May 31, 2011

Juvana.. pelakon-pelakon..


Siapa yang layan cerita Juvana? aku layan je sebab ada Zahiril Adzim berlakon (tiba-tiba pulak).. Juvana bersiaran setiap hari Isnin jam 9 malam di TV3..


Juvana cerita pasal budak-budak sekolah nakal yang ada kes jenayah.. Zahiril Adzim atau nama wataknya Daim dimasukkan ke sekolah jahat sebab dia tertuduh melakukan kesalahan membunuh emaknya sendiri.. walaupun bukan dia yang bunuh tapi ada bukti-bukti yang cukup menyebabkan dia dijatuhi hukuman dan dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti, iaitu sebuah sekolah Badan Bukan Kerajaan (NGO), sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan semula. Daim menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar yang terbabit dengan kes jenayah yang serius. Daim mempunyai harapan apabila Cikgu Zakiah, satu-satunya guru wanita di situ, ditugaskan ke sekolah terbabit...

Watak Daim sangat innocent.. baik je.. tapi selalu kena buli.. nak add FB Zahiril Adzim klik SINI..


Zahiril Adzim dengan tunang.. Shera Ayob

Dalam cerita Juvana ni, kawan yang paling rapat dan selalu protect Daim ialah Apek.. Nama sebenar Apek ialah Syazwan Zulkifly.. Nak add FB Apek klik SINI.. 

Apek menyemart..


Semalam dalam cerita Juvana, seorang pelajar bernama Fit, mati kerana terlebih dose dadah.. Nama sebenar Fit Syukri Yahaya.. Nak add FB Fit klik SINI 


Fit (Syukri Yahaya).. img from FB

Watak yang paling geram aku tengok mesti lah watak Botak.. House Captain yang selalu buli orang.. Mangsa utama Daim.. sebab Daim ni lemah sangat.. Rupa-rupanya, Botak semasa di rumah dia selalu kena pukul oleh ayahnya.. sebab tu la dia menjadi kaki buli. 


Botak yang dah tak botak.. heh

Nama sebenar Botak ialah Johan Asari.. siapa-siapa nak add FB Botak klik SINI.



Berikut adalah barisan pelakon dalam cerita Juvana..

Zahiril Adzim,Bront Palare,Izreen Azminda,Irfan Roslan,Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Wan Atiqa Farhana, Adam Shah, Khairul Mohamed, Syukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmi dan Talha Harith.




p/s: semoga cerita ini dapat dijadikan iktibar terutama kepada budak-budak nakal di luar sana.. ^_*

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

,r

31hb Mei ialah hari Tanpa Tembakau Sedunia.. Segmen 24 jam dari Ben Ashaari.. Kenapa aku tak nak merokok? sebab aku sayangkan nyawa aku dan orang-orang sekeliling aku terutama family aku.. Rokok tu mahal la.. lebih baik simpan duit tu untuk kegunaan lain..


dan ini sebab-sebab kenapa anda yang merokok kena berhenti merokok...


Memanjangkan usia

Rokok membunuh 5000 rakyat Malaysia setiap tahun. Satu dari dua perokok mati awal disebabkan penyakit yang berhubung-kait dengan rokok.

Pencegahan penyakit

Terdapat 40 penyakit disebabkan merokok. Kanser paru-paru,sakit jantung,kronik bronkitis, emfisema, strok dan ulser perut merupakan penyakit akibat merokok.

Sihat dan hidup berkualiti

Perokok mudah dijangkiti virus flu, batuk dan jangkitan paru-paru dibandingkan dengan bukan perokok.

Anak-anak sihat

Merokok membahayakan kesihatan kanak-kanak. Anak-anak perokok tegar mudah dijangkiti saluran pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan paru-paru.

Remaja merokok

Anda merupakan contoh utama pembentukan anak-anak anda. Anak remaja anda mempunyai kecenderungan untuk merokok jika salah seorang adalah perokok.

Gigi kuning

Merokok menyebabkan gigi menjadi kusam dan kuning.

Bau nafas

Akibat merokok anda mempunyai bau nafas yang kurang enak.

Kulit cantik

Orang yang merokok akan beruban cepat , kulit mudah berkedut dan kusam terutama di bahagian mata dan mulut.

