebab itu juga, mereka kalah dalam pertandingan debat itu.. perbuatan Kedah itu membuatkan warden sangat marah dan tidak mengizinkan kelab debat itu diteruskan lagi.. tapi Cikgu Zakiah yang begitu bersungguh-sungguh ingin membantu pelajar-palajar tersebut, merayu kepada warden supaya dapat meneruskan pertandingan debat dengan sekolah lain pula.. 

Barisan pendebat yang hebat..



untuk pertandingan debat yang seterusnya, Apek, Ayam dan Daim telah mewakili sekolah mereka.. dengan idea-idea yang bernas dan skil debat yang mengagumkan, akhirnya Sekolah Wira Bakti telah muncul sebagai juara buat pertama kali.. warden turut gembira dengan kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah..

Sekolah Wira Bakti menjadi juara debat


Berkat usaha bersungguh-sungguh, akhirnya dapat menjadi juara..


Sekolah Wira Bakti akan menganjurkan pertandingan debat lagi.. kali ni, pihak media juga akan dijemput.. Sementara itu, Botak semakin hilang kawan.. ramai yang telah meninggalkannya dan tidak mahu mengikutnya lagi.. apa agaknya nasib Botak minggu depan ye?? di pengakhiran cerita, Kedah mula ingat akan kes Daim.. dia seolah tahu siapa yang sebenarnya membunuh ibu Daim.. nak tahu kena tengok minggu depan la ye..



ps: terlepas tengok kat TV tengok cerita Juvana kat SINI pon boleh.. 




Jun 27, 2011

SIAPA BERTUAH DAPAT HADIAH BAJU HARI RAYA DARI Art Z'Zone




bulan Ramadhan nak dekat dah.. lepastu raya.. kalau dapt baju raya free best jugak nih.. nak join? klik SINI..

untuk contest no kena tag 3 orang... sy tag..







Jun 25, 2011

Kena Rasuk..

Menonton wayang lagi.. dengan abang dan kakak ku.. Dari PJ ke UiTM ambil surat tamat pengajian (yeay! suda tamat..)..walaupun dah tamat banyak lagi yang perlu aku belajar..( ilmu itu berterusan) lepas tu ke Klang tukar tayar kereta yang problem... asyik pancit je (siapa dok pancitkan tayar kereta abang aku ni??).. lepas tu ke shah alam semula pegi Tesco.. shoping barang rumah sikit-sikit.. lepas tu ke Sunway Pyramid pulak nak tengok wayang..

Kitorang tengok cerita Rasuk..yang baru keluar 23 Jun lepas.. okeyh.. sebelum wayang start, kitorang makan KFC (lunch treat.. first time cuba.. muak.. mungkin sebab dah kenyang makan pagi).. sambil makan sambil tengok orang main iceskating.. 

Kalau tengok tajuk entri ni , sebenarnya tak ada siapa pun yang kena rasuk, aku nak review sikit pasal cerita Rasuk ni je.. hehe



Tengok tajuk pun dah tau kan.. Rasuk.. mestilah ada yang kena rasuk kat cerita tu.. dalam cerita ni, Fouziah Gous (Melati) dan Iqram Dinzly (Aman) jadi pasangan suami isteri.. Ceritanya pasal Aman dan Melati yang pindah ke sebuah rumah bungalow yang dibina sejak zaman Jepun lagi.. Pak Mail seorang tukang kebun bertugas menjaga rumah itu.. Ibu Aman telah melawat mereka dan banyak menasihati mereka supaya tidak meninggalkan solat dan membaca Al-Quran.. suatu hari, Melati tergali sesuatu semasa sedang bercucuk tanam sampaikan dia pengsan.. dan sejak hari itu banyak perkara pelik telah berlaku.. ibu Aman juga telah meninggal pada satu malam akibat serangan jantung.. kematiannya itu sesuatu yang sangat misteri kerana ibunya tidak pernah mengalami sakit jantung sebelum ini... dan sejak itu Melati pula sering dirasuk .. 

mengapa Melati dirasuk? nak tau korang tengok sendiri la.. hehee.. selepas aku tengok cerita tu, aku rasa boleh tahan seram jugak... kelibat-kelibat hantu tak ada sangat.. tapi aku seram tengok muka Fouziah Gous bila kena rasuk.. ngeri wo.. di tambah dengan sound kat wayang tu.. huisyhh... bergegar jugak lah jantung ni...



ps: belum pernah tengok orang kena rasuk depan mata.. ajal maut di tangan Allah swt.. kita perlu sentisa berepegang kepada kitab Al-Quran.. 


