sueperb pages

Jul 3, 2011

Malaysia vs Chinese Taipei (Taiwan).. pusingan 2


Debar tengok perlawanan Malaysia dengan Chinese Taipei tadi.. Malaysia berjaya menjaringkan 2 gol pada perlawanan separuh akhir pertama.. gol pertama oleh Aidil Zafuan manakala gol kedua oleh Safiq Rahim ..

Tapi Chinese Taipei juga dapat menjaringkan 2 gol pada separuh akhir pertama.. Separuh akhir kedua, Malaysia menerima banyak serangan tapi penjaga gol Malaysia, Sharbinee Allawi bersungguh-sungguh menyelamatkan gawang Malaysia.. Malangnya, tindakan pejaga gol semasa menyelamatkan bola dikatakan menyebabkan pemain Chinese Taipei jatuh di kotak penalti dan dengan sebab itu dia diberi kad kuning dan Chinese Taipei mendapat tendakan penalti.. tendakan penalti itu menambah lagi mata perlawanan menjadikan Chinese Taipei mendahului sebanyak 3-2..

Permainan agak sengit jugak antara Malaysia dan Chinese Taipei sehinggalah minit akhir perlawanan... Kesudahannya Chinese Taipei menang pada perlawanan ini dengan 3 gol sementara Malaysia kekal dengan 2 gol.. Namun secara agregat keputusan adalah seri dengan Malaysia 4, Chinese Taipei 4.. Dengan itu Malaysia berjaya mara ke pusingan seterusnya..

Agak tak puas hati dengan pengadil kali ni.. Korang rasa macam mana? Pengadil berat sebelah tak? Sebab pemain Malaysia pun ada dijatuhkan di kotak penalti tapi tak dapat tendangan penalti pun? Huhu.. Apa pun, Malaysia dah berusaha bersungguh-sungguh.. tahniah Malaysia..








3 komen SUEPERBS...:

Unknown said...[Re perbs]

pengadil yg tidak adil dan pemain malaysia macam takder semangat jer..apa2 pun tahniah jugak sbb Msia menang agregat..^_^

sue perbs.. said...[Re perbs]

@ Bui Idzra Ryn: ye.. memg tk adil.. geram tngk

ct kektus said...[Re perbs]

malaysia menang seri? ok la tu. dapat jugak peringkat seterusnya, ;)