Melindungi keluarga dan rakan-rakan

Apabila anda merokok berhampiran dengan bukan perokok, anda menjadikan mereka ini penghisap asap rokok. Mereka dipanggil perokok pasif. Risiko perokok pasif untuk memperoleh penyakit berkait-rapat dengan rokok seperti penyakit kanser paru-paru dan sakit jantung adalah sama. Perokok pasif memudaratkan kanak-kanak.

Mudah letih dan kurang cerdas

Merokok mempengaruhi tahap kecerdasan anda. Anda mudah letih dan tidak berstamina apabila melakukan aktiviti seperti berlari, berjalan atau lain-lain.

Baju dan rambut berbau

Merokok menyebabkan baju dan rambut anda mempunyai bau yang kurang enak.

Mengurangkan pencemaran udara.

Pencemaran udara dapat dikurangkan jika anda tidak merokok.

Kesuburan(fertiliti)

Merokok menyebabkan kualiti sperma anda merosot seperti isi padu sperma, mobiliti dan struktur morfologi sperma.

Disfungsi ereksi

Mati pucuk atau disfungsi ereksi berkait rapat dengan merokok.

Berhenti merokok tindakan yang wajar.

Apabila anda mengetahui bahaya merokok dan akibat-akibat merokok ,atau anak-anak anda tergolong dalam kategori anak remaja merokok ini akan menguatkan semangat anda untuk berhenti merokok.




May 30, 2011

The Lucky 650..

Rasa gembira sebab dapat award lucky follower yang ke 650 dari Nmirmo..

Terima lah award khas untuk saya.. heee..

cute and smart sticker ni..

Thakiu kerana mereview blog saya yang tak seberapa ni.. Tira juga student UiTM.. hehe.. UiTM di hatiku..

Tira ada buat segmen bloglist.. siapa nak join bloglist mirmo, sila klik SINI.. ada 4 kumpulan 

1~>mirmo
2~>mirumo
3~>rima
4~>yosh


p/s : blog dia cute ..


May 29, 2011

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER



Semen baru hari ni.. Khas untuk blogger baru yang mempunyai follower kurang 500... yeah.. layak join..

Tutup pukul 10 malam... jom-jom cepat join.. nak tahu lebih lanjut sila klik kat header di atas.. Klik SINI pun boleh..

Cara Nabi menjaga kesihatan diri..




Rasulullah s.a.w mempunyai pekerti dan akhlak yang sangat unggul. Kita sebagai umat Islam seharusnya mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w dalam segala aspek kehidupan.
Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.
Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:
Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

Tidak makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

Penyabar
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Oleh Ustaz Zawawi Yusoh

May 28, 2011

Lagu Tema Imam Muda..




LAgu tema Imam Muda, HAMBAMU nyanyian Akhil Hayy dan Mawi.. Best video muzik ni.. Imam Muda musim 1 berlakon dalam MTV ini..

Jom tonton Imam Muda musim ke 2 di Astro Oasis saluran 106..


Kedudukan Imam Muda setelah 4 episod berdasarkan ujian praktikal dan teori adalah seperti berikut:

1. IM Azlan, Kuala Lumpur
2. IM Hassan, Perak
3. IM Fatah, Negeri Sembilan
4. IM Fakhrul, Terengganu.
5. IM Nazrul, Johor.
6. IM Mujahid, Singapura
7. IM Ammar, Kedah
8. IM Najdi, Selangor
9. IM Ali, Sabah
10. IM Fadli, Brunei


Imam Muda CEMERLANG minggu ke-4, milik Imam Muda Nazrul, Johor. Siapa yang sudah tengok Imam Muda untuk tema krisis identiti pasti sedia maklum yang Imam Muda Nazrul telah bertindak berani membuat rayuan untuk tidak menyingkirkan Imam Muda yang bottom 3 ketika itu (IM Najdi, IM Ali dan IM Fadli)..







p/s : memang sedih la tengok Imam Muda mengalirkan air mata..

Blogger support Blogger : Wajib support!!



Anda seorang blogger? Kalau anda blogger adakah anda seorang yang menyaport (menyokong) blogger-blogger lain?

hehe.. ni sebenarnya segmen yang dibuat oleh seorang blogger.. siapa nak join klik la kat pic header tu ye.. 

May 27, 2011

Nyorok-nyorok pulak dia..