.





Imam Muda yang ke Final..

Antara Imam Muda dan Maharaja Lawak, yang mana satu korang tengok.. aku rasa majoriti mesti tengok  MAharaja Lawak kan? ok.. Atas sebab-sebab tertentu aku tak dapat tengok dua-dua.. tapi aku akan cuba menonton ulangan nya nanti..

Mengikut sumber yang boleh dipercayai (Fanpage dan sahabat-sahabat yang menonton), dua Imam Muda yang layak ke kemuncak Imam Muda ialah Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul...

Kedua-dua Imam Muda ini ialah pendidik di mana Imam Muda Hassan yang berasal dari Air Tawar Perak merupakan seorang pensyarah di sebuah Kolej manakala Imam Muda Nazrul yang berasal dari Segamat Johor pula merupakan seorang guru besar di sebuah sekolah agama di Perak.. 

Imam Muda Hassan


Imam Muda Nazrul



Berikut serba sedikit video pengenalan diri Imam Muda Hassan

IMAM MUDA HASAN

dan ini pula video pengenalan diri mengenai Imam Muda Nazrul

IMAM MUDA NAZRUL...



Siapa agaknya yang bakal menjadi juara program Imam Muda musim ke dua ni ye? saksikan pada hari Jumaat di Astro Oasis pada 1 Julai nanti...






Jun 24, 2011

Imam Muda Minggu ke 8



Tema Imam Muda minggu ke 8 ialah kematian..

Tugasan untuk minggu ke lapan sangat mencabar di mana Imam Muda ditugaskan untuk menguruskan jenazah yang menghidap penyakit berbahaya seperti HIV... Jenazah juga tidak dituntut oleh ahli keluarga..

Menguruskan jenazah itu adalah perkara yang wajib. Oleh itu Imam Muda dipertanggungjawab untuk menguruskan jenazah tersebut seperti jenazah muslim yang lain.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Kita tidak seharusnya meratapi kematian dengan menangis teresak-esak dan meraung-raung di atas pemergian seseorang itu.. Kita perlu menerima hakikat bahawa ajal dan maut itu telah ditentukan oleh Allah swt.. Sebagai hamba yang masih hidup ini, seeloknya kita mendoakan kesejahteraan arwah dan mensedekahkan Al-fatihah buat mereka..

Untuk Imam Muda minggu ke lapan, Imam Muda terbaik di sandang oleh Imam Muda Hassan.. Beliau telah menerima ganjaran percutian ke Indonesia..

Imam Muda Hassan..

Imam Muda yang tersingkir pada minggu ke 8 ini ialah Imam Muda Fatah.. Walaupun beliau pernah menduduki tempat teratas sebanyak 3 kali, tetapi mungkin rezeki tidak memihak kepadanya untuk menjadi Imam Muda terunggul.. Walaubagaimanapun, pembelajaran akan diteruskan seperti biasa bersama dengan Imam-Imam muda yang lain..

Imam Muda Fatah..


penerangan yang lebih detail dan menarik tentang Imam Muda bolehlah baca di BLOG INI..


Jun 23, 2011

SEGMEN SIMPLE : MY WISH ...



Segmen simple : My Wish..

Ceritanya bermula, korang sedang berjalan-jalan pulang ke rumah. Korang berjalan melalui sebatang jalan yang sunyi. Korang pun jalanlah dengan penuh keberanian yang membara. Tiba-tiba sebuah teko lama jatuh di depan korang. Korang pun terkejut. Korang tengok tengok tu. Dalam takut-takut tu, korang pun pegang teko lama tu. Korang pun terfikir, "teko apa ni? Berhabuk la".  Korang pun lap teko lama tu dan tiba-tiba asap putih pun keluar dari teko tu. Korang terduduk sambil tengok asap putih tu membentuk seorang lelaki yang tampan. "Assalamualaikum, saya adalah Jin Teko. Oleh kerana, awak telah membuang habuk pada teko saya, saya akan tunaikan satu WISH".

Waalaikumussalam.. Jin Islam rupanya.. wish? satu je? ok lah sebab awak yang suruh saya wish, saya wish sekarang jugak awakkena jadi manusia.. kalau awak jadi manusia awak tak payah hidup dalam teko tu lagi kan? kalau boleh jadi la manusia lelaki... nanti boleh awak kawin dengan saya.. hehe..

bila awak dah jadi suami saya, nanti saya akan jaga awak dengan baik.. saya akan sayang kan awak sepenuh hati jiwa raga saya.. awak pulak mesti lah terima saya seadanya.. awak perlu lah protect saya.. awak kena menunaikan tanggungjawab sebagai suami.. dan sebagai bapa (kalau kita dah ada anak).. bila awak dah kawin dengan saya mesti awak akan tunaikan apa sahaja wish saya kan? kan? mesti kita akan jadi pasangan paling bahagia kan? kan? 


dah... berangan terlebih pulak.. heheh.. nak mengejar masa sebenarnya.. sampai 11.59 malam je... nak join klik SINI








Kongsi Trafik Dan Tukar Link



Segmen kongsi trafik dan tukar link.. Nak join ? Klik lah kat SINI..

Tartikh tutup :12 tengahari 24 Jun 2011.







..22222..





Kalau sebelum ni, aku ada buat entri pasal 11111.. kali ni pasal 22222 pulak.. Sebenarnya nak buat semalam, tapi sebab tak berapa sihat, aku buat hari ni je la.. huhuhu..

Jumlah pengunjung di blog Sueperbs.blogspot.com semalam lebih kurang pukul 1 tengah hari mencecah 22222 pengunjung.. cantik number 22222 tu kan.. hehehe

ye lah baru 22222 pengunjung nak kecoh kan .. tak setanding ngan blog korang-korang kan?

apa pun, alhamdulillah walaupun blog aku ni bukan lah blog informasi sangat, tapi ada jugak yang sudi singgah.. kebanyakan yang aku taip benda-benda yang aku suka je.. sory lah kalau minat kita tak sama.. biasa la tu kan... masing-masing ada citarasa sendiri..

itu je lah kot.. terima kasih semua... 


Jun 22, 2011

Juvana - yang silap silap ~2~





Blooper lagi.. hehe.. blooper yang ke dua..  suka tengok lakonan silap ni.. kalini punya budak Kedah pun ada sekali..

yang lawak part melatah tu laa.. dan yea.. zahiril adzim melatah lagi...

 nak tengok blooper pertama klik SINI

Wordless Wednesday.. ~2~










Awat tak tido lagi?

image mr gogoo..


hoho.. seharian mengemas rumah... setelah di approve oleh abangku, aku cat ar bilik tempat aku menumpang sekarang... rumah abang ku.. walaupun bilik kecik je tapi syukur la dapat jugak tempat berteduh.. aceceh.. ayat kesian..

kalau duduk kat umah abang aku ni, senang sikit nak keluar.. LRT dekat.. tu yang cepat je habis duit ... sebab nya selau pergi jalan-jalan.. 

awat tak tidur lagi? dari pukul 3 petang tadi aku bertungkus lumus mengecat bilik sampaikan pukul 12 malam baru siap .. tu pun separuh je.. nak siapkan semua memang pengsan la aku.. huhu..

pukul 12 baru mandi.. tak baik mandi malam-malam tau.. boleh menyebabkan kanser.... (macam cakap kat cermin je kan...)

lepas mandi teringat blog.. apa lagi, on9 la.. dan blogwalking sikit-sikit..

so untuk soalan, awat tak tido lagi? jawapannya.. sebab tengah taip entri la.. huhu

nampak tak betapa tak ada idea nya aku.. aku cuma rasa bersalah bila orang singgah blog tapi entri sama je.. tak gitu?

gitu lah sebabnya.. dan hangpa awat tak tido lagi??


ps: aku bukan orang utara.. selamat tidur semua.. tidur..