Ruang Followers ni suka main nyorok-nyorok tau.. kejap ada kejap tak ada.. 




Rupanya banyak jugak blog yang tak ada button "follow" ni... tapi bila tengok kat blog ini, ada je button "follow" tu.. 


nak join segmen BSB,  tapi memandangkan tak jumpa button "follow", nanti-nanti la saya join.. 


Sunah Sakura bagitau mungkin sebab template blog dia guna template blogspot .. yang guna template lain tu la yang tak ada ruang "follower".. macam tu ye... hmm.. 

template blog ku..

tak terfikir lagi nak tukar template sebab saya rasa template blog saya cantek... hehe... (sekali sekala perasan tak apa..).. ikut citarasa masing-masing la...


p/s: masih belum ada header sendiri..

May 26, 2011

Fakta : Malaysia Top 10 pengambil arak di dunia?




  • Rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.
  • Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun,” dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.
  • Pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.
Dalam sebuah kajian

  1. 19 % di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.
  2. 48 % pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993,  mengaku minum arak.
  • Satu pertiga ketagih arak, 61 % adalah Cina, 60 % India dan 30 % Melayu

> Arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.
Sumber: Harakahdaily.net

Ha ha ha... ICMGTS

Pengalaman interview semalam, aku rasa macam ha ha ha.. bila teringat balik apa yang berlaku harini memang aku tergelak sendiri... tak lawak pun tapi macam ha ha ha..


interview pukul 2.30... pukul 11.00 lagi dah gerak dari Klang dan ambil 2 orang kawan kat Shah Alam yang nak pergi interview tempat yang sama.. (semangat lebih je ni datang awal-awal)


sebelum pukul 1 dah sampai kat SIDC menunggu kat Loby.. kebetulan sorang lagi kawan datang.. bila dengar cerita dari orang yang dah pergi interview tu aku dah rasa macam nak balik je.. haha.. PENAKOT punya budak.. 


Dia pilih 32 orang je untuk ICMGTS kali ni.. yang datang aseasment ramai kot.. memang peluang tu amat lah tipis dan tentulah dia nak pilih 'the best among the best'..


Pukul 1 lunch dengan kawan-kawan kat cafe order nasi goreng kampung... aku tengok kawan-kawan aku selera sungguh makan nasi goreng tu tapi deria rasa aku ni rasa macam tak berfungsi kot.. nasi goreng ke nasi putih kosong ni? tak ada rasa langsung.. (tiba-tiba tak ada selera)


lepas makan masuk Toilet lepak kejap membuang apa yang patut.. sembang-sembang dalam toilet (jangan tiru ye.. macam tak ada tempat lain je nak sembang)... perkataan nak balik tu masih ada lagi.. kawan aku pun sama jugak ada yang rasa nak balik tapi sebab kami berempat, so semangat nak pergi interview tu masih ada.. kalau sorang memang dah balik kot..  itu lah peranan kawan.. bagi semangat sesama sendiri.. ^_*


okeh, pukul 2 kitorang pergi surau ... itu pun sesat... biasalah nama pun pelawat.. lepas solat alhamdulillah rasa tenang sikit hati.. bersiap sedia naik ke tempat asessment... wah ramai jugak budak-budak UiTM satu kos ngan aku join sekali.. 


kitorang di bahagi kepada kumpulan-kumpulan.. aku masuk kumpulan 2 dan ha ha ha kumpulan aku ada 4 orang je... 3 orang sama kos UiTm dan sorang lagi UUM.. 






First asessment kena jawab soalan esei.. 3 soalan pilih 1 ... jawab dalam 20 minit.. ha ha ha.. aku hentam je la apa yang terlintas di fikiran ni.. 


Second asessment kena tengok satu short video dan lepas tu kena jawab short quiz berdasarkan movie tu.. soalan multiple choice dengan true or false je.. so boleh la jawab..


Lepas tu tea break kejap.. Donut.. 


Third asessment , setiap orang diberi case study dan kena bincang dalam satu kumpulan.. selepas bincang, setiap orang kena present selama 5 minit.. memandangkan aku duduk sebelah 'penilai', aku lah yang meng'offer' diri menjadi orang pertama present... dan ha ha ha.. kawan aku cakap aku present tak sampai 5 minit kot.. 


kumpulan kitorang yang paling cepat habis.. sebab semua present tak sampai 5 minit.. discussion tu yang lama sebenarnya.. senang kerja 'penilai' tu.. ha ha ha... 