Jun 21, 2011

Juvana - episod 9

Untuk episod 9 kali ni, 2 tenaga pengajar di Sekolah Wira Bakti yang telah di buang dahulu, diserap untuk kembali berkhidmat.. Cikgu Zakiah yang sebelum ni di berhentikan kerana tidak dapat mengawal keadaan kelas sehingga menyebabkan murid-murid bergaduh kini diserap semula atas arahan Datuk Wira. 

cikgu Zakiah..


Sementara itu, Gaban dan Kicap (cerita di episod 8) meminta tolong Daim untuk menuliskan surat untuk Ibu bapa mereka.. Daim pula meminta Nadia membelikan kertas dan pen tetapi telah dirampas oleh Tony (pengawal yang diserap masuk semula).. akibatnya semua pelajar telah dihukum..

Botak mempersoalkan mengapa cikgu Zakiah masuk semula selepas di berhentikan.. Cikgu Zakiah kembali dengan niat untuk menubuhkan kelab debat.. Nadia pula tidak putus asa memberikan alatan menulis surat kepada Daim.. setelah dipastikan Botak dan Tony tiada, Kicap dan Gaban duduk bersama Daim dan Apek  di satu tempat untuk menulis surat yang ingin di kirimkan kepada ibu bapa mereka.. Tapi Ayam telah nampak apa yang mereka lakukan dan memberitahu Botak.. Botak sangat marah dan telah membelasah Kicap dan Gaban dengan teruk sekali.. Botak merasakan yang Daim yang telah menyebabkan mereka tidak mengikut Botak lagi.. kedudukannya sebagai Taiko dirasakan tercabar..

Oleh sebab terlalu marah, Botak dan Ayam pergi mencari Daim.. Sementara itu, Daim, Apek dan budak Kedah telah menawarkan diri untuk menyertai kelab debat yang dianjurkan cikgu Zakiah.. mereka berlatih berdebat mengikut tajuk yang di beri oleh cikgu Zakiah iaitu mengenai masalah pembuangan bayi.. Ayam yang mengintai mereka untuk memastikan di mana mereka berada teringat akan kesalahan yang pernah dilakukan di mana dia pernah mebuang bayi bersama teman wanitanya.. 

profil pelajar.. Ayam..

akibat terlalu sibuk dengan kerja, ibu Ayam langsung tidak tahu yang Ayam dan teman wanitanya telah terlanjur... akibat daripa itu, teman wanitanya telah mengandung.. tapi mereka berjaya menyembunyikan daripada pengetahuan ibubapa masing-masing sehinggalah bayi itu dilahirkan.. mereka telah membuang bayi di kawasan semak namun seorang lelaki telah terjumpa bayi itu.. akhirnya Ayam dan teman wanita nya di tangkap polis akibat kesalahan membuang bayi tersebut.. sementara ibu Ayam seolah tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.. akibat dari terlalu sibuk dengan kerja, ibunya telah mengabaikan anakya sendiri..

pengajarannya di sini, ibubapa tidak seharusnya mengabaikan anak.. anak-anak memerlukan kasih sayang dari keluarga.. anak-anak perlu dididik dengan sebaiknya.. dan bagi remaja pula janganlah terlalu mudah untuk jatuh ke lembah maksiat.. kawal lah nafsu dan ingatlah kuasa Allah.. maksiat sememangnya satu perbuatan yang sangat dilaknat oleh Allah.. dan bagi yang sudah terlanjur itu, taubatlah dan kembali ke pangkal jalan.. janganlah dibuang bayi yang tidak berdosa itu.. cukup lah dengan dosa maksiat.. tak perlu ditambah lagi dengan dosa membunuh bayi yang tidak berdosa itu..



nak tengok Juvana episod 9 tengok kat SINI








Jun 20, 2011

cerita hari Isnin..

Sejak terjebak dengan segmen dengan contest ni, aku rasa macam blog ni dah jadi blog segmen pulak.. ye la.. entri lain kurang, entri segmen je hari-hari.. apa-apa pun, join segmen dan contest dah menjadi sebahagian aktiviti dalam blog aku dan terima kasih siapa yang sudi mengajak aku join segmen-segmen... aku cuba sedaya upaya untuk join.. asalkan tak rumit sangat dan enjoy...

Hari ni, aku pergi UiTM sebab nak ambil official transkrip.. dah ada keputusan yang rasmi baru la semangat nak cari kerja.. kottt.. (yo lah tu..) ramai jugak la hari ni.. nasib baik datang awal sikit.. isi borang dan bayar sepuluh hinggit dah boleh dapat transkrip tu hari ni jugak.. tapi kena tunggu petang sebab ramai sangat ... terpaksa lah melepak kat situ sampai petang.. 

wah, dah sebulan kot tak pergi UiTM.. semenjak hantar projek akhir haritu.. 

lama jugak nak tunggu.. akhirnya dapat jugak.. balik dah petang... naik bas Rapid U80 ... pukul 5 petang waktu orang balik kerja.. memang lah penuh bas.. berdiri lah nampaknya.. sementara tu, aku perhatikan ada seorang perempuan ni aku rasa tak pernah naik bas Rapid kot.. dia asyik nak tergolek je.. (maksud aku terjatuh.. eh .. terlajak.. eh.. apa-apa je la ).. pantang bas nak belok, nak brek, mesti dia nak tergolek kat orang sebelah..   nasib baik tak tergolek kat aku.. kesian jugak tengok dia ni sampai nak terpeluk laki sebelah tu.. haisyh.. nak tolong kasi tempat duduk, aku pon berdiri.. bertahan ye kak.. you can do it!! 



kalau naik bas RAPID bagi aku memang memerlukan daya keseimbangan yang tinggi bagi yang berdiri.. tambah-tambah lagi kalau pemandu tu bawak laju.. pengalaman naik bas RAPID.. dulu aku pernah terduduk kat orang masa dalam bas.. masa tu aku baru nak naik bas dan nak duduk.. belum sempat melabuhkan punggung nak duduk tiba-tiba driver tu tekan minyak laju dan aku terduduk kat orang sebelah.. menjerit orang tu sebab terkejut.. nasib baik lah orang perempuan.. kalau abang botak ke, abang ketak-ketak ke, tak ke malu.. (memang dah tutup muka ngan plastik dah).. dan nasib baik jugak aku naik dari seksyen 2 ke PKNS je.. dekat je.. yang kawan-kawan ni pulak tak boleh berhenti gelak..bukan nak cover kawan yang dah malu ni.. haisyh.. lepas dah mintak maaf kat perempuan tu aku terus toleh tempat lain tak mau tunjuk muka.. turun je bas semua bantai gelak.. agak-agak patah tak kaki perempuan tu kena hempap ngan aku?.. hihi..



ps :cuaca hari ni panas terik.. rasa macam nak demam pulak.. huu



Jun 19, 2011

Jom Terjah Blogger Terbaik Bersama Sharifdez


Terima kasih sebab menyenaraikan blog saya untuk segmen ni.. Sharifdez... walaupun blog ini tersenarai number ke 17 tapi kira ok lah tu tersenarai jugak kan... 

Jom support sharifdez ni.. blog nya simple aje.. dan banyak bloglist KIRI KANAN, BAWAH... tagline nya "Menyebarkan Apa Sahaja Yang Dirasakan Perlu"..

jemput-jemput singgah di blog Sharifdez dan tengok senarai-senarai kat SINI

Stanza Cinta.. hmm


Bagi orang yang tidak berapa berminat nak layan novel macam aku ni, aku lebih suka menonton di tv.. stanza cinta adaptasi dari sebuah novel.. kalau yang pencinta novel mesti dah tau cerita ni kot.. 