Last asessment kena jual diri "sell yourself"... tapi 3 minit je.. macam interview la jugak tapi dalam kumpulan.. kali ni aku orang terakhir pulak.. 


Dan sekali lagi kumpulan kami yang ter awal habis.. mungkin sebab ahli kumpulan sikit je berbanding kumpulan-kumpulan lain... pukul 5 baru selesai.. kami diberitahu yang siapa yang terpilih akan di hubungi... dan yang tak terpilih tu tak akan dihubungi.. kitorang rasa kitorang tergolong dalam kumpulan yang tak akan dihubungi tu kot.. hehe


Apa pun aku sangat berbangga dengan diri aku sendiri sebab aku berjaya melawan perasaan takut yang tak sepatutnya di layan sangat ni.. aku berjaya mengubah perasaan negative menjadi positive.. dan yeah, kalau tak terpilih pun aku sangat happy dan ha ha ha, pengalaman hari ni memang sangat lah berharga bagi aku.. 




p/s: interviewer tak makan orang so tak perlu la takut.. nak pergi interview lagi..  huhu  ^_*


May 24, 2011

Takut dan gentar ok...




Haa... tak ada yang menarik sangat nak dikongsi... cuma sekarang ni rasa takut, risau, konfius semua ada la... nak pergi interview... first time kot.. praktikal pun tak yah pergi interview terus dapat tempat..

ICMGTS assessment.. siapa dah pergi dan akan pergi? macam mana ek assesment ni? kongsi la sikit pengalaman..


mengikut yang diberitahu.. ICGMTS (islamic capital market graduate training scheme) ni ada 2 parts..


Part  one  =  is  a  eight-week  training  that  focuses  on  providing participants  with  comprehensive technical  knowledge  and  skills  in ICM, communication skills, thinking skills, professional etiquette and social  skills  through  interactive  and  activity-based  training programme.  

Part two=  is an eleven-month attachment (practical training) with the capital  market  industry  intermediaries  (organizations)  to  gain working experience in the ICM related field. 

*copy paste je ni..

Islamic Capital Market? ada subjek tu masa sem 5 dulu tapi subjek tu subjek pilihan dengan Financial Statement Analysis.. huh... nyesal pulak tak pilih islamic capital market dulu..


apa pun, jangan berputus asa ye Suehaidah.. kalau ada rezki ada la tu...

May 23, 2011

Ais krim yang tak kan cair..

Tengah panas-panas, dapat pulak makan aiskrim... wah nikmatnya.. tambah-tambah lagi ada orang belanja.. lagi la syiok.. 

teringat zaman sekolah dulu pak cik jual aiskrim selalu datang tengah-tengah hari masa balik sekolah.. sementara nak tunggu bas datang, selalu beli ais krim kat pak cik aiskrim tu .. ais krim kon seringgit je.. sekarang berapa ek? seringgit lagi ke?

bila dah besar ni semakin kurang makan ais krim.. ye la, semakin dah tua semakin sedar nak jaga kesihatan... ais krim tu kan manis.. penyumbang penyakit kencing "sweet".. tapi sesekali makan Ais krim tak apa kot.. 

kawan aku cakap aku tak pandai makan ais krim sebab kalau aku makan ais krim mesti comot.. mesti meleleh.. cepat sangat cair..  al maklumlah makan ais krim pun nak bersopan sangat..

tapi ada satu ais krim aku dapat yang tak kan cair.. kecik je saiz dia.. ni ha..


ais krim cornetto..


wah tak sangka dapat hadiah ais krim... tau tau je aku suka aiskrim.. yang paling terharu tu ais krim ni di pos ke rumah aku.. 


cute sangat ais krim ni..

ais krim yang sangat cute.. tapi.... ais krim ni tak boleh di makan... haisyhhh... kalau boleh makan pun aku tak sanggup nak makan sebab cute sangat.. tak sampai hati... heh.. 


tapi ais krim ni power tau... sebab..



ais krim ni pendrive...