Untuk first episod ni, aku rasa cerita ni sesuai dengan jiwa aku (kot..) ..heh.. pelakon wanita nya Fathia.. Aaron Aziz dan Fizz Fairuz pun antara pelakon yang menjadi pelakon dalam cerita ni.. Aku suka dengan penampilan Amny (eh, macam name seorang blogger je.. heh ) .. sebelum ni cerita Ummu Hani.. dan cerita nya ada sikit unsur-unsur 

Cerita Stanza Cinta setiap ahad di TV3 pukul 9 malam.. waktu yang lebih sesuai di tonton berbanding cerita macam Nora Elena yang pukul 7 setiap hari Isnin hingga Khamis.. sebab tu aku selalu terlepas cerita Nora Elena ni.. hmm.. 

Terus terang je la kan.. aku mula berminat dengan cerita ni.. bila dah berminat tu kemungkinan besar la akan ku update perkara-perkara berkaitan cerita ni.. hehe.. itu je nak bagitau.. 

selamat malam semua.. 






Jun 18, 2011

Imam Muda Mujahid..



Seperti yang dah sedia maklum, Imam Muda musim ke dua ni ada dua peserta luar.. peserta dari Brunei iaitu Imam Muda Fadli dan peserta dari Singapura iaitu Imam Muda Mujahid... Tapi rezeki tak memihak kepada peserta dari Brunei dan Singapura ini kerana ke dua-dua nya telah tersingkir pada minggu ke tujuh dan minggu ke lapan..  

Walaupun usia masih muda, tapi Imam Muda Mujahid berjaya menyertai program Imam Muda.. semoga dapat dijadikan contoh terutama kepada remaja-remaja di luar sana..

yang ini kebolehan lain yang Imam Muda Mujahid boleh lakukan.. 




sambil tu mari dengarkan alunan doa, zikir, dan selawat ini (turut dialunkan oleh Imam Muda Mujahid).. semoga hati kita lebih dekat dengan Allah swt.. dan dapat menenangkan hati yag resah, kosong dan takut..






FB Imam Muda Mujahid


Jun 17, 2011

"Segmen Mencari Blogger Wanita"


Ada segmen aku join je.. heh.. tapi kalu aku wat segmen ada ke orang nak join?.. haha.. ini segmen dari blogger MG.. sama-samalah support blogger baru..

nak join klik SINI..


klik Iklan ni pon boleh gak.. heheh..








Tamat degree.. alhamdulillah..

Buka email pagi-pagi je nampak email dari UiTM.. tak lain dan tak bukan mestilah email pasal keputusan peperiksaan semester akhir..

bila nak cek keputusan peperiksaan mesti rasa cuak.. dari dulu lagi mesti cuak.. ye lah, risau kot lulus ke fail ke.. sebagai pelajar mesti lah nak keputusan yang terbaik kan..

walaupun dah ada kat email, tapi aku tak terus bukak email tu.. aku cek kat Facebook tengok status kawan-kawan.. ada yang happy .. ada yang redha je.. saje je aku ni tau.. saje nak menambah cuak..

okeyh, bukak blog dulu.. baca komen, balas komen ,blogwalking , baca entri, bagi komen.. ada segmen... aku join.. dan tak cek lagi...

huhu.. tah apa-apa lah aku ni.. nak cek keputusan pun susah.. kalau dulu kena cek kat laman web lagi la susah.. ni dah hantar terus ke email pun tak nak tengok jugak?.. sue sue.. 

dengan lafaz Bismillah, aku beranikan diri membuka email itu.. dan reaksi aku.. ohh..

Alhamdulillah.. lulus .. dan aku berjaya menamatkan ijazah selama 3 tahun..


kesimpulannya..
- puas hati : sebab target tercapai dan boleh grad..
- tak puas hati : sebab aku tahu aku mampu berusaha lebih lagi..







Segmen Simple : Kalaulah ...



Segmen hari ni.. Segmen 'Kalaulah' dari Mr Naser.. 

Kalau apa ye.. hmmm.. kalau lah aku usaha lebih mesti aku dah dapat kerja sekarang ni.. kalaulah aku apply kerja awal-awal, mungkin aku dah bekerja sekarang.. mungkin aku dah mempunyai pendapatan sendiri sekarang.. bolehlah aku membalas jasa ibu ayah aku , kakak dan abangku dan semua lah yang banyak membantu aku.. aku berharap dapat memperbaiki kehidupan keluarga aku menjadi lebih baik.. 