hehe... pendrive berbentuk ais krim rupanya.. sebenarnya aku ada masuk peraduan kumpul dan menang "cornetto"... cuma hantar number kod kat penutup ais krim tu je... aku hantar 3 kali je kot.. tak sangka pulak aku bertuah.. dan ais krim-ais krim tu di belanja oleh kakak-kakak ofis masa aku praktikal dulu.. tahnkiu la kakak-kakak sebab selalu belanja ais krim... berkat "belanja", dapat jugak menang..


lucky number 8.. sukeee...

nampak tak name Suhaidah... name aku la tu... hehe.. pemenang hadiah harian je.. walaupun hadiah nya hanya pendrive tak pe la.. at least dapat jugak hadiah kan.. (kalau pemenang mingguan dapat I-phone kot)..

al hamdulillah... 




May 22, 2011

Crazy Frog..


Ni hadiah hari jadi yang aku simpan sampai sekarang... pemberian seorang sahabat yang sangat memahami aku... hehe..


sahabat yang selalu bagi semangat dan sokongan.. yang sangat aku kagum dan respect.. sangat pandai dan yeah, dia dah balik Malasia.. boleh jalan-jalan melepas rindu..


kenapa Crazy Frog? ada cerita disebaliknya yang hanya aku dan dia tahu.. kerana seorang lelaki yang kami berdua kenal.. 


apa pun, semoga kisah lama tu dapat dilupakan.. dan crazy frog ni akan ku jaga elok-elok.. aceceh..






Pengakuan..


Pengakuan hari ni.. first time aku buat AFUNDI untuk AF8 ni.. hehe



Secara jujur aku bukan lah fanatik AF.. kalau tengok pun sekadar tengok je... tak undi pun... bukan anti AF ke apa... setiap orang ada pandangan masing-masing kan.. cuma bagi aku, aku rasa 'something is not right' je.. ambil yang positif je la...

lagipun, aku ni bukan lah banyak sangat kredit..   top up RM 10 sebulan pun tak habis-habis.. yang menghabiskan pun bila kena tolak charge “caller ringtone” tiap bulan yang tah bila aku nak deactivate kan.. ni semua kes zaman sekolah la ni...

siapa yang aku undi? Pelajar yang AF masuk... ada dua tapi satu je yang aku undi.. siapa agak nya ye? 

hmm.. mimpi apa tah nak AFUNDI pulak hari ni.. lagipun dia ada mention undian untuk malam ni akan disalurkan kepada mangsa-mangsa tanah runtuh di Hulu Langat... 

tanah runtuh di Hulu Langat (image from Mr googoo)




Sama-samalah kita membantu golongan yang ditimpa musibah ini..


p/s: takziah juga atas pemergian Seniwati Mahyon Ismail (ibu Faizal Hussein)

May 21, 2011

Keputusan Maharaja lawak minggu 8..

update Maharaja Lawak... undi masuk menyaksikan R2 berjaya masuk semula.. Undi dilakukan mengikut jumlah 'like' di laman fan page Maharaja Lawak.. R2 mendapat 51134 undian Like menewaskan peserta-peserta lain.

tentang persembahan, tentunya Jozan dan Sepah menjadi pilihan aku... Jozan dengan tema lawak doktor dan pesakit, Sepah pulak dengan tema 'rewang' makcik-makcik dengan tabiat mengumpatnya.

R2 yang diundi masuk pun tak mengecewakan.. lawak la jugak.. dan tadi baru perasan ada jugak diorang sebut 'Pendamaran'... Iwan tu sebenarnya sama sekolah dengan aku kat SMK Pendamaran tapi aku tak perasan pulak.. dah masuk Raja Lawak baru aku tau.. hehe... almaklumlah setahun je pun sekolah situ.. cayalah Iwan.. dan abangnya Rahim..




Dan untuk minggu ke 8 ni akhirnya Man selaku juara Raja Lawak musim ke 5 terpaksa akur tersingkir di minggu ke 8 ini.. yang turut memeranjatkan ialah Nabil juga antara 3 peserta terbawah pada minggu ini..



Untuk minggu ke 9 (minggu depan), bukan tema bebas lagi. Pelawak-pelawak lain akan bergandingan dengan peserta-peserta Maharaja Lawak ini..



p/s: kelajuan broadband ku semakin berkurang... overlimit la pulak..

May 19, 2011

Diserang Wanita Berbogel Akibat Menonton Filem Lucah




Salah satu kisah menarik, yang cukup baik untuk kita ambil iktibar ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidilharam. Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya (Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din), jadi saya tidak mengenalinya.
Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah, setiap kali hendak masuk ke masjid, dia tiba-tiba sahaja menjadi panik seperti orang yang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah keluar semula dari masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya. Selepas gagal kali pertama, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang di dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya semula. Kejadian aneh ini berlaku berulang-ulang kali selama hampir seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang di dalam Masjidilharam.
Melihat keadaan yang sungguh aneh itu, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus melakukannya. Sebaliknya saya cuba mendapat maklumat mengenai lelaki tersebut terlebih dahulu. Saya sengaja berbuat demikian sebab saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia menjadi sedemikian rupa. Jadi saya suruh kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu. Kawan saya pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan minta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu untuk bercerita, tapi selepas dipujuk akhirnya dia bersetuju. Ceritanya amat memalukan tapi memberi banyak pengajaran.
Sebenarnya lelaki berkenaan mempunyai hobi yang sangat buruk iaitu menonton filem lucah. Filem lucah sudah jadi macam makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah. Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali hendak memasuki Masjidilharam, dia tiba-tiba sahaja ternampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya. Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan melarikan diri.
Selepas mengetahui kedudukan sebenarnya, barulah saya ubatkan lelaki tadi. Saya diberitakan selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid. Itupun cuma sampai ke pintu.

May 18, 2011

Berkongsi rahsia Salih Yaakob dan bakal isteri ke 4 nya..



wah... muda nya bakal isteri Salih Yaakob... masih belajar lagi...so sekarang dah cukup la kuota 4 orang isteri.. masing-masing mempunyai pandangan sendiri tentang poligami ni.. kalau betul niat dan tujuan nya, alhamdulillah la..


p/s: 1 isteri 1 mertua.. 4 isteri 4 mertua la..

Selamatkan akaun dari malware dan kena hack...





Dengar cerita selepas page HotFM kena hack, page Heliza dengan Linda Onn pun kena jugak ye?


Ni ada rakan blogger berkongsi cara nak elak akaun FB kena hack.. check kat akaun setting dan buka kat account security.. ubah setting macam ni..




untuk scan blog scan kat onlinelinkscan.. pastikan blog anda safe.. hapuskan virus... dengki la tu dengan bloggers..

info dari salim dan MO

May 17, 2011

Entri Untuk Hackers..

As salamualaikum... entri ni saja ditaip untuk Hackers.. Dulu ada menang contest yang Hackers buat.. dan saya memang selalu singgah blog Hackers baca entri tapi sejak semalam kot, blog Hackers tak boleh masuk.. Malware detected..

macam ni la yang keluar..

so, tiada pilihan lain.. terpaksa back to safety... hmm.. bahaya ye Malware tu..  apa kesan nya ye? 
itu je lah nak bagitau.. 
takut jugak kalau blog saya pun kena macam tu... hmmmm



Aku Memang dah Lupa...





Bila dah banyak sangat benda register online memang senang nak lupa id dan password sendiri.. Aku rasa id dan password aku lah yang paling senang nak ingat tapi satu masalah ni.. aku tak ingat id dan password yang aku guna untuk akaun bank aku sendiri.. 


aku dah call customer care hotline tadi, dia kata kalau ingat e-pin, dia boleh email id dengan password.. Masalah nya e-pin pun dah tak ingat... bila masa pulak ada e-pin ni.. haisyh.. memang bermasalah betul la aku ni.. 


dan cara terakhir ialah dia reset balik number e-pin dan kena daftar semula kat mesin ATM.. waduh waduh... baru nak bagi nombor kad, terputus pulak talian.. kredit habis pulak... laaa... ingat kan customer care line tu toll-free.. cool.. hp pun dah tak ada duit.. (aku memang tak pakai line)


so, kalau dah tau diri tu cepat lupa, catat la kat mana-mana.. 
tapi kalau dah catat lepas tu masih lagi lupa dah catat kat mana.. macam mana pulak tu? 






p/s: alhamdulillah masih ingat nama sendiri lagi...