Walau apapun yang terjadi aku redha dengan ketentuan Allah sebab aku yakin bahawa setiap apa yang  berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.. dan aku perlu sentiasa bersikap positif , tidak mudah putus asa dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan menjadi insan yang berjaya di dunia ini.. dan juga kehidupan di akhirat yang kekal abadi.. semoga kehidupan kita diberkati Allah swt.. Amin..


Siapa nak join klik SINI.. kat header pon boleh..



Jun 16, 2011

Mat Lutfi buat album? wah..






Video baru dari Mat Lutfi.. dia dah ada new album la.. hehe.. lagu korea pulak tu.. konsep K- 1 Malaysia pop.. huhu..

layan je la ye vlog ni ..



Imam Muda minggu ke 6 - yang tersingkir


Seperti yang telah di ketahui, Imam Muda yang menamatkan perjalanan pada minggu ke  7 ialah Imam Muda Najdi (selangor) dan Imam Muda Mujahid (singapura).. Ke dua-dua Imam Muda ini adalah antara Imam Muda termuda di mana masing-masing berumur 20 tahun..

Berikut adalah video mengenai Imam Muda Najdi


dan video ini pula video pengenalan diri oleh Imam Muda Mujahid





4 peserta Imam Muda telah tersingkir.. Tinggal 6 lagi peserta yang masih meneruskan bertanding menjadi Imam Muda Terunggul. Siapa agaknya yang bakal menjadi juara seperti Imam Muda Asyraf pada musinm pertama ye?





Imam Muda Minggu ke 7..



Tema Imam Muda minggu ke tujuh ialah Di Ambang Kematian. 

Untuk minggu ke 7 ini, Imam Muda telah diberi tugasan untuk bersama banduan yang menerima hukuman gantung sampai mati.. Atau dengan kata lain nya, banduan yang sedang di saat-saat akhir kematian.. Setiap yang hidup pasti akan mati. Yang membezakan kematian itu adalah tarikh dan bagaimana cara nyawa kita diambil.  

Walaupun mati sebagai banduan, mereka sebenarnya lebih bertuah dari golongan penjenayah di luar sana yang masih bebas dari diberkas dan berterusan melakukan jenayah.. Jika tarikh kematian telah diketahui, tentulah kita berebut untuk meminta keampunan dari Allah atas segala kesalahan yang telah dilakukan.. Tidakkah kita takut dengan kuasa Allah.. bagaimanakah hari pembalasan di akhirat kelak? 

Dan bagaimana kita sendiri.. pastinya kita tidak tahu waktu yang tepat bila ajal kita akan tiba. semoga segala amalan kita diterima oleh Allah dan dosa-dosa kita sama ada kecil atau besar, sama ada kita sedar atau tidak akan diampunkan.. Semoga kita ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman di akhirat kelak.. 


Selepas Imam Muda Fadli dan Imam Muda Ali menamatkan perjalanan menjadi Imam Muda terunggul, kini dua lagi Imam Muda turut tersingkir iaitu Imam Muda Najdi dan Imam Muda Mujahid.. Namun seperti Imam Muda Fadli dan Imam Muda Ali, walaupun telah tersingkir, tapi mereka masih meneruskan dalam pembelajaran untuk menjadi Imam Muda Terunggul.

Imam Muda Najdi dan Imam Muda Mujahid


nak info lebih lagi boleh la singgah di sini 


Kami Kaki Blogging !



Join contest pulak.. Kali ni contest untuk kaki blogging.. saya memang kaki blogging... setiap hari mesti kena bukak blog.. saya suka jalan-jalan blog orang lepas tu baca entri dan komen ..  saya suka tekan butang follow bila pertama kali singgah.. saya dapat banyak info berguna melalui blog.. saya enjoy menjadi blogger.. itu bukti saya memang kaki blogging.. 

Jom lah join.. ada hadiah tau.. Klik SINI kalau nak join.. di samping itu kena tag 3 blogger... saya nak tag



oleh sebab tuan punya contest ni name nye start huruf 'F', so semua yang di tag pun bermula dengan huruf 'F' jugak.. ok la tu kan.. hehe.. selamat berblogging semua...


Jom Join Bloglist Cik Bunny!



Cik Bunny dah dua kali ajak join bloglist dia.. sorry cik Bunny bukan tak nak join tapi asyik terlupa je nak wat entri ni..


syarat-syarat nya :

1) Follow Cik Bunny untuk sebarang update bloglist dan follow AsiaRoseHouse (sebagai promosi, tak follow pon x pe) - DAH-

2) Klik Churp Churp Cik Bunny dan Nuffnang (tak klik pon tak pe, start wat muka merayu sampai korang klik,lol  )  -DAH- (klik sy punye gak.. heh)

3) Wat entri bertajuk: Jom Join Bloglist Cik Bunny! -DAH-

4) Letak header Cik Bunny diatas dan linkkan ke entri ni. -DAH-

5)Tag 3 blogger dan pastikan diorang tahu





saya tag 3 Perfect Strangers..





Jun 15, 2011

GAME ANTARA BLOGGER BERMULA


Nak Join, klik SINI.

Game antara Blogger Bermula...

NAMA KUMPULAN : PERFECT STRANGERS

KETUA KUMPULAN : Nasz : http://mohdnaser.blogspot.com

AHLI KUMPULAN :

1. sue perbs : http://sueperbs.blogspot.com/

2. Leya : http://hazeleya.blogspot.com/

3. Zul Fattah : http://zulfattah.blogspot.com/

4.Munirah : http://thecahayabulan.blogspot.com/

5. x.a.n.a : www.xanahanami.blogspot.com/

6. Pemuda Harapan : http://zonesaye.blogspot.com/

7. ann : http://annyoo6609.blogspot.com/

8. azam : http://laman-ayahsu.blogspot.com/

9. Fee Hafeezah : http://norhafeezah.blogspot.com/

10. Lieynanilaz : http://lieynanilaz.blogspot.com/


SEBAB NAMA KUMPULAN INI DIPILIH :

Even tak kenal each others, but we trying to mix up dlm satu group, Blogging adalah medan utk kita kenal antara satu sama lain, Not just membaca entri, but we keep in touch in write the comment and next ia dapat membantu blogger utk terus maju dgn adenye comment-comment yang membina, strangers is someone that we need to think positive, sometimes it help us :D



Game Antara Blogger



Join segmen lagi.. game antara blogger.. dalam masa 2 jam kumpul blogger dan pukul 1 dah tutup... pukul 2 nanti mr ben akan bagi tahu apa game nye... 

nak join cepat klik SINI..

" Segmen Bujang dan Sakura : Kami Tak Lupa Diri "


Segmen dari Bujang dan Sakura.. Join segmen disamping ingat memperingati sesama muslim.. Nak join klik SINI



Rukun Islam Ada 5 perkara manakala rukun Iman pula ada 6 perkara.. Sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui dan mengmalkan rukun Islam dan rukun Iman ini...


RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadat


2. Sembahyang 5 waktu



3. Berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan



4. Menunaikan zakat


5. Mengerjakan haji bagi yang berkemampuan





RUKUN IMAN

1. Beriman kepada Allah SWT

2. Beriman kepada malaikat

3. Beriman kepada kitab-kitab

4. Beriman kepada Rasul

5. Beriman kepada hari kiamat

6. Beriman kepada Qada dan Qadar





Wordless Wednesday.. ~1~








Jun 14, 2011

BEN ASHAARI : 5 BLOG PILIHAN HATI




Segmen hari ini.. 5 blog pilihan hati... boleh pilih 5 je.. so ini blog yang saya pilih..


sebab dia blogger otai yang selalu menolong blogger-blogger lain


sebab dia kan tunang Khairul Fahmi.. heh.. suka baca cerita dia.. 



sebab cerita kartun dia best dan lawak..



sebab selalu berada di list teratas dalam bloglist (selalu update info baru)



pon sama.. suka singgah blog dan komen..



banyak lagi sebenarnya blog yang saya suka terjah... memandangkan nak 5 je, itu je la yang sempat saya senaraikan.. nak join klik SINI..