May 16, 2011

Terima Kasih cikgu.. Selamat Hari Guru

Hari ni 16 mei ... hari ni hari guru la..  kalau sekolah lagi, mesti dah sambut dah.. 
secara jujurnya aku bukan jenis yang selalu bagi hadiah masa hari guru.. aku rasa cikgu pun tak mengharapkan hadiah kot.. cukup lah sekadar aku jadi anak murid yang baik, dengar cakap cikgu, belajar rajin-rajin dan menjadi orang yang berguna..aceceh...


kalau nak senaraikan satu persatu nama cikgu yang pernah mengajar aku memang la aku tak ingat.. sorry cikgu, bukan saja nak lupa cikgu tapi kalau tengok wajah cikgu mesti saya ingat lagi.. apa-apa pun di sini saya nak berusaha mengingat semula nama-nama cikgu yang telah mencurahkan ilmu dan memberi tunjuk ajar sampai la saya menjadi apa yang saya jadi sekarang.. (sekarang jadi apa ek? penganggur kot.. hehe.. baru habis belajar la.. rilex dulu.. )


SK(1) Alam Shah


Mrs Sheila - cikgu kelas darjah 1
Pn Saiza Baharom - cikgu bahasa Melayu
En Nasir - cikgu muzik
Ustazah Asmah - cikgu agama Islam
Encik Murugan - cikgu kelas darjah 3 
Encik Assokan - cikgu bahasa Inggeris
Encik Mahendran - cikgu bahasa Inggeris
Ustaz Nasarruddin - cikgu agama Islam, cikgu displin 
Pn Yusnita - cikgu matematik, sains dan cikgu kelas darjah 6
En Zaidi - cikgu bahasa Inggeris, cikgu displin dan cikgu olahraga



SMK (P) Sri Aman


Mrs. Jill - cikgu Bahasa Inggeris
Pn Laila - cikgu Bahasa Melayu
Mr Cheah - cikgu Matematik
Ms Tan - cikgu Sejarah
Pn Hamimah - cikgu kelas tingkatatan 4
Pn Nor Khasimah - cikgu bahasa Melayu
Pn Norshilah - cikgu pendidikan Seni
Pn Chua - cikgu Bahasa Inggeris
Pn Munjiah - cikgu Akaun
Pn Nura Ab Rahman - cikgu Pendidikan Islam
Pn Khalijah Bidin - cikgu Kemahiran Hidup ERT (ajar masak chicken chop, nasi goreng... hee)
Pn Amalina - cikgu kemahiran Hidup jugak (ajar masak rendang, spaghetti)
Pn Santira - cikgu geografi
Pn Christina Chan - cikgu PJK
Pn Sharifah Paizah - cikgu Matematik Tambahan




SMK Pendamaran Jaya


Pn Murni - cikgu kelas tingkatan 5 Amanah, cikgu bahasa Melayu 2 (karangan)
Pn Zainah - cikgu Matematik moden
Pn Suriani - cikgu Akaun ( rajin buat kelas tambahan hari minggu)
Pn Zamiah - cikgu Bahasa Melayu 1
Encik Zainal - cikgu sejarah ( cikgu yang selalu panggil nama aku Mukminin.. tersedak ayah kat rumah)
Mr Siva - cikgu matematik tambahan 
Ustazah Sabariah - cikgu pendidikan Islam
Mrs Gucci- Cikgu bahasa Inggeris


Matrikulasi Perlis


En Syakirin - pensyarah pengurusan peniagaan
Pn Rodzila - pensyarah Matematik
Pn Marina - pensyarah Akaun
Pn Siti Fatimah - pensyarah Ekonomi
Cik Yusni Yusoff - pensyarah Bahasa Inggeris
Ustazah Wardah - pensyarah Pendidikan Islam


UiTM


Pn Aminah Mohd Abbas - KP ISBA, advisor project paper
Encik Ibrahim - ex KP ISBA, pensyarah Islamic Financial Planning
Mrs Thevy - pensyarah BEL 
Encik Mohd Faizal  -  pensyarah Takaful, Islamic Banking and Financial Services
Encik Mohd Nizam Jaafar - pensyarah Fiqh Muamalat 
Encik Amirul Afif - pensyarah finance, philosophy of Islamic Banking
Puan Hajjah Laily - pensyarah Financial Statement Analysis
Ustaz Salehuddin, Ustaz Abd Halim, Ustaz Ibrahim - pensyarah Bahasa Arab
Profesor Maznah - pensyarah Marketing
Puan Ainul - pensyarah Risk Management
Encik Basri Anas Yaakob - pensyarah ekonomi
Profesor Mohd Zaidi - pensyarah Strategic Management
Professof Ismail Ahmad - pensyarah Research Methodology
Puan NorZehan - Pensyarah International Business
Ustazah Azizah - pensyarah CITU
Professor Ghafarullahuddin Din - pensyarah Islamic Economic
Puan Nor Laila - Pensyarah Advanced Fiqh Muamalat


wahhh... ramai nya cikgu.. serius aku tak mampu nak ingat semua nya...nama-nama yang aku senaraikan pun mungkin salah ejaan nya.. nama penuh pun tak ingat..  aku memang salute la siapa yang boleh ingat dan senaraikan nama cikgu-cikgu dia satu persatu..

SELAMAT HARI GURU buat semua guru di seluruh dunia... Jasa anda memang sangat bernilai dan tak mampu dibalas..




p/s: nanti akan ku update bila aku ingat lagi
p/s: aku ada cek nama cikgu kat majalah sekolah jugak ... main tipu haa (sikit je.. hehe)

May 15, 2011

Melayu memang B A B !

Tengah blogwalking terbaca pasal satu page di Facebook Melayu Memang Babi..






Page yang dibuat oleh orang Indon.. tak perlu nak Like pun page ni... kalau nak komen mesti kena Like dulu kan.. Bila baca komen-komen kat page tu aku rasa macam... hmmm... apa nak jadi la zaman sekarang ni..


Entah siapa la yang tak ber tanggung jawab nak buat page macam tu.. Melayu itu bangsa.. Bangsa Melayu itu manusia.. kenapa nak samakan dengan haiwan.. 


Tak perlu dilayan sangat dengan benda-benda macam ni... saja nak timbulkan isu la tu.. menambah dosa je bila mengutuk-ngutuk orang lain..


Kadang-kadang kita tak sedar bila kita kutuk mengutuk, sebenarnya benda tu melambangkan diri kita sendiri.. macam mana pemikiran kita, kematangan kita, sikap dan nilai diri kita sendiri..




semoga kita menjadi manusia yang diberkati Allah... Amin

Takaful - Pandangan seorang agen takaful


Perkongsian dari saudara Azwan..
Assalamulaikum,
Saya adalah perunding syarikat MAA Takaful. Saya disini cuma nak beri pendapat. Jika nak buat perbandingan, berikut adalah beberapa ciri penting yang perlu diambil kira;
1) Jenis Plan- Ordinary Life atau Investment Link
2) Flexibility- Pelan boleh diubahsuai mengikut citarasa & keutamaan peserta. Contoh; pelan investment link yang menyediakan perlindungan dan pelaburan dalam 1 pelan. Jika peserta memilih untuk fokus kepada pelaburan, perlindungan boleh dikurangkan dan sebaliknya, jika peserta mengutamakan perlindungan, jumlah perlindungan boleh dimaksimumkan.
3) Claim- sebaiknya suruh agent terangkan secara terperinci tentang prosedur & proses claim.
4) Fund performance- Perkara yang perlu diambilkira: capital gain, annual dividend, mudharabah..
5) Takaful charges- Yang ni paling penting! Harus berhati2 kerana kebanyakan agent tidak akan mendedahkan tentang perkara ni.
6) Cash Value- Kalau nak tahu cash value anda sekarang, sila hubungi nombor customer service yang tertera di dalam polisi takaful anda. Just nak berkongsi pengalaman saya berjumpa dengan peserta yang menyumbang RM1800 setahun, dalam sales illustration menunjukkan cash value pada tahun ketiga adalah sebanyak RM7xx, tetapi bila disemak, cash value yang sebenar hanya ada RM10.60. Puncanya?- takaful charges tinggi & fund performance yang tak berapa nk perform.
7) Agent- Biasanya, kebanyakan agent yang ada ciri2 berikut, tidak boleh dipercayai..
-selalu sangat sebut perkataan “guarantee”
-offer something yang toooo good to be true
contoh yang tengah hot sekarang ni; “guaranteed return 40% setiap tahun”
so hati2 ye..

cdt to Jangan Terlepas pandang